Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Sunday, March 13, 2011

Red Velvet Cake....more and more...

Bab Pertama: Order dari Noramilia, Putrajaya

Red Velvet Cake....received repeat order dari Kak Nora - Noramilia dari Putrajaya. Happy dengar yang Kak Nora suka home-made kek velvet ni. Harap Kak Nora suka juga dengan kek velvet yang diorder kali ini. :-)
Kek Red Velvet ni bersaiz 7" x 14 " bermakna saiz 4-segi 7 inci x 2 sempena sambutan birthday :-)dengan ucapan Happy Birthday Naimah, Nazarimah & Zu.
Meh layankan gambar...:-)






Bab Kedua: Order dari Ijan - Shahrizan 

 Red Velvet diorder oleh my friend (college mate - ex-BMI) dengan ucapan : Tahniah Abah! Rumah Kita Sangat Cantik :-) sempena rumah family yang baru saya renovate. Harap Ijan and Family suka kek ni :-)




Tuesday, March 08, 2011

Rich Choc Moist Besday Cake....

Asslamualaikum buat semua,

Yg ni nk tempek lak gambar kek coklat moist atas permintaan my auntie utk my cousin and anak buah. Satu lagi kek untuk adik bongsuku hehe...
Untuk dua kek ni kekurangan buttercream. Hanya cukup utk satu kek je. Ingatkan lebih dari cukup tapi takpe lah. Baru pes time try guna buttercream guna resipi dari kelas decoration yang lepas. Ala...not bad la kan :-)
Kedua-dua kek ni ialah kek yg sama cuma saiz berlainan, deko berlainan..dengan setiap satu 2-layer cake dan choc filling kat tengah2 nyer...
Layanssss....


Friday, March 04, 2011

Membuat sendiri Burger Patty...

Buat sendiri burger patty..rasanya takde la susah mana kan. Ala senang je. Menu makan malam bila ntah, tak ingat lak.
Meh layan gambar...
 Bahan pertama: Salad..i like this salad :-)



 Bahan2 lain: Tomato, timun, bawang besar sebiji (setengah cincang masukkan dalam dagin n setengah lagi utk letak dalam roti) and bawang putih seulas

Yang ni daging cincang yang dah dikepal menjadi patty. Dalam dia dah dibubuh bawang besar and bawang putih cincang, black pepper, lada sulah, daun parsley mccormick, basil mccormick, garam sikit and gula sikit. Ha, jgn tak tahu, di tengah patty tu dh disumbat dengan cheese mozarella. (Haha..tambah gemuk la lagi)
Daging cincang yg dipilih ialah yg mana u all leh dapat dari mana supermarket yg peket2 kat bahagian daging. Yang mana harga dia mengikut berat gram daging tu. Utk burger daging jenis ni, Saya tak nak guna daging cincang brand ramly punya sbb sometimes bila makan ada serpihan campuran tulang2.. so agak mengganggu bila nak menikmati keenakan burger ku hihiihi...

Sesambil menunggu patty masak digoreng...sediakan roti...bubuh ler salad, tomato, timun, bawang..

Cheese lagi...bubuh juga cheddar cheese...

Sup Campbell Mushroom...

Burger dah siap..dah bubuh cili sos, barbeque sos.....and....walah....:-D..Ready to eat...!!!

Sluurrppp...uih lihatlah lelehan cheese yang keluar dari daging burger itew....
P/s: Cara masak burger daging tu...saya goreng dulu then masukkan dalam oven...macam stail omputih wat tu...;-)

Cuba lah u all...lagi puas burger wat sendiri...;-)

Tuesday, March 01, 2011

Bz..bz..bz.....

This whole month I'm gonna be to busy...wahahahaha......All the weekends Saturday and Sunday for this whole March is not belongs to me. Uhuhuhu.....
Setiap minggu, semua program telah dicatit dalam planner...so pape appointment sila buat sebulan sebelum hehehe...macam bos lak...;p.
Untuk yang berminat untuk membuat tempahan kek red velvet. Masih diteruskan. Cuma kalau date yang dipinta tak dapat dipenuhi, akan dicadangkan kepada date yang boleh. Harap kalian masih berminat untuk membuat tempahan :-).
Sungguh ku hargai apabila Sabtu dan ahad itu menjadi milikku sepenuhnya :D
Minggu ni Sabtu and Ahad, schedule ku dh penuh. Begitu juga minggu depan..dan begitu juga minggu..minggu lagi hadapan.
Ya Allah, berikan lah kesihatan yang baik buatku. Amin...

Bulan April ni satu project kek. Tempahan kek dari Ijan - Rafizan. Request nak kek bentuk buku untuk anaknya yang akan mencecah 2 tahun...huhu. Sunggu mencabar juga tuh. Ditambah pula inginkan tulisan jawi bagi ucapan di atas kek nyer. Kek pula inginkan kek chocolate moist...hmmm...Camner tu eh...tambahan nak tema merah putih, pastu nak lebih rasa coklat...ayoyoyo...
Well.....Bak kata U2 Kumar (Training IT Team Power yang aku pegi - RHB)...CHALLENGE!!!!!! FOR THINGS TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST!!!!!! I SUPPORT YOU!!!!!!!!

Bila aku nak buat yang trial punyer ni? Asyik bz je....jangan tidak-tidak. Tinggal bulan ni je. April 2nd dah kene deliver... Bulan ni kene gak try buat satu.

Loyang Buku ni aku beli kat ICCA Damansara - Wilton Book Shape


Ni lah nozzles tip kesayangan daku...Mestilah sayang kan beli dengan harga RM245.50 tu sumer set Wilton. Tak caya? Cuba tgk sticker harga tu huhuhu....Kasi jaga bebaik. Lepas cuci, lap-lap kasi kering and baru simpan. Ni belum masuk yang beli asing2 punya. (asing2 bukan wilton punyer tapi juga dijaga dengan kasih-sayang :-) )

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...