Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Wednesday, October 31, 2012

I Love You, Stupid! & Awak Suka Saya Tak?

Ha, jangan tak tahu dua novel ni - ILUS dan ASST. Penulisnya Melur Jelita memang hangat diperkatakan di kalangan blogger yang minat baca Novel.

Sejujurnya saya ni bukanlah peminat tegar novel melayu. Tetapi tak berapa ingat blogger favourite saya yang mana satu telah menge'post' thread pasal novel ILUS (I Love You Stupid) ni telah menarik minat saya. Tapi yang obvious ialah dari blogger favourite saya -> http://mamafami.blogspot.com dan http://www.tiffinbiru.com . Salah satu sebabnya adalah sebab bukunya yang tebal. Buku tebal ni lambat sikit habis dan ceritanya mesti padat dan banyak..Saya memang suka tu.

Kalau novel melayu yang biasa yang leh amik 3 hari je baca, bagi saya memang membosankan. Sebelum ni novel melayu tebal yang pernah saya baca ialah "Bukan Puteri Lindungan Bulan". Walaupun di kalangan kawan2 saya kata novel tu membosankan sebab ianya terlalu tebal dan banyak aluran ceritanya, namun ianya seperti cabaran buat saya untuk menghabiskan novel yang setebal itu. Dan bagi saya, tidak lah ianya membosankan seperti dikata. Menarik jalan penceritaannya.

I LOVE YOU, STUPID! - ILUS


Berbalik kepada novel ILUS tadi, bila singgah di MPH Aeon Wangsa Maju berdekatan dengan tempat tinggal saya, maka saya terus mengambil kesempatan untuk menjenguk novel ILUS ni. Hampir terlupa dengan tajuknya, saya berpandukan kepada novel paling tebal yang terbayang di ingatan saya. Dalam pada itu, tangan tersambar juga sebuah novel "Suamiku Vampire"ditulis oleh Ria Natsumi yang sebelum ni saya pernah baca dan ikuti hanya dari online. Cerita Suamiku Vampire juga menarik tapi target saya ialah mencari novel melayu paling tebal.
Pandangan mata saya terus tertangkap di satu row paling bawah di salah satu rak seksyen novel melayu. Dengan gambar di depannya "Tangan, Gari, Melur Jelita". Ahah! Ni yang saya cari. Setelah baca sinopsisnya dan berpandukan kepada komen2 bloggers yang mengatakan novel ILUS ni menarik, terus saya ke kaunter membayarnya. Agak terkejut si suami kenapa si isteri tetiba minat pula nak membaca novel melayu..Alasan saya? "Novel ni tebal dan bloggers kata buku ni best! Tu yang nak try tu" hehe...

Pada permulaan pembacaan saya, agak 'slow' sikit dan ada beberapa part saya konpiuh sikit dengan jalan penceritaannya. (Tak banyak, maybe sebab saya dah lama tak baca novel melayu, maka saya susah nak memahami jalan cerita.). Namun setelah beberapa muka surat dan bab2 seterusnya disingkap dan dibaca, semakin menarik dan membuatkan masa senggang saya terisi dengan novel kedua terlaris dari Melur Jelita ini. Kalau tidak sebelum ni, pantang waktu senggang mesti akan pegang iPad. Kengkadang berebut kejap dengan si suami yang nak main game dekat iPad..
Jalan penceritaannya menarik dan setiap gambaran yang diberi dan diceritakan dengan jelas dan saya dapat membayangkan seperti apa yang ditulis oleh penulis. Bila part kelakar, saya ketawa terkekeh-kekeh yang kengkadang ditanya dek si suami apa yang digelakkan, bila bab serius, kening saya akan turut berkerut, bila bab sedih, air mata saya juga turut mengalir.
Kredit saya berikan kepada penulis Melur Jelita kerana menghasilkan novel yang menarik terutama dapat menarik golongan pembaca yang bukan peminat novel melayu tegar seperti saya.
Saya kini di page yang hampir kepada mukasurat 1000. Apakah kesudahanya? Tak sabarnya nak tahu.

Dalam pada masa yang sama, tanpa menunggu buku ILUS ni habis di baca, dek kerana bloggers2 juga yang menceritakan novel pertama yang paling terlaris yang ditulis oleh Melur Jelita, maka saya semalam mengambil kesempatan masuk ke MPH Aeon Wangsa Maju selepas dinner di Secret Recipe yang menghadap MPH utntuk mencari novel "Awak Suka Saya Tak?".
Dari satu barisan rak ke barisan rak yang lain di Seksyen novel melayu, tidak saya ketemu dengan novel ASST. Ada sedikit kekecewaan timbul di situ. Tidak berputus asa, di satu tempat berdekatan dengan pintu masuk MPH ada diletakkan novel2 melayu disitu. Novel2 keluaran terbaru mungkin. Mata melilau dari satu novel ke satu novel mencari tajuk novel yang diinginkan (Saya tak tahu macam mana cover novel ASST, maka saya berpandukan pada tajuknya sahaja.)...Dan..saya bernasib baik sekali lagi. Saya menemuinya! Diletakkan di barisan pertama dari kanan dekat dengan pintu masuk MPH. Aduh, hampir terlepas pandang. Terus saya ke kaunter membuat bayaran. Kini, dua koleksi novel melayu dalam simpanan saya :-)

ASST & ILUS - Melur Jelita

P/S: Dek kerana penangan baca novel, gaya penulisan blog pun dah ada kerawang-kerawang pulak dah...(",)'




5 comments:

Melur Jelita said...

Salam adik jelita,
alhamdulillah99999x kerana menyukai ILUS. Harap dapat memuaskan hati adik. Ilus dan ASST harus dibaca hati2 dan pelan2, baru faham jalan cerita...ekeke

-<@ * Liana * @>- said...

As Salam kak Melur, terima kasih sudi memberikan komen di blog saya. Memang suka sangat novel ILUS. Macam tak caya dh habis baca. Sangat2 suka. Harap ada lagi novel2 menarik seperti ni keluaran penulis dari Melur Jelita :)

MamaFaMi said...

Salaam Liana...

Tergelak mama bila baca part... PENULISAN BLOG PUN DAH ADA KERAWANG-KERAWANG... ahahaha... itu namanya, mengikut aliran.. hihihi...

Liana dah habis baca kedua-duanya eh? Mama belum lagi. Masih stuck kat mana mama berhenti hari tu. Tak dapat baca sebab tak ada masa. Tapi insyaAllah, akan ku baca sampai habis. Tak boleh buat kerja separuh jalan, bak kata Firman, nanti isteri susah bersalin... AHAHAHA... tak tahulah isteri saper yang susah bersalin kalau mama yang tak habis baca... kih kih kih...

Suka buku tebal eh? Ce terai M.A.I.D
http://journeymamafami.blogspot.com/2011/12/maid.html

-<@ * Liana * @>- said...

As Salam mama. Dh habis baca dah dua2 buku tu. aih..terbuai lak baca novel tu. ASST nak baca lg sekali. Mmg best sgt. Sampai kan nak lagi baca novel yang hanya keluaran dari Melur Jelita. Tapi masalah nye kak Melur baru wat dua novel. Hehe..

-<@ * Liana * @>- said...

Lupa lak...saya gi link yang mama bagi tu eh :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...