Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Saturday, September 03, 2011

Linguine Carbonara.

Sebelum gi tido, nak juga tempek gambar ni dan juga nak share recipe yg sedap Linguine Carbonara :-)
Minggu lepas tingin nak mamam Carbonara. So beli ler barang dan buat ikut citarasa sendiri. Main campak2 je ikut sesedap selera. Hasilnya...memamg puas hati :-)...Sedappppp....:-)

Jom meh2 nak share recipe ni. Ada gak sekali ngan bahan2 dan cara2nyer sekali.

Antara bahan2nyer ialah (untuk 2-3 orang makan):

Satu tin cendawan butang Kimball
5 ekor sotong dibuang kulit ungu tu, dibersihkan dan dipotong-potong
Beberapa ekor udang dikopek, dibuang belakang dan dibersihkan (ikut sesedap hati nak bubuh byk ke sikit)
1 tin sos Carbonara Cendawan jenama Prego yang 420g
5 batang Chicken Frankfuther perasa Italianies cap Ayamas dipotong-potong
Minyak Zaitun / Minyak Jagung / Minyak masak
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun parsley (optional)
sedikit sebuk parsley (optional)
Sedikit daun basil mccormick (optional)
sedikit paprika mccormick (optional)
sedikit black pepper (optional)
sedikit sesame oil (optional)
garam

Setengah peket Linguine San Remo

Jom tgk pula cara2:
1) Potong cendawan macam gambar di bawah.

2)Sotong yang dah dipotong dan dibersihkan, diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil, black pepper, serbuk parsley mccormick.

3) Chicken Frankfuther Ayamas pilihan daku Italianies (almaklum nak makan masakan ala2 Italy...huhu)..digaul sikit ngan Olive Oil

4) Udang juga diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil, black pepper, serbuk parsley mccormick.


5) Antara barang2 daku

6) Gunakan Periuk non-stick panaskan dan masukkan dalam 3 sudu besar minyak Olive oil

7) Masukkan Bawang besar dan bawang putih yg telah dipotong dan tumiskan.


8) Masukkan sotong dan udang dan goreng ditumis bersama sebentar


9) Dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

10) Lepas tu masukkan Hotdog Ayamas Italianies dan kacau rata.



11) Masukkan pula button mushroom dan daun parley. Gaulkan rata

Ni rupa daun parsley. Saya pilih English parsley :-)


 12) Masukkan pula satu tin Carbonara dan 3/4 tin air (gunakan tin Prego carbonara). Kacau rata lagi


13) Akhir Sekali, Kacau rata. Masukkan garam, gula, black pepper, serbuk parsley, serbuk paprika secukup rasa dan kacau sehingga masak.


Untuk Pasta, saya pakai San Remo Linguine :

Masukkan air dalam periuk dan letak dalam 2-3 sudu besar minyak zaitun / minyak sayur / minyak masak dan biarkan menggelegak dan masukkan pasta dan biarkan sehingga masak.
Angkat dan toskan.



Dan.....Hidangkan :-)


Wallaaah!! Slurrp dan mmg sedap. No regrets!! 
Saya letakkan grated mozarella cheese

masukkan dalam microwave dalam 1 minit utk cairkan cheese.
(Sorry gambar sikit blurr sbb pakai HP je :-))

Selamat Mencuber !! :-)



No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...