Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Tuesday, April 24, 2012

Petua - Bagaimana untuk mencerahkan pandangan semasa hujan lebat.

Ha..yang ni pun aku dapat melalui email. Bagus ni...makesure dalam dashboard keter memasing spare sati cermin mata hitam yea..
Gambar ehsan dari www.animationlibrary.com
 **************** **************** **************** **************** *
Dapatkah anda memandu kereta semasa hujan lebat? Bagaimana pandangan anda semasa memandu dalam hujan lebat? kabur? Atau langsung tak nampak? Adakah anda mengalami kesukaran memandu semasa hujan lebat? Jika ya, teruskan membaca kerana kali ini saya akan mendedahkan kepada anda satu petua yang memang berkesan untuk mencerahkan pandangan memandu semasa hujan lebat.

Petua ini diajarkan oleh seorang polis trafik yang sangat berpengalaman dalam aktiviti pemanduan. Beliau memang mempraktikkan petua ini dan mengesahkan keberkesanannya. Petua ini sangat berkesan walaupun pada waktu malam.

Biasanya apabila hujan lebat dan pandangan menjadi tidak jelas serta kabur, ramai diantara kita ni akan ON kan VIPER dengan kelajuan yang maksimum. Zip zap zip zap zip zap…Sampai nak tercabut viper tu, punyalah laju. Tapi kesannya? Masih tidak mencukupi. Sungguhpun kelajuan viper di tahap yang maksimum, pandangan masih kelabu dan tidak jelas.

Haaa sekarang saya akan dedahkan petua ajaib bagaimana anda dapat menyelesaikan masalah ini. Senang saja. Anda hanya memerlukan SPEK MATA HITAM atau dalam bahasa omputih nya ‘SUN GLASSES’. Yaa dengan hanya memakai spek mata hitam, pandangan anda semasa hujan lebat pasti akan menjadi lebih jelas. Tak caya? Cubalah!!! Spek mata hitam jenis apa pun tak kisah. Samaada yang harga beratus2 RM ker atau yang beli kat pasar malam, semuanya berkesan.

Cubalah petua ini dan beritahu kepada rakan2 anda sekiranya ianya memang berkesan. Pastikan anda meletakkan sekurang2nya satu spek mata hitam dalam kereta anda. Nanti kalau hujan, senang. Boleh terus pakai. Tak payah nak ON viper tu laju2. Kalau hujan, terus saja pakai spek mata hitam tu dan pandangan anda menjadi lebih jelas dan tidak kabur. Kalau ada duit, beli la spek mata yang berkualiti. Tapi kalau dah pokai sangat, beli saja spek mata kat pasar malam tu. Harganya dalam RM10 jer…malah ada yang berharga RM5 jer.

So, apa tunggu lagi?
 **************** **************** **************** **************** 

Update: Semalam ujan dh try. Hmm...adala membantu sikit kot. Tp semalam ujan lebat tapi masih leh nampak kalau tanpa sunglasses kalau pakai kelajuan viper yg no. 2....

1 comment:

eita said...

takde kete..
ada motor je..
kalau hujan redah je ni..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...