Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, June 21, 2012

Susu Berperisa Coklat MARIGOLD...

Baru tahu ada ini. Harus diamalkan nih! :-)


Wednesday, June 20, 2012

Contact Lens 10% OFF @ My Contact Lens Station

 Contact Lens 10% OFF @ My Contact Lens Station

Do read my whole entry ya....and you'll know how ;-)
...
...
...
...

Hi guys...

Contact lens Again??! Yesss!!  Haha...



Today, received the contact lens

 Look at this! Bought Bigger Lens Colourvue brand and a pair of trial lens from Acuvue Oasys and Advance Plus. Believe me that the trial lens is free. You can get the free trial lens to try out first. I always looking forward for the most comfortable lens.

2 boxes of Colour Vue Bigger lens + a pair of Acuvue Oasys + a pair of Acuvue Advance plus + 2 contact lens case
See that??
The colour? Again chocolate colour?? What?? He hehe...it's sweet honey. The colour looks natural for me but looks bigger..


Just a simple question....

Are a contact lenses fan?
Are you wearing any contact lens?
Do you loves Contact Lens?
Do you loves shopping Contact Lens?
Are you looking for the best online station to shop your contact lenses?

Do you want to know where do I get all my favorite contact lenses?
Well...the answer is: from MY CONTACT LENS STATION!!
I definitely recommend you to go to this website and start shopping your contact lens PLUS get 10% off on your first time purchase at MY CONTACT LENS STATION.


Read carefully....10% off on your first time purchase

10% OFF???? Yesssss...my dear....




Lets not to talk too much will you? hahaha.... Just simply go to this website
MY CONTACT LENS STATION and do your clens shopping now. All the lenses is at affordable price. Believe me since I'm one of their loyal customer. Their response are fast too. Love it..love it....(wink*)


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~
This is how to get the fantastic 10% OFF on your first purchase. 
Please Take Note:
10% discount code: 10DC0612  must be entered at the coupon code column during checkout
DO NOT FORGET TO PUT my full name : NORLIANA MOHD ROSLI and my email: norliana.rosli@gmail.com in the comments box when placing your order at the checkout.

Promotion will end by 31 December 2012.

~*~  ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~
 

Tuesday, June 19, 2012

Checkered Cake: My 4-IN-1 Marvelous Checkered Cake..

Checkered Cake ataupun Kek Dam.....

Dah lama la daku berangan nak wat kek ni. Konon nak gabungkan kek yang hebat nih. Si Baldu Merah RVC dan Choc Moist Cake. Daku ingatkan daku la hebat tetiba dapat idea nih. Ghupenye berlambak daa kat Internet tu ha...pe daaa...
Bukan nak puji diri tapi memang kek ni sedappp bangat huhu....terasa kenikmatan kek-nyer yang moist tu, cream cheese-nyer yang wat ada rasa masam2 manis. Uih...sungguh la tempting rasanya.
Ke daku je yg perasan lebih ni ahahaha...Well...you know it when you try it! You'll never regret!
Cheh, kasi Propaganza sikit..haha...
Ni percubaan daku yang pertama. Pasti dah tau apa yang perlu diperbaiki utk 2nd trial.

Korang tengok gambar kat bawah ni, sila abaikan seperti berikut:
1) Rupenye yang comot
2) Toppingnyer yang tidak sekata
3) Ganache yang agak sememeh dan tak sekata juga.
4) Konon deko la tu. deko pebenda tu nak habihkan cream cheese yang berbaki tu nak buang sayang.

kek untuk makan2 sendiri apa nak cantik2?? Makan masuk perut kuar jadi t**i juga hahaha...ups...Maafkan saya.

Soalan bonus: Kek ni tak jual ke?
Jawapan saya: Tidak *buat masa ini sebab saya tgh mode 'M' sebab saya dah termakan banyak Vitamin 'M' huhu....tolon bagi tips utk buangkan toksin akibat Vitamin 'M' yang terlampau banyak. (saya highlightkan word tu sebab maybe one day saya akan sambung balik wat bisnes kek)

Verdict: Sila cuba jangan tak cuba.

Saya namakan kek ni sebagai.......4-IN-1 MARVELOUS CHECKERED CAKE...YEAHH!!

Red Velvet Cake + Chocolate Moist Cake + Cream Cheese Topping + Chocolate Ganache + 5-Layer (which supposed 7-layer tapi tak larat nak wat another 2-layer..huhu) + 9-inch diameter.

Dah disalut dengan Cream Cheese

Dah balut ngan ganache. Border yang eksen je

Taraa!!! Ada Berani??

Kasi nangis sikit...

Nyummy!! Nyummito!!

Sekian....

Tuesday, June 12, 2012

Tegar dengan Contact Lens? Tegar kah??

Pernah kah kiter bercerita yang kiter ni adalah peminat tegar contact lens? Pernahh.....tak pernah?
Cuba tgk kat link ni balik - citer contact lens.
Minggu lepas beli la clens colourVue lak dari My Contact Lens Station sbb rata-rata mmg kata Colourvue ni memang selesa.
Cer tgk nih.
pilih punyer pilih kenapa la kaler cekelat juga jadi pilihan aku akhirnya. Tak kira la cekelat gelap ke cekelat terang ke...nak beli kaler lain berakhir ngan kaler cekelat juga...aduyai...
Oleh kerana tak pernah pakai brand colourvue, terlampau la byk jenisnya dan aku pun tak tahu nak pilih jenis mana akhirnya beli yang 3tone - brown. Dh buka dan try sepasang tapi aku rasa yg jenis 3 tone tak sesuai ngan mata aku. Aku rasa kene beli yang jenis Big Eyes tu la. Dari segi kelesaan di mata memang selesa. Yang tak selesanya ialah line warna dia aku leh nampak. Jadi menganggu penglihatan.
Buat masa ni aku rasa Clens bescon pun ok jugak. Geo lens pun ok2 la.

Next month, aku nk try Colourvue Big eyes lak. For sure aku akan beli gak kaler cekelat tu. Konon memula tu nak ambil kaler purple tapi kang takut pelik lak.

Tapi...cuba korang tengok aku pakai clens Geo kaler pepel nih..nampak Ok gak kan...hehehe...
Geo Lens - 3 tone - Purple
Yang ni lak gambar Clens bescon kaler brown. Daku suker..daku suker...ahaks...Dalam gambar bawah ni nampak terang sangat. Tapi kalau dalam jarak jauh nampak brownish gitew.
Bescon - Brown (nampak terang lak dalam gambar ni)
Lagi satu lens yang daku suker. Ha, yang ni wat pakai basahan. Ups..untuk wat pakai hari-hari. Daily disposable nyer. So far selesa. Kalau pakai ni memang tak obvious. Cuma anak mata akan jadi besar sikit dan shining2 gitew. Huhuhu...


Freshlook Illuminate


Rupenyer cam kat bawah ni.
Tak obvious sangat kan..- Freshlook Illuminate
Last but not least. Yang ni lak gambar Fresh Grey dari Geo Lens. Gambar Fresh brown tak ambil lak. Suka gak yang nih tapi dia nyer kaler tak obvious. Kire ok la kan. Macam nak order lagi je yang nih. hehe...

Geo Lens - fresh grey

Ha...nak tahu caner mula asal leh terjebak ke kancah contact lens nih? cer citer...cer citer....

 Ala...mula pakai sejak kat 'U' dulu. Alkisah diri sendiri rabun tapi tak suka pakai 'spek'. Bila tak pakai 'spek' maka tak nampak jelas. Bila selisih ngan orang2 yang kenal kite dok senyum2 tapi empunya badan menonong sombong macam tak tentu pasal. Huh?! Bukan sombong sebenarnye...tapi memang tak jelas nampak muka orang tu. Mana la 'cek' tahu. Then, lagi satu yang menyokong fakto pemakaian contact lens ni alkisah waktu zaman belajar dulu join silat. Payah nak nampak Tok Guru ngajor step2 sebab rabun dah kan..so I decided to wear contact lens. Nah! terang lagi bersuluh. memang nampak jelas. Tak payah dah pakai cermin mata.
Akan tetapi...ha....akan tetapi ketika itu daku hanya bermula dengan clens yang transparent sahaja. Bukan yg kaler2 macam sekarang ni. Waktu tu tak berani lagi nak pakai yang kaler. Tapi tu la...I ni malas nak pakai hari2 clens.....Leceh la!!
Ni sebab-sebabnya pada masa itu:
1. Pakai hari2 pedih la mata (caner la setengah orang tu pakai hari2 clens? kagum betul daku)
2. Ambil masa nak kuarkan clens dari bekas, cuci dulu ngan solutions baru pakai. (eh, memang la kene wat camtu..huhu)
3. Bila nak pakai clens, akan ambil masa lama nak pakai. Sebelah mata setengah jam baru ok. Maknanya dua belah mata bersamaan satu jam..huhu..dasat² (Kalau silat mula kul 9pm, daku kene pakai kul 8pm huhu)
4. Lepas pakai kene tanggalkan clens lak. Then kene cuci dulu clens tu baru simpan (Memang la jugak!!)

Ha, itu la sebabnya.

Sekarang ni dh tak pakai dah jenis transparent nih. Pakai nak kaler2 je...
Start pakai clens kaler bila dh keje tmpt keje sekarang ni la rasanya dalam tahun 2008 kot. Sampai la sekarang. Macam2 jenis dah try.

Stock pun tak abis lagi dah beli yang lain..huhu...

Meh tengok apa brand yang daku pernah pakai.

1. Acuvue (Surevue - lens transparent pertama yang daku pakai - monthly disposable) Tak ingat exact tahun. maybe tahun 2000 atau 2001 kot.
2. AirOptix (Lebih oksigen sesuai utk pemakai clens lebih dari 8 jam. Tapi lebih 8 jam pun still rasa tak berapa selesa.)
3. Softens (Yang ni pakai bila keje Singtel. Diperkenalkan oleh my friend sbb dia leh pakai hari2 tu...kagum aku tapi aku still tak pakai hari2 gak) - Tapi kalau nak pakai clens transparent balik, aku akan cari ni gak.
4. Bermula nye pakai kaler brown tahun 2008 - (tak ingat brand apa. Beli kat Kedai Optometrist Semua House. Dia kata ramai beli pakai selesa. Tapi aku pakai tak selesa pun!)
5. Freshlooks - Beli yang kaler brown dulu ke kaler grey dulu. Tak berapa ingat. (Monthly disposable, suka gak la yang ni beli beberapa kali.) Waktu kahwen pun pakai freshlook kaler grey sebab mak andam suh pakai kaler kelabu..hoh. - Monthly disposable.
6. Geo Lens collections - daku kenal Geo lens ni bila join Forum pasal clens dan membawa daku kepada suppliernyer yang sampai kini dia ialah supplier favourite daku. - dari koleksi dari Geo Lens ni banyak sangat. malas lak nak listkan huhu...
7. Freshlook Illuminate  - Ada ring hitam pada clens buatkan anak mata nampak besar dan bercahaya. Saya suka yang ni :-) - Daily disposable
8. Blincon - Yang kaler dia lawa tapi tak sesuai dengan mata aku - kaler brown
9. Bescon - Yang ni daku suker...hehe - kaler brown jugak
10. Colourvue - Yang ni nanti daku nk try yang Big Eye lak. 3 tone for me tak selesa sangat.

Ok....itu ajer lah..Nanti daku edit lenkali la kalau ada citer lagi pasal clens nih. Penat lah nak taip...
Note: Suka dengan clens tapi I jarang pakai..caner tuh?
P/s: I dah jumpa favourite link nak beli Contact Lens sekarang :-). Lepas ni nak clens dari My Contact Lens Station. Beli online sudah. Service cepat. Respons pun cepat. Dapat lens pun cepat. Memang terbaik dari ladang! :-)

Monday, June 11, 2012

Dah lama tul tak Menge'Kek"

Dah berapa lama dah daku tak menge'kek' ni. Agak lama juga la kan? Last sekali attend kelas kek continental cake tu leh dikira tak? Huhu...No! It's not counted!.

Jauh di sudut hati tu memang masih ada lagi minat menge'kek' tu tapi Vitamin 'M' menguasai tahap Gaban.
Dalam pale otak macam idea nak pelbagaikan jenis2 kek. Konon2 kreatip la konon. Tapi la...aduhai...kur semangat. Liat *lok laq hang na..... nak kuarkan segala bahan nak wat kek, kendian nak mix bahan kek tu, pastu nanti nak kemas segala bagai kan...

Hmm...planning ni dah lama nak kene wat satu kek trial ni dulu walaupun daku yakin boleh jadi punyer (amboi eksyen hang na). Tapi yang ni takmo citer lebih dulu. Kasi surprise. Daku pun teruja nih nak wat kek nih tapi kene ambil Vitamin "R" banyak2. Kalau jadi pasti aku tempekkan gambar itew...

Ha...tahun ni bulan puasa, nak tak nak ko kene gak hidupkan api oven tu. Malas tak malas...Biskut Raya tahun ni jangan lupa. Tahun lepas ko dapat la elak dari wat biskut pasai sibuk dok ngan bisnes kek hang kan. Ha, tahun ni sendiri mau ingat.

Dua tahun lepas ingat lagi, punye la eksaited nak wat macam2 biskut raya sampai diri sendiri dapat sakit. Tahun ni daku wat berpada je. Tak larat nak wat biskut banyak2 jenis. Cukup la nnt 2-3 jenis je nnt. Tu pun nak kene wat banyak2 nanti tu. huhu...

Bila nak wat kek trial tu? Aih, jangan wat surprise nih. Bahan2 dah lama ada....Tungguuuuuuu.......


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...