Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, November 29, 2010

Kek Gula Hangus and My Japanese Cotton Cheesecake

Lagi cerita kek gula hangus. Kali ni repeat order dari kak lidza. Atas permintaan dia nakkan lebih lembap pada kek gula hangus.
Menurut komen kak lidza, kek tu sedap sgt n sekejap je dh nk habis. Happynyer bila org suker :-D


Then, tibala percubaan pertama membuat kek Japanese Soft-cotton Cheesecake. Patutnyer jadi gebu sperti spongy tetapi jadi bantat huhu..Gara putih telur yg dipukul takmau kembang...huhu


Huhu..will try again to improve this cake..
Jeng..jeng...new project is coming in. Ada order from my Hubby's opis mate request for Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting. Hehe...berdebar gak nih. :-p

Lagi satu khamis ni lagi satu order from my opismate Khairul nk order Nescafe Butter cake. Gambar akan diupload nanti. :-)

Wednesday, November 24, 2010

Orange Butter Cake

Agak ketinggalan sedikit sbb takde masa nk upload gambar dari kamer huhu...
Order sebelum hari raya haji haritu.
2 orange butter cake n salah satunyer ada choc ganache. Ordered by Nur Hazura - my schoolmate yg sama tempat keje :-)




Sunday, November 21, 2010

Happy 1st Anniversarry :-)

Salam. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yg pertama buat ku dan suami. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah :-)

Hari ni baru balik dari honeymoon dari Bukit Tinggi. Lum lagi rehat, sampai rumah basuh baju, angkat baju n buat kek sempena ulangtahun perkahwinan kami.
Kek yg aku buat kali ini ialah Red Velvet Cake. Cake ni sangat istimewa kerana warnanya yg begitu merah. Utk toppingnyer ialah cream cheese frosting bersama fresh cream utk hiasan :-).
Tanak cakap banyak, meh tgk gambar ni :-)








Yang ni pula, aku buatkan utk opismate aku zaza. Tapi tak dapat nk gunakan cream cheese frosting sbb rupanya 250g tu tak cukup. Nasib baik ada fresh cream. So aku wat topping guna fresh cream. Ni comot sikit almaklum tak dapat lagi nk attend kelas deco cake. Enjoys !!! ;-)


Sunday, November 14, 2010

Kek Gula Hangus

Here it goes...dh siap buat dua order kek gula hangus from my hubby's officemate.
Getting better for the outcomes. Kali ni wat express nyer. Takde peram lama2. Uih...nk buat bukan amek masa kejap. Nk wat gula hangus nyer pun mmg amek masa. Masa menyediakan nye tak lama. Kasi *prennngggg jer. Nak bakar nye amek dkr dua jam membakornyer...
Jeng..jeng..jeng...
Ni bawah ni cth kek gula hangus yer...:-) Kali dh tahu dah wat camner nk bagi more presentable hehehe...


Patutnyer arini pagi aku attend kelas Buttercream deco. Kelas tu nk kene bawa dummy cake 8". Oleh kerana semalam balik lambt sikit dari umah MIL. Balik je dh ponek. Tak larat nak buat kek tu n terus tido n bila pk2 ahad nk kene buat dua biji kek gula hangus tu atas nasihat cek hubby aku postpone niat aku nk gi kelas tu. Spend time wat kek. Kalau idak, woi tido lambat la aku malam ni. Esok nk keje woi...huhu...Ni siap awal leh rest sikit. Utk esok malam, marathon nk wat 4 biji kek. Tido kul baper la aku nanti. Selasa aku cuti n aku deliver kek2 tu kat member2 opis yg mengorder wokeh...:-)

Friday, November 12, 2010

Update news bout my cakes. :-)

Salam, alhamdulillah rezeki.Ada org nk order kek especially nak raya haji ni :-). Utk isnin ni kwn opis cek hubby nk order 2 biji kek gula hangus yg salah satunye ialah repeat order. kalo repeat order maknanya mestila sedap kan hehe ;-p. Pastu utk order hari selasa my opismate and member sekolah, zura n opismatenyer :-). Isnin malam tu kene la wat 1 biji kek coklat kukus + choc ganache, 1 biji kek gula hangus, 1 orange butter cake n 1 orange butter cake + choc ganache. Sumer skali 4 biji. nasib baikler aku cuti selasa tu. Kalo idak mahu pengsan nk kojer esoknye. haha. Insyaallah. Gambar2 kek yg saya buat akan dipost ke sini utk tatapan kalian ;-).

Friday, November 05, 2010

Hawflakes..

Berjaya menemui Hawflakes bersize 50 sen setelah lama mencari :-)

Tempahan Kek..:-)

Setelah mencuba beberapa resipi kek dan melihatkan hasilnya yg memuaskan. Kali ni nk cuba lak tgk market. Target ialah kengkawan opis cek hubby hehehe...Aku mulakan dengan jenis2 kek yg simple je. Macam kek jenis butter, kek coklat ngan topping ganache, kek yogurt, kek gula hangus..dan sebagainya. Bak kata, kek yg pernah aku telah cuba terlebih dahulu.

Aku berjaya buat kali pertama menjual kek kepada kawan opis cek hubby. Kek yg diorder ialah Kek Dwi Marble dan Vanilla Butter Cake sempena Hari Deepavali. Kat bawah disertakan gambar. :-)





Taraaa!!! Berjaya menjual dua biji kek.
Hari Ahad nk wat tempahan Kek Gula Hangus lak ;-)

Pengenalan..:-) - Edited

Salam buat semua, hari ini nak memperkenalkan blog terbaru. Post lama tiada lagi dan kini diperbaharui. Dalam blog ini hanya akan bercerita tentang apa sahaja yang ingin dikongsi terutamanya tentang hobi, makanan, resipi dan kehidupan. Kehidupan di sini bukanlah bermaksud perlunya utk diceritakan segalanya apa yg saya buat, pakai atau peribadi. Hanya as general saja ok. Lagipun, tgk je tag title kat atas "Life, Food & Recipe".

Dengan blog ni, bermulalah episod penjual kek part-time. Ok la tu sebagai part-time. Utk full-time tak dapek la kan sebab hari kerja, saya pun kerja. Nak buat kek pun hanya sebelah malam ataupun hari minggu je. Dan sebab part-time juga lah saya perlu letakkan tag "pesanan perlu dibuat 14-7 hari sebelum".  Sbb di samping itu, diharap tiada lah last minute order kan. Ini untuk mengelakkan dari order di'reject'. First come, First Serve. Sebab kengkadang order utk hari minggu pun penuh pun terpaksa tak dapat menerima order. Ni penting yer.....

Hmm...Lepas ni mana la tahu dari part-time leh jadi tauke kek. Leh buka bakery sendiri kan :-). Tak besar pun, kecil-kecilan pun jadi lah. Tapi ilmu di dada masih banyak yang perlu dipelajari. Dari semasa ke semasa aku akan menghadiri kelas utk buat kek atau mendeko kek untuk memperbaiki kemahiran aku.
Tapi harus lah ingat kan..kalau belajor tapi tak praktik pun payah juga idok...huhu...
So, bagi yang berminat order kek dari aku. Aku akan cuba buat yang terbaik. :-)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...