Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, February 03, 2011

Chocolate Brownies Recipe

Kali nk share resipi Chocolate brownies yg aku dapat waktu Form 5 dulu. Form 4, Form 5 dolu amek kos ERT (Ekonomi Rumah Tangga). So cikgu kitorang ni bawa la sikit utk kitorang rasa. Rasanye sedap terus ler kitorang ni minta resipi. Nasib cikgu tak kedekut. Dia share resipi ni. Leh la try yer :-)

Bahan Untuk Chocolate brownies:
100gm tepung gandum
25gm serbuk koko
100gm gula halus perang
100gm marjerin
2 biji telur
1tbs susu tepung bancuhan (yg ni rasanya leh guna fresh milk or susu cair)
1tsp baking powder

p/s: tepung gandum dan baking powder diayak bersama

Bahan Untuk Chocolate Fudge
40gm marjerin
25gm serbuk koko
2-3 camca besar susu cair
100gm gula aising (diayak)

Hiasan:
3-4camca besar kacang tanah / badam cincang

Cara Membuat:
1. Sediakan adunan kek secara pusar
    Lenser dulang - pembalut / acuan empat segi
a) Putar gula dan marjerin hingga kembang dan putih
b) Masukkan telur sedikit-sedikit dan putar lagi
c) Masukkan tepung gandum dengan cara dikaup balik berselang-seli dengan susu tepung bancuhan
d) masukkan dalam dulang pembakar (bakar dalam 20min - 30min pada 180c)

2. Sediakan Chocfudge.
a) Cairkan serbuk koko bersama marjerin dan masakkan selama satu minit (double-boiling).
    Alihkan dari api dan masukkan susu cair serta gula aising ke dalamnya. Kacau licin.
b) Tuangkan pengadun atau fudge ke atas kek yang telah disejukkan dan dipotong segi-empat.
......dan Hiaskan...

No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...