Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Tuesday, September 20, 2011

Gardenia Delicia 2 Oven Fresh Tasty Waffles - Part 2

Well, nampak lagi makanan ini - Gardenia Delicia 2 Oven Fresh Tasty Waffles kat kafe opis bawah. Ada dua perisa je. Fresh Egg Vanilla dan Blueberry. Ok la, dua2 sedap wat bekpes. :-)

Sekali amik 6 peket sekaligus. Senang..takyah nak ulang-alik kafe nk beli


Anyhow, Anywhere, Anytime.....!!!! Apa sahaja, Dimana sahaja, Bila-bila masa...!!! :-D Saya suker.....

Sunday, September 18, 2011

Garlic Bread..

Yang ni just nak share menu simple yg sedap utk bekpes. Cara nyer senang bangat...sekejap je pun buat. Garlic bread ni. :-)

Barang yang diperlukan cuma:

Beberapa keping roti (saya guna roti gardenia) --> Yang ni leh juga guna french bread yg dipotong serong.
Butter/sapuan dorina/mentega (yang salted)
satu ulas bawang putih (dicincang halus/atau dipotong halus2 dadu/nk blend pun boleh)
sedikit serbuk parsley

Cara2:
Gaulkan semua bahan2 butter + bawang putih + serbuk parsley
Dan sapukan atas roti
Bakar dalam oven sehingga kekuningan. -> Yang ni nk gunakan toaster pun boleh juga :-)

Hmm...mmg best :-) Makan lak ngan mushroom sup..:-)


Sambungan Gambar Kek..

Gambar2 kek raya yg my fren utk raya yg lepas...baru nk tempek...hehe...untuk jamu mata...:-)

1) Rich Choc Moist with Choc ganache yg diorder oleh kawan cek hubby :-)



 2) Kek Coklat Kukus ngan Ganache oleh Dju




3) Dan...kek gula hangus order dari Dju juga :-)


Tuesday, September 13, 2011

RVC......

Yang ni lama tak lama la gambar ni. Baru nak tempek...Sila lah jamu mata yer....

1)



2)





3) RVC Mini...





4) Hari Raya Cake...





5) 





Gardenia Delicia 2 Oven Fresh Tasty Waffles - Feveret Bekpes Minggu ni di Tempat Keje

Apa menu u'alls utk bekpes di opis sepanjang minggu ni?

Saya telah mendapati terdapat produk keluaran terbaru dari gardenia pada Jumaat lepas di jual di kedai runcit di cafe di opis saya...lalu saya merembat produk tersebut yang kelihatan amat menarik pada pandangan saya...apakah itu?

Jeng..jeng..jeng.....

Ada Classic Cinnamon dan Maple Wholemeal ditemani secawan Nescafe.

Hari ni di JJ pula menemui dua lagi perasa : Fresh Egg Vanilla dan Blueberry
Tak tahu sama ada saya ketinggalan zaman tak tahu produk ni dh lama dijual atau ianya memang baru dijual. Tapi rasanya enak dong..hehe...
Komen saya:


Maple Wholemeal - yang ni memang sedap. Saya suker :-)
Classic Cinnamon - Yang ni tak berapa gemar sbb ada perasa cinnamon (kulit kayu manis)
Fresh Egg Vanilla - Yang ni pun sedap. Saya suker :-)
Blueberry - Yang ni saya belum rasa. Dan saya pasti semestinya memang Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja. Oh Gardenia....!! Esok akan jadi my bekpes :-) --> Updated 18/09/2011 yang ni memang sedap

Updated : Ada lagi satu flavour ditemui..yeah!! Banana. Hmm akan try :-)

Saturday, September 10, 2011

Chocolate Mocha Moist Cake With Fresh Cream..

Baru sudah menyiapkan kek dalam sejam yang lepas. Barang peralatan baking pun sumer dah basuh. Tuan punya badan pun dah bersihkan diri dan merehatkan diri sambil melayan segelas Yogurt Drink Nestle Bliss perisa Blackcurrent..
So Yummy.....:-)

Nak tempek gambar kek lak ni..dah kul 2am ni tak tido lagi? Hmm...jap2...

Yang ni request dari kakak sedara daku - Kak Ngah untuk esok. Eh, esok? Der...dah masuk hari sabtu dah. Tgh hari nnt. Sempena hari jadi anaknyer yg sulung dan juga ada wat open house raya. Dah 10 tahun akak fina yer :-)

Requestnyer nak wat Kek Coklat Mocha. Oleh kerana aku tak pernah wat Kek Coklat Mocha ni, aku ubah suai dari resipi Kek Rich Chocolate Moist yang mana daku tukau esen2 dari nescafe+choc emulco kepada Mocha Flavour. So, jadinyer Chocolate Mocha Moist Cake...hehe...

Then, permintaan utk toppingnyer "Royal Icing". Oleh kerana juga daku ini belum la lagi menamatkan pelajaran bab2 icing ni...hanyalah baru kelas yang pertama daku pergi..itupun Buttercream deco je......Maka dengan itu, daku meng'suggest' utk tukau kepada "Fresh Cream Topping".

Sebenornyer Fresh Cream topping ni pun daku cuak gak. Pasai, silap langkah tangan dan kaki jadi hancus...huhu...Tambahan pula untuk kek yang bersaiz besar. Uih, cuak ler...tapi ku gagahkan juga dan yakinkamn diri ini, jadi juga ler kek daku utk daku yang peringkat amatur ni.

......Dengan tema warna Pink dan Purple....anda lihatla sendiri yer...amatur je...jadi ada la serba serbi kekurangannyer...huhu...

Layankan....






Happy Birthday Sofina :-)

Acara potong kek..

Jari sapa la tu ye? :-)

Nice...special cream kat tengah perisa coklat with cadburry grated :-)


Monday, September 05, 2011

Kongsi-kongsi...

Lama dh tak update blog...Byk sebenarnya info, resipi, gambar nk share ni tapi semenjak raya aritu bz memanjang ngan menge'kek' hehe...
Antara yg ingin diupdate:

1) Custard tea cake yg sudah dicuba tak lama dulu masih belum ditempek gambarnya.
2) Percubaan ku membuat roti buat kali pertama yg dipanggil Schiacciata con l'uva (Grape Foccacia )
3) Gambar2 kek.
4) Home made garlic bread (bukan rotinya tapi utk sapuan di atas roti)
5) Angel Hair with cream mushroom soup (sumber dari blogger...alamak tak ingat. Bila cari dh tak jumpa lak)
6) Linguine Carbonara..
7) Apa lagi?

nnt la bebila free update k....

Saturday, September 03, 2011

Linguine Carbonara.

Sebelum gi tido, nak juga tempek gambar ni dan juga nak share recipe yg sedap Linguine Carbonara :-)
Minggu lepas tingin nak mamam Carbonara. So beli ler barang dan buat ikut citarasa sendiri. Main campak2 je ikut sesedap selera. Hasilnya...memamg puas hati :-)...Sedappppp....:-)

Jom meh2 nak share recipe ni. Ada gak sekali ngan bahan2 dan cara2nyer sekali.

Antara bahan2nyer ialah (untuk 2-3 orang makan):

Satu tin cendawan butang Kimball
5 ekor sotong dibuang kulit ungu tu, dibersihkan dan dipotong-potong
Beberapa ekor udang dikopek, dibuang belakang dan dibersihkan (ikut sesedap hati nak bubuh byk ke sikit)
1 tin sos Carbonara Cendawan jenama Prego yang 420g
5 batang Chicken Frankfuther perasa Italianies cap Ayamas dipotong-potong
Minyak Zaitun / Minyak Jagung / Minyak masak
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun parsley (optional)
sedikit sebuk parsley (optional)
Sedikit daun basil mccormick (optional)
sedikit paprika mccormick (optional)
sedikit black pepper (optional)
sedikit sesame oil (optional)
garam

Setengah peket Linguine San Remo

Jom tgk pula cara2:
1) Potong cendawan macam gambar di bawah.

2)Sotong yang dah dipotong dan dibersihkan, diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil, black pepper, serbuk parsley mccormick.

3) Chicken Frankfuther Ayamas pilihan daku Italianies (almaklum nak makan masakan ala2 Italy...huhu)..digaul sikit ngan Olive Oil

4) Udang juga diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil, black pepper, serbuk parsley mccormick.


5) Antara barang2 daku

6) Gunakan Periuk non-stick panaskan dan masukkan dalam 3 sudu besar minyak Olive oil

7) Masukkan Bawang besar dan bawang putih yg telah dipotong dan tumiskan.


8) Masukkan sotong dan udang dan goreng ditumis bersama sebentar


9) Dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

10) Lepas tu masukkan Hotdog Ayamas Italianies dan kacau rata.



11) Masukkan pula button mushroom dan daun parley. Gaulkan rata

Ni rupa daun parsley. Saya pilih English parsley :-)


 12) Masukkan pula satu tin Carbonara dan 3/4 tin air (gunakan tin Prego carbonara). Kacau rata lagi


13) Akhir Sekali, Kacau rata. Masukkan garam, gula, black pepper, serbuk parsley, serbuk paprika secukup rasa dan kacau sehingga masak.


Untuk Pasta, saya pakai San Remo Linguine :

Masukkan air dalam periuk dan letak dalam 2-3 sudu besar minyak zaitun / minyak sayur / minyak masak dan biarkan menggelegak dan masukkan pasta dan biarkan sehingga masak.
Angkat dan toskan.



Dan.....Hidangkan :-)


Wallaaah!! Slurrp dan mmg sedap. No regrets!! 
Saya letakkan grated mozarella cheese

masukkan dalam microwave dalam 1 minit utk cairkan cheese.
(Sorry gambar sikit blurr sbb pakai HP je :-))

Selamat Mencuber !! :-)



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...