Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Friday, January 28, 2011

Sotong Goreng Tepung

Ni nak share sikit resipi cara nk buat Sotong goreng tepung. Yg ni leh la gantikan ngan udang kalau suka udang.
Resipi ni cipta sendiri alar bila teringin nak makan tu kuarkan segala bagai dari peti ais tgk apa yg ada. Tak rugi cuba. Sedap gak :-)
Meh tgk resipi ni:-

Mmg sedap n rasa mcm tepung kentucky pun ada gak ni.
Kuarkan segala apa yg ada dalam peti ais tu hehe

Bahan2:
6 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong-potong)
1 biji telur (dipukul macam wat telur dadar tu)
Utk tepung:
1 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk black pepper
1tsp serbuk jintan manis
1tsp serbuk jintan putih
1tsp serbuk lada sulah
sedikit garam n gula secukup rasa
sedikit serbuk daun basil (yg botol mccormick tu. Kalau takde pun takpe sbb ni utk bg cantik supaya nampak cam hijau2 tu.)
sedikit daun parsley (ada yg dlm botol mccormick atau ada jual peket2 murah2nyer. Kalau takde pun takpe sbb ni utk bg cantik supaya nampak cam hijau2 tu.)

Cara:
Gaulkan sumer bahan utk tepung supaya sumer serbuk sebati n sama rata. (yg ni campuran tepung saja ye. Jgn campur air.)
Panaskan kuali dan minyak utk menggoreng
Pastu, untuk menggoreng pula..celupkan sotong dalam telur dulu dan kemudian baru celupkan dalam adunan tepung
dan goreng sampai masak kekuningan. Angkat dan toskan.

Sukatan sumer atas tu leh juga agak2 sesedap rasa. Macam saya takde exact sukatan. campak2 je.  tapi leh try sukatan cam resipi sy letak kat atas
Cuba la try. Rangup dan sedap mkn ngan nasi panas2. Macam rasa goreng celup ngan tepung kentucky tau. Leh juga gantikan dgn udang kalau suka udang.
Tapi...kalau dh malas tul, beli je la tepung rangup kat kedai tu ye lepas tu celup2 n goreng

Ni gambar dia:

Resipi ni saya ada tempek dalam ruangan MyResipi - Facebook.. Pada yg dh cuba mmg kata sedap. So cuba la ye ;-)

3 comments:

Cik eyta said...

chinozz... i nak cuba ahhh...sedapnyaaaa

Cheq Sue said...

hai liana...do follow you

-<@ * Liana * @>- said...

Saya follow juga blog akak ;)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...