Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, April 30, 2012

New Interest - Crochet

Ada hobi baru ni. Tapi citer later k. Nak tempekkan picture je..huhu...

Friday, April 27, 2012

Trifle Pudding Cocktail..

Hmm..arini akan wat trifle pudding cocktail. Excited nak wat ni. Tomorrow will be family gathering kat rumah my grandparent sempena besday atuk :-)
So, the picture will be post later. Wait ya...

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.

Renungan bersama..
Sharing Is Caring...:-)

********************************************************************
Gabar ehsan dari Google Search..


Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.
 
Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya
.

Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.
Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun
."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.
 AMIN…. 

******************************************************************** 

Wednesday, April 25, 2012

Hikmah Bismillah

Sharing Is Caring..:-)

***************************************************
Gambar ehsan dari Google search
 BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
 
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
 
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
 
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
 
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
 
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
 
6.. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
 
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
 
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
 
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
 
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
 
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


***************************************************

Tuesday, April 24, 2012

Petua - Bagaimana untuk mencerahkan pandangan semasa hujan lebat.

Ha..yang ni pun aku dapat melalui email. Bagus ni...makesure dalam dashboard keter memasing spare sati cermin mata hitam yea..
Gambar ehsan dari www.animationlibrary.com
 **************** **************** **************** **************** *
Dapatkah anda memandu kereta semasa hujan lebat? Bagaimana pandangan anda semasa memandu dalam hujan lebat? kabur? Atau langsung tak nampak? Adakah anda mengalami kesukaran memandu semasa hujan lebat? Jika ya, teruskan membaca kerana kali ini saya akan mendedahkan kepada anda satu petua yang memang berkesan untuk mencerahkan pandangan memandu semasa hujan lebat.

Petua ini diajarkan oleh seorang polis trafik yang sangat berpengalaman dalam aktiviti pemanduan. Beliau memang mempraktikkan petua ini dan mengesahkan keberkesanannya. Petua ini sangat berkesan walaupun pada waktu malam.

Biasanya apabila hujan lebat dan pandangan menjadi tidak jelas serta kabur, ramai diantara kita ni akan ON kan VIPER dengan kelajuan yang maksimum. Zip zap zip zap zip zap…Sampai nak tercabut viper tu, punyalah laju. Tapi kesannya? Masih tidak mencukupi. Sungguhpun kelajuan viper di tahap yang maksimum, pandangan masih kelabu dan tidak jelas.

Haaa sekarang saya akan dedahkan petua ajaib bagaimana anda dapat menyelesaikan masalah ini. Senang saja. Anda hanya memerlukan SPEK MATA HITAM atau dalam bahasa omputih nya ‘SUN GLASSES’. Yaa dengan hanya memakai spek mata hitam, pandangan anda semasa hujan lebat pasti akan menjadi lebih jelas. Tak caya? Cubalah!!! Spek mata hitam jenis apa pun tak kisah. Samaada yang harga beratus2 RM ker atau yang beli kat pasar malam, semuanya berkesan.

Cubalah petua ini dan beritahu kepada rakan2 anda sekiranya ianya memang berkesan. Pastikan anda meletakkan sekurang2nya satu spek mata hitam dalam kereta anda. Nanti kalau hujan, senang. Boleh terus pakai. Tak payah nak ON viper tu laju2. Kalau hujan, terus saja pakai spek mata hitam tu dan pandangan anda menjadi lebih jelas dan tidak kabur. Kalau ada duit, beli la spek mata yang berkualiti. Tapi kalau dah pokai sangat, beli saja spek mata kat pasar malam tu. Harganya dalam RM10 jer…malah ada yang berharga RM5 jer.

So, apa tunggu lagi?
 **************** **************** **************** **************** 

Update: Semalam ujan dh try. Hmm...adala membantu sikit kot. Tp semalam ujan lebat tapi masih leh nampak kalau tanpa sunglasses kalau pakai kelajuan viper yg no. 2....

Monday, April 23, 2012

Bila Kita..

Ada dapat satu email ni. Meh nak share...

~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG SYAK YANG BUKAN-BUKAN

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH ?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati :)

__._,_.___
~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~
Betul juga...

Renung-renungkan dan selamat beramal..hehe...




Blogger wajah baru?

Arini blogger berwajah baru?

Menarik..

Wednesday, April 18, 2012

Gebang sikit contoh rumah baru :-)

Just nk attachkan contoh rumah dan kawasan rumah baru. Tapi ni utk phase 1. Nampak macam dah 80% siap. Fully siap tak tahu bila. Tak sabar nk tgk contoh-contoh rumah yang dh siap sepenuhnya dan nak amik idea camner depa reno rumah depa.
Nak dijadikan citer..kami (kata ganti diri my hubby and I) dah beli rumah di BSP. Rumah Semi-D One-story. Tapi rumah kami ialah Phase 2. So...lambat lagi nk siap. Jangkaan maybe dalam ujung tahun 2013 kot. Kalau lagi cepat lagi bagus hahaha...tak sabar dah ni nk dok umah baru.
Macam2 dlm pale ni nak renovate itu..renovate ini..nak hias cenggitu, cenggini...dan bla..bla..bla...
Kitorang jumpa rumah ni by accident (bukan accident langgar pape)..tak pernah terpikir yang rumah kami beli ni adalah sebelah Putra Heights! Putra Heights ialah rumah my family in law hahaha...siyes dekat.
Uhuk! Ingat nak citer sikit2 tapi  tangan ni jadi laju lak nak taip citer panjang...memang tau...memang tau...ahh..layankan je lah ye...

...
...
...
...
Pada suatu dahulu.........
---> Ops! -> enough!!
Ia bermula bila tuan umah sewa yg kitorang dok nak balik umah dia balik. By June 2012, anak sedara dia nak dok. Dengan sedu-sedan dan keciwa, kitorang memulakan operasi nak cari rumah lain. Dah wat keputusan beli je rumah dari dok menyewa. Dok menyewa je sampai bila? (Tapi sebenarnya kitorang bernasib baik dan korang percayalah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmahnyer bila kitorang decide beli rumah Nov 2011, Bank Negara dh kuarkan berita utk perketatkan pinjaman perumahan tahun 2011. Syukur! Tapi kami kesiankan nasib adik2 kami. Macam mana la nnt nak beli rumah kalau mcm ni keadaan susah nak beli rumah dan wat pinjaman..hmm..zaman "Ada Duit Semua Boleh Jadi!".).
Dari hasil pencarian², kitorang mula nampak iklan rumah Semi-D cluster kat Bangi kat Internet. Kire ada org nak jual.Tgk budget pun okeh. Nak ikut budget kami kat KL mmg tak dapat la der...terpaksa la jauh² beli rumah. Nampak dalam Internet macam best. Ada 4 bilik, 3 bilik air, 2-tingkat. Best..best...so...kami  pun satu weekend tu gi la tgk. Rumah tu tuan punyernyer dok Johor tapi beli rumah kat situ n nak jual. Jenuh gak nak cari umah tu. Nasib baik minyak kete penuh. Brapa kali pusing kat situ tak jumpa². Rumah tu mmg takde renovate pape. Just basic. Dari luar (takleh masuk sbb pagar kunci n appointment ngan tuan umah tu minggu lagi satu tap kami gi survey dulu) aku tenung sekeliling dan dalam pale otak tu tgh pk macam² sebenarnya. Cek hubby dah mula setuju ngan umah tu, tapi aku lak macam reluctant nk accept rumah tu. Pastu kami decide nak blk..tapi...aku suh pusing balik keter dan tgk dari tepi. Tengok punyer tengok...aku kata "nape nampak cam kecik je? Pastu berhenti balik depan umah tu. Tengok lagi...pk lagi....tenung lagi...sudahnyer..aku kata aku tanak umah tu. Pasal apa?
Sebabnya:
1) Rumah tu jauh dan susah nak cari. Kesian pada kawan², ahli keluarga dan sanak sedara nk dtg tak jumpa²
2) Rumah tu very basic. Tak cat baru ke apa ke.
3) Pagar pun berkarat n tak cat baru
4) Depan rumah yg lantai² tu pecah² sikit.
5) Takde kawasan belakang. Rumah Semi-D cluster ialah rumah Semi-D yang bercantum 4-4 seperti loyang 4-segi dalam 4 kuantiti (paham ke idak?). Berbeza dengan Semi-D yg cantum dua rumah sahaja tu.
6) Kawasan depan pun muat satu kete je kot
7) Takde grill utk tingkap2 dan pintu
8) Kalau beli rumah tu...kene cat rumah, kene tukar pagar, kene pasang grill dan etc..etc
Huih...byk benor reason...

Dalam keter diskas2 sampai dh tarik muka masam terus try redah jer BSP tuh. Ghupenye byk rumah yg baru developed by LBS. Masuk je kawasan BSP tu nampak.....
cth rumah yg pertama (1)-> 
Townhouse - 2 tingkat ->Town House 20'x 70'

- Cantik and smart., ada 2+1 bilik dan 2 bilik air
- sesuai utk small family :-)
- Tapi takmau sbb tak suka townhouse sbb kecil dan tak suka berkongsi ala2 rumah apartment. (Atas rumah org lain, bawah rumah org lain)
- But if beli, akan pilih yg dok dia atas lebih privacy.

cth rumah yg kedua (2)->
Rumah Teres 2 tingkat ->Double Storey Terrace House 18' X 55'
- Cantik juga.
-  3+1 bedrooms & 3 bathrooms
- Nk corner lot tapi dh abis tapi nk teruskan jugak nak amik rumah teres dua tingkat tu n teruskan diskas ngan pemaju tu

But then...pemaju tu kuarkan gambar rumah Semi-D satu tingkat. Wah, still dalam budget so we decide nak pi tgk rumah contoh.
Sekali, pemaju tu kata ada tinggal 3 unit utk yang corner lot, Fuh..
Single Storey Semi-D 32’ x 70’
- tgk rumah contoh terus tangkap cintan pandang pertama
- Corner lot tanah tepi yg luas extra 30 kaki
- 3+1 bedrooms & 2 bathrooms
- Ada ruang belakang tanah extra 10 kaki
-  ada parking porch yg leh muat dua keter. 
- Ruang Dining dan living area dipisahkan
- satu tingkat je, dalam kepala pikir..satu tingkap cukup sbb nnt aku gak nak kemas2 rumah senang sapu satu level je.
- Takyah nak naik2 tangga nnt bila dah tua tak larat. Cian gak nanti mak, mak mertua, nenek, makcik2 tak larat nak panjat tangga gak.

Mmg tak pk panjang terus kata setuju nak rumah tu. Tapi kitorang booking the next day. Sbb pk nak bgth dulu kat parents pendapat diorang kan...and dapatkan slip2 gaji dan dokumen bagai.
Bayangkan dek sebabkan tinggal 3 unit corner lot yg macam pisang goreng panas tu, yg sapa cepat dia dapat, esoknyer pagi2 lagi sebelum buka kul 9am kitorang dh tercongok dekat contoh rumah tu. 
Then, selamat bayar duit booking. Dan sekarang kitorang dah lepas process2 permulaan beli rumah and tunggu rumah siap jer.
Idea2 nk deko, renovate rumah kumpul banyak2. Majalah impiana yg dulu tak tingin nk tgk pasti akan beli nak amik idea. :-)

Oh ye, ada yg bertanya kenapa tak pilih Semi-D yang dua tingkat.
Ada...bukan takde. 
Yg Semi-D dua tingkat punya lagi besar...huh..berangan jap. Ni info:
Double Storey Semi-D 32' x 70' 
- 4+1 bedrooms & 3 bathrooms
- Besar giler
- corner lot dan ruang taman besar gila..ada anak2 leh main futsal situ kot
- bahagian atas rumah ada family area.
- Ada 5 bilik tu.atas 3 bilik, bawah dua bilik ada di sudut tengah dan belakang. (Sanggup ko nk kemas satu rumah 5 bilk nnt sorang2?)
- Tapi dining dan living area sekali
- Ada dah seperate utk wat dry kitchen and wet kitchen (aku suker tuh!) 
-  Bilik master bedroom belah atas ada beranda yg pakai kaca ijau tuh.
- Cantik
 
--tapi rumah Double story semi-D sebab aku tak beli ialah:
- Rumah besar sangat 
- Aku sorang nanti jenuh nak mengemas rumah. Nak kene leter sorang2 utk kemaskan bilik dan rumah bagai
- Taman pun besar bangat tak tahu nak wat apa nnt. Nnt dah tua2..anak2 sumer dah kawen tinggal berdua ngan hasben...
- Hahaha...byk punyer alasan. Dan alasan yg last-> Not in our budget.
 
Lagi satu rumah yg menarik -)
Double Storey Clusterlink Semi-D 32'x 55'
memang cantik rumah ni tapi kecik sikit compared ngan Semi-D yang lain.
- Memang berminat tapi sumer rumah dah sold-out
 
 
Ok now, let's see the picture of phase 1 that I took last 2 weeks. Kawasan ada pagar. Yang ni belah depan deret rumah contoh. Rumah kitorang dekat belakang. Belum piling lagi kot sbb yg paling last. 




 
 Okeh...nnt kite gebang lagi pasal rumah baru. :-)
Cau Cin Cau....
 

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...