Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Sunday, February 20, 2011

Mini Red Velvet Cake and Love Is In The Air...;-)

Babak Pertama -  Mini Red Velvet Cake:

Assalamualaikum buat semua, kali ni nk tayang lagi Red Velvet Cake with cream Cheese Frosting.
Kali ni...Taraaa!!! Presenting the new Mini Red Velvet Cake. Ha, buat semua kali ni Redvelvet Cake bersaiz mini dh kuar. Kek ni bersaiz bulat dan dalam seberat 900gm.
Saya akan paparkan details info mengenai mini red velvet ni dalam thread di seterusnya nant bersama dengan harganya :-)
Kek ni diorder oleh Husna yang mana merupakan kawan sewaktu berada di MMU Melaka dulu. Junior teman persilatan Gayong dulu. Request utk bersaiz mini utk makan2 sendiri. Husna ialah pelanggan pertama yang menempah kek red velvet yg bersaiz mini ni.Terima kasih Husna sbb Husna n cek hubby sekeluarga suka kek ni. Happy dengar. leh order lagi next time yer ;-)
Meh layan gambar :-)











Babak Kedua - Love Is In The Air:

Lagi red velvet bersaiz 4segi. Diorder oleh my new customer Noramilia - Kak Nora dari Putrajaya. Kali ni special request utk menggunakan gabungan mascarpone cheese sebagai frosting nyer :-).
First time buat delivery ke Putrajaya. So, kami bertemu di pick-up point di Alamanda, Putrajaya. Buat sesapa yang tak biasa di Putrajaya mmg susah nak cari jalan. Begitulah yang terjadi kepada saya n cek hubby. Pusing2...pusing2..Berapa kali pusing..tak nampak gak sign Alamanda. Akhirnya berpandukan panduan dari Kak Nora yg tinggal di Presint 14, akhirnya Alamanda dapat ditemui.
Utk dari segi harga nyer lain sikit. Sbb mascarpone cheese kat market mmg pricey sikit n agak sukar sikit utk didapati. Selalu kalau kat supermarket kalau kite tgk bila kite tanak beli..mmg berlambak ada kat market. Tapi bila kite betul2 memerlukan, time tu takde stok, time tu dia tak jual...huhu... Tapi kalau kat Cold Storage..macam2 cheese ada...:-). Rambang mata sikit tgk hehe.
Ok..ucapan utk diletakkan atas kek ni ialah "Love Is In The Air". Permulaan asal utk makan2 sendiri menjadi kek Birthday. Harap Kak Nora suka dan puas hati dengan kek.
(Hmm...utk tulisan tu..utk highlight kesilapan teknikal guna piping jelly warna kuning..patut highlight warna merah..huhu...harap dimaafi..huhu)
Meh layan lagi gambar:







No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...