Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Saturday, July 09, 2011

Cerita Pasal RVC....

As salam,

Ok..takmoh2x cakap pasal "Bersih" ni. Buat penat je. Biarlah luncai terjun bersama dengan labu-labunya...untuk kite yg bijak ni gunalah masa yang ada buat kerja yang lagi berfaedah. Patutnya daku lawan bowling di Mines esok tapi takmoh amik risiko stuck dalam jem dan terjadi paper. Daku doakan kalian menang tanpa daku huhu...eceh..(terkilan gak ni tak join. Dua minggu dh praktis dari tunjuk ajarku sifu - iaitu bapaku. Terrer sungguh bapaku itu main bowling). Apakan daya...
Ok Stop!!! Nak citer pasal RVC nih ok.

-------------------------------------------------------------------------------

Dah lama daku tak post pasal RVC ni kan. Entah, takde mood nk update. Keje kat opis sekarang makin bz n asyik tenung komputer sampaikan balik umah jenguk komp pun malas (skrg sejak ada iPAD guna iPAD je. Tu pun intai FB je ahaks...;p). Badan pun macam letih je. Kene gi massage nih huhu...

Nvm....now...apa nak cerita pasal RVC nih. Selagi ada permintaan, selagi tu aku buat. Tak kisah lah ada yg kata "overrated" ke hapa..janji org happy makan RVC yg aku buat, aku pun happy. Kalau org kata serupa kek cekelat ke..mild cekelat ke...bagi aku dia tetap tak sama langsung dengan kek cekelat. Kalau idak takde la org still juga nak RVC walaupun pernah try sekali akan ada yang kedua dan seterusnya sampai lah jemu hehehe...
Aku pula asyik wat utk order, aku pun teringin nak gak makan kek ni. Cek hubby pun dh kata nk makan RVC..dh lama tak makan RV... Sian....nnt wat yeh....:-)

Next week, opis aku akan dapat merasa RVC yg aku wat nnt ...tungguuuu...

Hmm...walaupun dh banyak kali aku wat RVC ni, aku mesti tetap risau dengan penerimaan kawan/teman/cust2 yg pernah order kek ngan aku. Aku takut tul kalau tak kena ngan citarasa mereka terutama ngan topping cream cheese tu. Ye lah, bukan semua suker kan. Tapi so far...alhamdulillah...komen agak memberangsangkan. Terima kasih kalian yang memberikan sokongan dan tanpa anda membeli apalah RVC daku...hehe ...apa la cakap ni yer..

Hmmm...bab design pula...mmg daku akui lum peringkat pro lagi. Masih peringkat amatur. Jadi untuk mereka yang ingin mengomen pasal design tu bagi daku....haih...terima kasih lah. Saya cuba utk menerimanya sebagai positif. Diharap janganlah kalian comparekan design daku ngan yg pro tu ye. Memang akan jauh panggang dari api..huhu...(sedih i nnt tau). Apa ada pada design kan...janji sedapppp....setuju? Cukuplah setakat sedap mata memandang ;-)

Ok....thread sterusnya gambor2.....

No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...