Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Wednesday, July 18, 2012

Bro's Two Tier Wedding Cake - Pink and White Theme

Kuarkan tajuk dulu.

  • 2-tier Wedding cake OR
  • Two Tier Wedding Cake OR
  • Kek Kahwin Dua tingkat OR
  • Kek Dua tingkat.....
Bukan sumer maksud sama ke? Kamu kenapa?
Eh sokati la nak taip banyak mana pun kan....

Alhamdulillah selesai sudah majlis kahwin dua-dua belah pihak di Tangkak, Johor dan sini. :-)

Adik bongsu daku dah kahwin dah wei....aih tak sangka. Nampak kat mata daku ni dia ni cam budak kecit je lagi. Pejam celik..pejam celik dah jadi laki orang dah. Buat adikku Zafri dan Aien (dolu panggil Cek In..la ni dah jadi Puan In dah...hew..hew..hew). Akak doakan yang terbaik buat kalian. :-). Daku takde adik pompuan. Ni dah ada adik pompuan dah :-)

Dipendekkan citer. Sebab jangan lari dari subjek di atas yer...tulunn...haha...
Tapi nape daku malas nak taip story ni. Maleh arr..tempek gambar je leh tak??

Layankan je la.
Anyway. Ni percubaan pertama daku wat 2-tier nih. Ok tengoklah hasilnyer..nak tahu citer panjang, nanti aku edit thread ni. So, korang rajin-rajinkanlah nanti intai blog daku ni nak tahu hupdate iyer....

Yer...rupa huduh.. Ni la akibat bila bakar loyang besau 12inch. lama tu nak tunggu masak. Tp nasib baik dari segi rasa dan tekstur lepaih dua hari still mabeles and moist. huhu. Ni RVC yer..

Yang ni lak utk 2nd tier wat kek chocolate mocha moist cake

Yeay!! Dah pakai baju dah si choc mocha nih..

Saya budak masih belajar. Sila jangan kutuk lebih. Kalau nak kutuk sila tutup browser anda dari membuka blog saya..sekian..

Suker..suker..suker...suker

Lagi? Sokati la...hahaha...daku mmg suka tgk

1st tier dh cocok pillar.

Wah, cantek laaaa..(puji diri sendiri. Kalau sendiri tak puji and motivate diri sendiri sapa lagi??)

Suker tgk banyak2 kali..


Selamat Pengantin Baru Zafri & Ain :-)

Nape atas kek tu tu topping tak rata? Cuba jawab?? Tercabar kewibawaanku. Tu la dia..nk tulis tulisan bersambung nama adik sendiri. Sekali tersalah eja. Tertulis "Zairi" (tulisan bersambung) Apa lagi..dah deko bagai nak ratakan dah tak leh. Amik spatula buang yg tulisan je la sekali cacat sikit (ala sikit je pun. Kecoh la...huhu)


Huih....aku bangga dengan diri aku sendiri sbb berjaya menghasilkan kek dua tingkat ini. Suka la :D

Ihik..ihik..ihik...

memula nak assemble kek ni memang dag dig dug yang amat. Sekali stable. Alhamdullah.

Taraaaa!!!

Yeay!!!

Pasangan yang sepadan. Sama cantik sama padan..:-) Alkisah..kek sumer habis. Memang kami tak berapa merasa kek yg dibuat. Kene wat lagi nih.

Dalam nak taknak nak tulis blog ni. Panjang lak daku taip siap ngan caption tu utk setiap gambar.

Conclusionnyer...takde update utk thread ni. Jumpa lak nanti kat thread lain....daaaaaaa.....


No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...