Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Wednesday, October 31, 2012

I Love You, Stupid! & Awak Suka Saya Tak?

Ha, jangan tak tahu dua novel ni - ILUS dan ASST. Penulisnya Melur Jelita memang hangat diperkatakan di kalangan blogger yang minat baca Novel.

Sejujurnya saya ni bukanlah peminat tegar novel melayu. Tetapi tak berapa ingat blogger favourite saya yang mana satu telah menge'post' thread pasal novel ILUS (I Love You Stupid) ni telah menarik minat saya. Tapi yang obvious ialah dari blogger favourite saya -> http://mamafami.blogspot.com dan http://www.tiffinbiru.com . Salah satu sebabnya adalah sebab bukunya yang tebal. Buku tebal ni lambat sikit habis dan ceritanya mesti padat dan banyak..Saya memang suka tu.

Kalau novel melayu yang biasa yang leh amik 3 hari je baca, bagi saya memang membosankan. Sebelum ni novel melayu tebal yang pernah saya baca ialah "Bukan Puteri Lindungan Bulan". Walaupun di kalangan kawan2 saya kata novel tu membosankan sebab ianya terlalu tebal dan banyak aluran ceritanya, namun ianya seperti cabaran buat saya untuk menghabiskan novel yang setebal itu. Dan bagi saya, tidak lah ianya membosankan seperti dikata. Menarik jalan penceritaannya.

I LOVE YOU, STUPID! - ILUS


Berbalik kepada novel ILUS tadi, bila singgah di MPH Aeon Wangsa Maju berdekatan dengan tempat tinggal saya, maka saya terus mengambil kesempatan untuk menjenguk novel ILUS ni. Hampir terlupa dengan tajuknya, saya berpandukan kepada novel paling tebal yang terbayang di ingatan saya. Dalam pada itu, tangan tersambar juga sebuah novel "Suamiku Vampire"ditulis oleh Ria Natsumi yang sebelum ni saya pernah baca dan ikuti hanya dari online. Cerita Suamiku Vampire juga menarik tapi target saya ialah mencari novel melayu paling tebal.
Pandangan mata saya terus tertangkap di satu row paling bawah di salah satu rak seksyen novel melayu. Dengan gambar di depannya "Tangan, Gari, Melur Jelita". Ahah! Ni yang saya cari. Setelah baca sinopsisnya dan berpandukan kepada komen2 bloggers yang mengatakan novel ILUS ni menarik, terus saya ke kaunter membayarnya. Agak terkejut si suami kenapa si isteri tetiba minat pula nak membaca novel melayu..Alasan saya? "Novel ni tebal dan bloggers kata buku ni best! Tu yang nak try tu" hehe...

Pada permulaan pembacaan saya, agak 'slow' sikit dan ada beberapa part saya konpiuh sikit dengan jalan penceritaannya. (Tak banyak, maybe sebab saya dah lama tak baca novel melayu, maka saya susah nak memahami jalan cerita.). Namun setelah beberapa muka surat dan bab2 seterusnya disingkap dan dibaca, semakin menarik dan membuatkan masa senggang saya terisi dengan novel kedua terlaris dari Melur Jelita ini. Kalau tidak sebelum ni, pantang waktu senggang mesti akan pegang iPad. Kengkadang berebut kejap dengan si suami yang nak main game dekat iPad..
Jalan penceritaannya menarik dan setiap gambaran yang diberi dan diceritakan dengan jelas dan saya dapat membayangkan seperti apa yang ditulis oleh penulis. Bila part kelakar, saya ketawa terkekeh-kekeh yang kengkadang ditanya dek si suami apa yang digelakkan, bila bab serius, kening saya akan turut berkerut, bila bab sedih, air mata saya juga turut mengalir.
Kredit saya berikan kepada penulis Melur Jelita kerana menghasilkan novel yang menarik terutama dapat menarik golongan pembaca yang bukan peminat novel melayu tegar seperti saya.
Saya kini di page yang hampir kepada mukasurat 1000. Apakah kesudahanya? Tak sabarnya nak tahu.

Dalam pada masa yang sama, tanpa menunggu buku ILUS ni habis di baca, dek kerana bloggers2 juga yang menceritakan novel pertama yang paling terlaris yang ditulis oleh Melur Jelita, maka saya semalam mengambil kesempatan masuk ke MPH Aeon Wangsa Maju selepas dinner di Secret Recipe yang menghadap MPH utntuk mencari novel "Awak Suka Saya Tak?".
Dari satu barisan rak ke barisan rak yang lain di Seksyen novel melayu, tidak saya ketemu dengan novel ASST. Ada sedikit kekecewaan timbul di situ. Tidak berputus asa, di satu tempat berdekatan dengan pintu masuk MPH ada diletakkan novel2 melayu disitu. Novel2 keluaran terbaru mungkin. Mata melilau dari satu novel ke satu novel mencari tajuk novel yang diinginkan (Saya tak tahu macam mana cover novel ASST, maka saya berpandukan pada tajuknya sahaja.)...Dan..saya bernasib baik sekali lagi. Saya menemuinya! Diletakkan di barisan pertama dari kanan dekat dengan pintu masuk MPH. Aduh, hampir terlepas pandang. Terus saya ke kaunter membuat bayaran. Kini, dua koleksi novel melayu dalam simpanan saya :-)

ASST & ILUS - Melur Jelita

P/S: Dek kerana penangan baca novel, gaya penulisan blog pun dah ada kerawang-kerawang pulak dah...(",)'




Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday..







Monday, October 22, 2012

Dah kenal cake ni?

Rasanya kek ni tak yah la nak diperkenalkan kan? Dh banyak dah tempek..kat label bawah pun dah terang lagi bersuluh hehe...orait..
Sila jamu mata saja k...lat tali lat tamplom...



Italian Rainbow Cake a.k.a Kek Pelangi Italian

Italian Rainbow Cake atau Kek Pelangi Italian (memandai je daku translate kan..kan) atau Rainbow Cake atau Kek Rainbow sajer..

Nape nama dia Italian Rainbow Cake? Rainbow Cake yang di'topping'kan ngan Italian Buttercream. Kek ni gak leh gak pakai topping Cream Cheese so nanti nama dia jadi Rainbow Cake with Cream Cheese Frosting. (ye ke ni?..hmm...)
Sebelum ni daku mmg tak terbuka hati pun nak wat Kek Pelagi Italian ni..Ntah, rasa cam leceh je. Lagipun tg tang mana nye yg bestnyer kek Rainbow ni. Keknyer pun jenis kek butter yang diwarnakan ikut kaler pelangi je. Tapi utk penggemar kek butter maybe suka la kot.

Tergerak la nak wat Kek Rainbow ni lepas dak opis satu department dok tanya samada daku ada jual/wat kek Pelangi nih (kejap kek rainbow..kejap kek pelangi..bedal je la..janji maksud sama..).

Suh order kek RVC tanak. Dok tanya kek yg tak pernah wat. Aritu tanya wat kek aiskrim ke dok. Daku lak selamba je jawab "Resipi ada tapi tak pernah wat. Barang mahal lah." Huhu...Nanti one day, saya wat ye...;-)

Dok pikir2..baik daku try wat sendiri kan. Alang2 tu bila wat, daku pun leh la merasa camner la Rainbow Cake yang digembar-gemburkan itew.
Utk percubaan pertama ni daku gunakan Italian Buttercream. Ada gak Kek Rainbow ni pakai cream cheese frosting. Tapi Cream Cheese frosting daku dah tahu rasa camner sbb dah biasa wat Red Velvet Cake tu kan. So kali ni, why not give a try.
Huh...Tang wat topping Italian BC tu yg mencabor sikit tu yg byk guna bahan. Bahan2 nak wat ITBC ni mahal lak tu.
Tapi dah kata percubaan pertama kan, mesti ada kekurangannya kan..ala...kalau wat pertama kali terus "PERFECT!!" tu kire korang memang hebat la kan...bak kata pepatah yang daku reka sendiri.."Kalau tiada kegagalan, maka Tiadalah Kejayaan!!!" Ada setuju?? - Setujuuuu!! Bagus..bagus..

Italian BC ni bagi daku ada sedikit manis. Ikut resipi omputeh. Tekak depa ni memang kuat manis. Tak macam kite2 orang melayu ni kalau manis pun manis2 sedang gitew...hew..hew..hew..
Cake Rainbow lak bg daku, boleh tahan la. Cake butter kan. Nasib baik daku kurangkan gula tu. Kalau tidak memang susah la nak telan.
Bawakan satu slice utk dak yang minta daku watkan tu. Arini dia takde la pulak. Wat kan utk makan2 dan rasa2 dulu. Lepas ni kalau ok, leh la wat utk jualan kan. Tapi pendapat kawan opis lak kata, kek ni lagi sedap kalau guna Cream Cheese frosting. So, dia akan jadi manis2 dan masam2 cheese la kan..
Hmm...ok gak kan? :D. Daku rasa setuju gak tuh..

Tanpa membuang masa uollz, maka saya mempersembahkan kepada uollz untuk jamu mata!!!!!! Dipersilakan...



Rainbow Cake a.k.a Kek Rainbow a.k.a Kek Pelangi



Saya suker...;-)


Sekian.....Alhamdulillah...

P/s: Alkisah pasal Italian Buttercream tu, no wonder la manis..ghupe2 nye daku tersalah tgk sukatan gula. Gula tulis 530ml/430gm. Yang daku gi amik tgh2 la konon nya jadi 500gm. Daku rasa kalau ikut 430gm gula tu memang sedap Italian BC nih. Rasa ringan je dan takde la rasa buttercream. Ada yg cakap Italian BC ni ada rasa2 aiskrim sikit (kalau ikut sukatan yang betul yer. Bukan macam daku yang dag terlebih sukatan gula..huhu..) Lenkali tgk betul2 ye puan-puan..530ml tu bukan 530gm. Patut la manisss!!! Pfftt!!!
 Rasa macam nak wat lagi lak...huhu..

Wednesday, October 17, 2012

RVC...

Dah lama si RVC ni mendiamkan diri kan?

Ni request kali kedua selepas rvc ni dah lama bercuti...

Kualiti gambar gelap sikit. Aih nak tunggu iPhone5 kuar ni lambatnyer la pulak..

Friday, October 05, 2012

Penantian iPhone5....


Apple Store website nak update pasal iPhone5 ke....Teruja nih...Wah!! penantian yang sungguh dinanti-nantikan...

From website http://store.apple.com/my/

Wednesday, October 03, 2012

Pavlova..Pavlova..Pavlova...

Untuk kesekian kalinya, rasanya ni kali yang ke-4 kot try wat pavlova ni...Kali ke-4 ni la baru jadi seperti yang diingin-inginkan...

Kali pertama - Tak jadi! - bakar lama dalam dekat 3 jam tapi luar tak jadi garing pun. Pastu bila makan liat macam chewing gum.
Kali kedua - Tak jadi! - Bakar 3 jam setengah, permukaan luar rasa cam dah keras (tapi tak nampak merekah pun). Tetap liat!! Campakkan dalam tong sampah
Kali ketiga - Pra-jadi! - Dalam resipi kata bakar dalam suhu 130c dalam 1 jam 15 min. Kali ni aku takmoh ikut suhu macam dalam resipi. Aku letak terus suhu 180c. Dalam 2 jam macam dah masak walaupun tak merekah. Nak give-up dah. Lepas 2 jam memang tutup api dan biarkan sejuk dalam oven terbuka tu sendiri. Esoknye makan...sedap gak...luar rasa cam garing sikit walaupun tak merekah. Dalam dia tak seliat macam sebelum-belumnya. Leh diterima tekak.
Kali ke-empat - JADI!!!! - Dek kata permintaan BFF daku nak wat perjumpaan requestkan pavlova, kali ni daku gagahkan diri gi umah mak daku ambil oven hadiah kawen yang dah  berkepam dekat 3 tahun. Oven elektrik Pensonic yang telah membuat bakti dan jasa dengan baik sekali pada tugas pertamanya. Cewah!! Follow recipe bakar suhu dalam 110c camtu dalam 1 jam 20 min. Dalam satu jam tu dah mula nampak pavlova tu merekah dengan cantiknya. Wah, daku dah melompat-lompat happy. Hehe...
Menjadi gak pavlova untuk sekalian BFF daku...dalam dia kali ni tak liat lagi malahan lembut macam mashmallow....yummeh!!!

Meh la...sharekan gambar..banyak la citer la kan.

Pavlova with Passion fruit and Strawberry.



Alhamdulillah habis dalam sekejap saja...



A slice of pavlova :-)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...