Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Wednesday, June 10, 2015

Pavlova mengancam!

As Salam,
aishhh!! banyaknye sawang dalam umah ni ha...aduyai memang dah lama kan tak singgah. Kesian je kan...
Tetiba datang umah trus nak citer pasal pavlova. Takde citer sangat pun.
Ni ha nak tempek gambar je. Ai buat pavlova untuk orang, ai lak yang geram macam nak makan pavlova tu. Buat tuk diri sendiri malas yang amat lak kan..Ok la jom layan mata..

Medium size pavlova with strawberries and blueberries ordered by my colleague, Ismam. Tqsm :-)
Posted by Liana's Home Oven on Tuesday, June 9, 2015

Pavlova with fresh fruits ordered by Linda from BSP. Tqsm sis :-)
Posted by Liana's Home Oven on Tuesday, June 2, 2015

Oh ya, jangan lupa follow Instagram nak tengok gambar2 kek : Liana Mohd Rosli
FB page : Liana's Home Oven - based in Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor Darul Ehsan


Friday, August 29, 2014

Cara Buat Kek bentuk Love tanpa guna Loyang Khas

Cuba tengok ni :-)

Tuesday, August 12, 2014

Salted Caramel Cheesecake

Macam ada terlepas nak letak gambar penuh ni je. Layanzz...

Friday, August 08, 2014

Lagi belanja gambar kek






Post by Liana's Home Oven.

Black & White Russian Cake

Post by Liana's Home Oven.

Salted Caramel Cheese Cake


Post by Liana's Home Oven.

Pecan Butterscotch Cake & Mini Rainbow Cake with Cream Cheese Frosting

Kek bertemakan Frozen - Frozen themed cake :-)

As Salam, Dah lama tak update blog. Balik2 gambar kek..balik2 gambar kek. Takde citer lain? Al kaedahnya, macam takde idea nak tulis selain dari gambar kek. Meh belanja gambar kek tema Frozen dulu k. hew..hew...

Bukan main lagi penangan citer Frozen. Sana sini laku betul permintaan untuk kek Frozen nih.
Ingat kan tak kene la kan tempias kek frozen nih. Rupanya kene la juger..ha kan..

Kek pertama bertemakan frozen ni diorder oleh kawan cek hubby. Dari jauh dia 'u', kebetulan dia datang KL ngan family dia order ngan I. Dia kata dah lama perhati kek-kek yang post kat page I kat fb. Dan menyimpan angan2 nak order kek ngan I bila di KL. Wah, tq2 atas sokongan anda. ;-)
Hmm..sekali dia minta kek birthday fondant. Erk..alamak! Huhu...tang fondant ni memang la I slow sikit.
Sudah, kene la cari snowflakes plunger cutter nak buat bentuk2 snowflakes tu kan. Pastu terpikir la..seminggu sebelum tu gi kedai bakeri dah pegang dah plunger tu. Pastu letak balik. Dalam hati cakap kononnya "Ah, buat apa nak benda nih. Pantang nampak semua nak beli. Dah macam2 ada kat rumah. Lagipun bukan guna pun. Kek Fondant pun lama tak buat. Bukan nak buat pun. Takde kot orang nak order kek fondant ni..".....................Ha, sekali hamik ko. Kelam kabut mencari nya. Nasib baik dapat beli gak...hehe...Pengajarannya: Kalau dah nampak barang yang suka, beli je. Kita tak tahu bila kita akan guna benda tu...hehe...

Ok..layan...


Thursday, May 22, 2014

KING CHOCOLATE - CHOCOLATE MOIST CAKE & CADBURY CHOCOLATE BAR!!!

As Salam, Isk malas betul nak update blog. Serious! Dah ada FB n Page FB memang letak gambar sana je. Oleh kerana malas..kita embed je la dari post Liana's Home Oven..huhu.. Jangan marah haa...hew hew hew..

King Chocolate Cake, tempahan dari my best fren..Che Ta...hehe..Sangatlah suka cekelat.
Zaman belajor dulu tak tahu pun dia suka cekelat nih...huhu..ntah sejak bila ntah suka cekelat...haha.. Punya request awal² tau. Pastu nak kek yang tersangat-sangat moist.
Ya udah! Menggagau la cari resepi yang extra moist dari resepi chocolate moist cake yang I ada.

Ciri2 kek yang dia nak penuh la dengan chocolate you. Ha, bawah ni I citer ciri2 dan description kek tu.

Ok, setelah kek siap dan on the way nak antar kek, I tanya pada Mr Hubby apa nak namakan kek ni. Sebab description dia panjang benor.
Mr Hubby tanya kek apa yang my fren tu tempah. I citer lah yang kek yang I buat ni ialah:

Double Chocolate Moist Cake with Chocolate Cream Cheese Frosting, Strawberries Chocolate, Cadbury chocolate grated, and....CADBURY CHOCOLATE BAR!! (Almond and mix nuts - my fren suh pilih ni sebab sumer dah chocolate tapi nak ada unsur kacang) dan ada tambahan Malteser Chocolate atas dia...hew..hew..hew... Hamik!!! Semua chocolate UOLLS!!

Untuk yang bertanya harga kek tu, hahahaha...i nak bagitahu tapi takut ada yang semput dan terkejut. I tahu gak ada yang takut nak tanyakan harga kek tu. Dan I pun macam tak sampai hati nak recommend tu kek yang serupa design camtu kat uolls..huhuhu... Actually ikut budget uolls la. Kalau uolls letakkan budget tinggi dan mahal dan demand itu ini opkos harga yang diberi juga setimpal gitew :-D hehe..

Ok..kasi layan gambar..

Amacam?

Wednesday, February 26, 2014

Layan gambar kek..

Ni antara tempahan kek yang diterima minggu lepas. Layankan aja la ye.
Gambar saya embed terus dari FB - Liana's Home Oven. Kalau tak dapat tengok gambar, maybe opis uolls internet ada block FB tu :-)

Layanzz

CHOCOLATE DECADENT CAKE


Post by Liana's Home Oven.


RED VELVET CAKE

Post by Liana's Home Oven.

CONGO BAR A.K.A BLONDIES

Post by Liana's Home Oven.

BROWNIES

 

Tuesday, February 18, 2014

Percubaan kedua MACARON!!

Al-kisah Salted Caramel Macaron.

As Salam,

I Sharekan gambar ni je la ye..ahad lepas cuba lagi sekali buat macaron. Percubaan kali ini ialah percubaan kali kedua. Nampak hasilnya lebih baik dari yang pertama. Yang pertama tu langsung tak jadi dan batter agak cair. Rasanya disebabkan I terlebih adun waktu proses "macoranage" tu. Sudahnya ke Encik "Bin"

Ok, dari lesson pertama, yang kali ni agak better tapi still kene baiki lagi. Dari segi tekstur bila makan tu so far ok sebab ada rasa crisp, soft dia dan chewy. Tak keras.


Cuma pembentukan dia agak tak sempurna seperti macaron yang perfect tu. Still...rasanya tang bab "macaronange" hmm...Ok..ok..jangan putus asa. Sila cuba lagi.



Tapi waktu macaron ni masuk dalam oven, saat yang paling happy ialah macaron tu ada 'feet' dia. Walah! ada 'kaki'. Tapi jugak...ada sesetengah macaron 'kaki' dia tak sekata. Ada yang one side ada kaki dan ada yang side satu lagi takde kaki. Dan bila masuk oven macam merekah sikit tapi jadi pada macaron yang berada di sisi kiri dan kanan loyang saja. Kat tengah loyang elok je.



I-nyer macaron ada toncit! Ataupun tanduk. Sepatutnya kalau betul macaron tu cara adun dia, sepatutnya toncit tu akan hilang.


Tapi takpe semuanya pengalaman. Rasanya tahu sebab apa. Ok, lepas ni akan cari masa lagi cuba buat lagi macaron.


P/S: Nak kene cari Macaron silicon mat ni.

SALTED CARAMEL MACARON


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...