Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Friday, November 30, 2012

Panggilan Chocolate Brownies..Kali ni betul punyer...

Orait, daku dah lama tergoda nak wat chocolate brownies tapi lum sampai seru sehingga la anak tekak merayu-rayu nak makan yang sedap2 seperti chocolate brownies ni. Dalam bulan november ni daku rasa banyak kali kot daku wat kek. Dari kek Coklat kukus nyer, kek pisang nyer, kek custard tea cake nyer dan ni Chocolate brownies.

Chocolate Brownies ni one of my mission yang anak tekak nak. Lagi satu mission ialah Chocolate Pie. Yang Chocolate Pie tu nanti daku wat entry nyer bila daku berjaya menghasilkan Chocolate pie itew yang asyik memanggil-manggil menyeru namaku untuk membuatnya. Dan setiap kali daku tonton citew itew daku akan terbayang-bayangkan keenakan Chocolate Pie itew. Yang tu Uollz nantikan la yer...


So, berbalik pada topik...asyik menyimpang je. Daku ada kumpulkan beberapa resipi chocolate brownies ni. Tapi yang paling melekat, tertangkap dan terpikat ialah Chocolate Brownies dari one of my favourite blog iaitu blog Masam Manis. Dari blog nyer tengok resipi memang senang sangat. Sesenang A.B.C.
Takyah pakai mixer. Kacau2 gitu2 je tau...Rugi tu kalau tak cuba.
Tengok pada bahan-bahan, sumer ada. Apa lagi...takde berlengah daku kuarkan bahan dan terus ler wat...



Siyes, memang sedap sangat. nama Chocolate Brownies ni Chewy Gooey Yummy Brownies . Memang mabeles. Ada baki sikit kat umah. Sebab aritu wat satu bekas banyak bawakkan sikit ke opis. Wajib tinggalkan sikit untuk diri sendiri supaya nanti nak menjilat jari sebab nak wat lagi tak tahu bila. Yang selalu wat kek tu untuk bagi kat orang. Untuk sendiri makan tak banyak pun. Sekadar untuk merasa. So, rezeki yang lebih tu harus dikongsi bersama. Tak gitew. Mudah-mudahan murah rezeki. Amin..

Sedappp..permukaan atas memang akan garing sikit tapi dalam dia lembut chewy.

Yang ni saya copy-paste balik dari blog Masam Manis


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Wani Sesedap Rasa
Rujukan : Yatie

Ingredients
(A) - to be melted
  • 250 grams butter - cut into cubes
  • 400 grams chocolate - cut into cubes or grate them
(B)
  • 5 large (i used A sized) eggs
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1 tablespoon chocolate emulco
  • 290 grams brown sugar -> yang ni saya kurangkan jadi 260gm. Sedang elok manisnyer..
(C) - to be sifted together
  • 90 grams all-purpose flour (i used Hong Kong Flour) -> yang ni saya pakai tepung gandum biasa.
  • 50 grams cocoa powder
  • 100 grams nuts (it's optional. toast them first and mix them with flour and cocoa powder) -> yang ni saya tak boh.
Instructions
  1. Preheat the oven to 160C. prepare a 9x12 inch baking tin with parchment or paper. set aside.
    -> yang ni saya guna loyang lebar 10x6 inch
  2. Double boil the butter and cooking chocolate. or u may also place them in microwave for 30 seconds. after that, take it out from microwave and stir until they are completely melted. set aside, let it cool
  3. In another bowl, beat the eggs, vanilla essence, chocolate emulco and brown sugar using whisk. whisk them together until sugar is ressolved.
  4. Combine the (A) ingredients and (B). stir them well. quickly proceed to step no. 5 as this mixture easily get harden that will cause you a little bit difficult to fold in the flour.
  5. Gradually add the (C) ingredients into the (A) and (B) mixture. this time, use your wooden or plastic spatula to fold in the flour. avoid overmixing the ingredients in this step.
  6. Spoon over the batter into the baking tin, spread them well.
  7. Bake at 160C for 45 minutes or until skewer inserted comes out clean. -> yang ni oven saya pakai oven gas bakar pada 180c selama 1 jam 15 minit untuk masak sepenuhnya.
  8. Take it out from the oven, let it cool for 10 minutes. quickly cut the brownie into pieces. notice that this type of brownie can get harden easily. once it is cooled, it'll be difficult for you to cut them.


So, pe lagi...pegi cuba cepat!!! Nikmat bila makan...mabeles!!

Hitam coklat menawan



Panggilan Chocolate Brownies..

Pe khabar? Sihat? Bagus..bagus..Alhamdulillah. Alkisah daku yang tak bape sihat. Haih, penangan doyan la ni. Dan tengah musim kan harus jangan dilupakan. Raja Buah tu...si Durian yang sungguh menggamit jiwa...huhu....
Daku yang start demam dari malam lepas makan sebekas tupperware durian yang dibawa oleh parents daku dari kebun makcik daku di Taiping. Perghh...satu bekas daku sorang yang makan. Si suami tak berapa minat. Dah diajak menjamu durian tanak.
Tak pasti bebetul penangan durian ke idak ke. Lepas je makan malam tu terus badan macam sejuk2 nak demam. Dan keesokkan nye pun sama. Dan lusanya rasa kat tekak ni macam sakit semacam belah belakang kanan. Kalau sakit tekak kenapa rasa sakitnye belakang kanan ye dak?

Yang si suami dah mula nak bebel. Hehe..."Tu la makan durian banyak sangat". Jawab daku." Apa pulak? Takkan pasal makan durian leh demam. Sebelum ni lagi banyak tak de pape pun"
Si suami kata "Orang cakap tanak dengar, degil" "Tak caya sudah!"
Daku masih tak caya sebab durian daku demam. Degil gak tu. Keinginan nak makan doyan masih meninggi. Nak lagi!!! Si suami kata "Tak boleh!!!" "Tunggu sihat dulu" .....Alaaa....:-( Sedey la macam ni. Dua bekas tupperware besar durian mak kata ada lagi kat fridge mah mak. Aduhai, nak!!!!

Di sana, sini, sinun ada orang jual durian. Raja Musang pun ada panggil daku tapi daku tak dapat datang. Maafkan daku Raja Musang....huhu...harap dikau masih menunggu di kala daku sudah sihat nanti. Akan ku datang mendapatkan dikau dan makan dikau....huah..huah..huah!!

Semalam MC n gi Klinik. Sah!! Memang sakit...tonsil belah kanan bengkak. Owh, patut la rasa sakit belakang dekat anak tekak belah kanan. Tak tahu pun selama ni ada tonsil kiri, kanan, tengah..Effectnye memang merana badan. Sakit² badan, rasa macam demam..pastu ditambah ada selsema lagi tu. Makan durian ada effect dapat selsema eh? Konpiuh daku.

Si suami menambahkan seksaan "Itu la dah cakap dah sumer pasal makan durian" Lagi sekali daku menunjukkan ketidakpuasan hati lalu berkata "Cuba bagi sebab apa leh demam makan durian"
Si suami berkata lagi "Durian tu panas tau tak. Yang sebenarnya awak tu tak sihat betul lagi. Baru nak baik pastu makan durian. Lagi la...dapat demam sebab durian tu panas" Daku berkata lagi "Kalau durian panas kenapa demam badan sejuk?" Hahaha...melawan-melawan..biasa ni tau...babab kang. Haip!!

Sebenarnya memang betul pun si suami tu kata saja tanak ngaku. Akhirnya mengalah jugak dan mendengar kata. Saya akur yang saya akan makan durian setelah sihat. Tak sabau ni.
Sebenarnya bulan lepas daku ni baru baik batuk. Sebelum tu memang sakit tekak+demam. Kira macam lebey kurang macam skarang ni la. Tapi dah baik cuma kengkadang ada rasa tak selesa di tekak je la. Tak disangka-sangka makan lak durian, apa lagi. Ha, amik!! Sendiri mau ingat ye.
So, untuk peminat² durian tu jangan lupa diri ye...Hahaha...untuk peringatan diri sendiri...

Ni ko nak citer pasal Chocolate Brownies ke atau nak sembang pasal durian...

Untuk tidak lari dari topik, daku tempek gambar pendahuluan.


Nak meng'entry' lagi...tapi lunch dulu....daaaa!!!

Friday, November 23, 2012

Facial....

Daku skang suker pakai masker...suker..suker..suker...Suddenly suka pakai masker yang topeng tu terutamanya yang bertulis 'Pearl'!! Sebelum ni pandang sebelah mata tak pandang..Yang ada dalam simpanan tu pun tak ahbis. Tak luak pun!! Apa namanya ntah- Clay mask Nutrimetic tu ntah..
Yang peel-off charcoal tu pun ada. yang cucumber mask peel-off pun ada. Haih! macam2 ada beza ka?? Huhuhu...T_T'

Nape suker Pearl mask? Daku mula dengan citer panjang dulu la yek.

Hmm...dolu2 waktu daku muda2 dolu dari remaja sampai sebelum kawen daku ni suko wat facial. Ni beberapa tahun dahulu adala dalam tahun 2002 ke 2001 ke 2003 ke atau 2004 camtu. Tapi tak lebih dari tahun 2006. Alkisah daku ni dolu muka bermasalah sikit byk jerawat gitu. So kene rajin g facial eh. Nak wat sendiri malas. Bawa je duit dang relakan muka tu dibelai manja oleh beautician tu. Ada masker mak belikan memang 'rajin' pakai sampai expired la masker tu takkan habis punye.
Dah mula malas nak taip panjang nak citer detail.
Dipendekkan citer...setiap kali facial mesti ada pakai masker kan? So, sampai la satu ketika ni yang mana sebelum ni orang tu tak pernah nak tanya masker jenis apa nak pakai, dia kata la "Nak try masker Pearl ke Collagen?" So, saya tanya "Apa beza kak?" Akak tu jawab.....................
............
...........
...........
Ops, sorry lupa dah akak tu bagi jawapan apa.
Tapi yang nyatanye setiap kali facial semenjak tu saya minta nak Pearl masker. Bila akak tu kata Pearl masker dah habis, dan daku terpaksa pilih yang Collagen masker, daku rasa effect dia tak sehebat yang Pearl. Bagi daku ketika itu la ye. Bukan kata yang Collagen tak bagus. I never say that!!

Bila pakai Pearl masker, terasa muka macam bersih, dan muka macam cerah pinkish. Ke daku pasan sorang? Lantaklah...dan selepas2 itu. bila wat facial, akak tu cakap dua2 masker Pearl dan Collagen dah tak jual dah. Plak dah...Aih....

Dan sebab tu saya suker masker Pearl. Bercerita pasal masker Pearl. Skang pegi watson ke suka beli masker yang tulis Pearl. Selain daripada itu, letak balik kat rak. Dan...bermacam jenis masker Pearl dah try. Dan akhirnya...rasanya daku akan stick pada masker Pearl yang satu ni je...sila rujuk gambar bawah nanti.

Ha, part ni uollz suker kan? Uollz suker tengok gambar kan? Ok la..tamau hampakan permintaan pembaca blog sekalian...

Time me'relax'kan diri...huuuu...best.

Pearl Powder Hi Collagen Essence Mask - Jasaengsu
Masker ni lepas pakai takyah basuh muka. Just tap2 kan muak supaya lebihan essense tu meresap pada muka. Tapi daku tak selesa. Mesti nak basuh sebab tak berapa selesa melekit sikit. Tapi basuh yang ala kadar je la. 
Ha, ni la masker yang daku katakan itew. Pernah pakai waktu daku kat umah mak daku, lepas pakai n cuci, mak daku kata muka daku nampak cerah. Ioll suker tau..suker tau.   


Ada masker Pearl yang daku pernah pakai tapi lupo nak snap picture. nanti bile daku beli, daku snapkan k..:-)

Skarang Guardian ada SALES uollz!!! Dapat gaji dah!! So I rembat barang ni uollz!!!! Awwwww!!!!! Tak sabar..tak sabar..tak sabar!!!!!


Sale! Sale! Sale!




Barang yang telah daku rembat dari Guardian.


Monday, November 19, 2012

Puding roti tahap biasa yang best..


Minggu lepas malam pertama sepeninggalan daku sorang di rumah bermalam seorang diri dan si suami 'out-station' ke luar negara atas urusan kerja, sambil melayan rancangan "Monter In Law" di Astro Ria, tiba-tiba hampir pukul 12am, perut mula menyanyikan lagu memberi isyarat untuk diisi.
"Haih, kan kul 7pm tadi sudah diisi?" - Sebelum tu pukul 7pm sebelum menghantar suami ke LRT untuk ke KLIA, kami telah makan malam bersama di NZ curry house.

Kira dan congak...4 jam yang lepas rupanya dinner tu. Esok pula cuti. Mata pulak belum nak mengantuk. Layan jugak la citer "Monster In Law" tuh. Dalam hati asyik berkata-kata nak buat puding roti. Tapi malas nak mengeluarkan bahan2. Tapi perut kata "LAPAR!!!!" Lepas tu berfikir lagi apa makanan lain selain puding roti? Hati dan perut pulak berkata "PUDING ROTI!!!" Oih, melampau tul laaa...Nak yang tu jugak. Takde pilihan lain ke?

Tak boleh jadi. Bukak ipad dan tengok balik resipi Puding Roti yang kononnya paling simple dan tak renyah. Tapi masih nampak banyak kerja dan menyusahkan. Hohoho...dah kalau pemalas tu bagi la pape alasan pun kan..Wahahaha!!

Sesudahnyer dalam pada malas tak malas tu. Punggung ni terangkat gak dan kuarkan juga la bahan2. Ahh!! Daku nak wat version sendiri. Peduli lah malas nak ikut sangat resipi tu. Banyak la songeh resipi ni. Nak itew la..nak ini la...dah tengah malam ni mana nak cari bahan itew ini bagai. Daku guna je la apa yang ada. Sedap tak sedap ke, tekak daku yang rasa. Kalau tak sedap, daku akan bagi En. Bin (Recycle Bin) makan. Kalau sedap...sendiri pikirlah.

Bila sumer selesai dan tengah bakar puding roti tu dah kul 12.20-12.30am lebey kurang. Aiyo...mata aku dah nagntuk la pulak. Tadi lapar sangat. Dah tengah bakar tu, mata dah ngantuk. Mula terpikir.."kalau tak yah buat tadi pun takpe. Tido je." Tapi oleh kerana dah masuk oven, daku set la timing. Kalau tak set kan naya kang. Sekali tengok kang berasap ke apa ke..sapa nak jawab tu? Dah la daku tinggal sorang...huhu..
Sesambil tunggu tu, daku pun melelapkan mata.
...
...
...
...
...
...
...
...
25 minit berlalu dan alarm menandakan masa puding masak pun berbunyi. Daku bangun dan intai Puding roti dalam oven. "La..tak masak lagi. Ni ada dalam 15 minit lagi nih". Set alarm balik dan sambung balik tido.

...
...
...
...
...
...
...
...
15 minit berlalu..Tettt...tettt....tettt....tettt....tettt....tettt!!!  Intai oven dan buka oven..."Ah, jadi lah! Tak larat nak nunggunyer. Ngantuk nih!"

Try sesudu dan tiup2 bagi sejuk sikit puding roti sebelum masuk mulut. Mmmm....mm..."Eh, leh tahan gak la puding roti daku wat nih. Waaaa...sedap-sedap..." Tapi mata daku memang dah ngantuk dah waktu tu memang tak tahan. Makan separuh mangkuk remekin je. Lagi separuh daku simpan dalam fridge. Dan masuk bilik terus...ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!

Dah merapu citer di atas baru nak share recipe kan? memula citer konon nak wat ala novel tapi bahasa sasterawan daku tak cukup power walaupun daku sekolah dulu amik kos Bahasa Kesusasteraan melayu. 'Out' sumer bunga-bunga melankolik daku. Yang daku ingat perkataan "Monolog" je. wakakaka....sungguh tak senon.
Dah..dah!!! jangan nak merepek lagi. Kasi uollz cuci mata sambil daku bermurah hati nak share kan recipe ala ngantuk dan bahan mana sempat yang ada ni.
Boleh try la untuk supper tengah malam yang macam daku wat ni kan.

Kalau tak sedap jangan marah haa...Bagi tekak daku memang sedap ja...walaupun simpan dalam fridge, esok pagi daku kuar yang lagi separuh tu, ingat memula nak buang tapi makan sesudu dulu..."eh, still sedapla!!" Tak jadi daku nak buang. Terus daku habiskan. Maka takde yang terbazir. Alhamdulillah...

So meh tengok resipi yang tak seberapa nih tapi tak rugi untuk di cuba..


Kuning keemasan effect dari butter cair. Sedap. Ada rasa masin2 lemak sikit dari butter tu.


Bahan2 (untuk sorang makan):
2-3 keping roti butterscotch Gardenia
1/2 cawan susu Full Cream
1 1/2 tbsp butter cair (daku boh 2tbsp butter cair tapi bila masak macam nampak banyak butter sangat. So, uollz leh reduce kepada 1 1/2 butter cair) -
2 tbsp gula
2 biji telur. (Sila rajinkan diri anda untuk buang tali pusat telur. Daku selalu buang sebab tanak nanti ada rasa hanyir telur)
1tsp esen vanila

Cara2:
Sediakan satu bekas remekin atau mangkuk kaca tahan panas. Sapukan keliling bekas dengan butter supaya nanti tak melekat.
Potong roti ikut suka dan masukkan dalam bekas.
Tuangkan butter cair atas roti
Pukul telur sampai kembang. (daku pukul tak la kembang sangat. Pukul guna whisker je kejap)
Masukkan susu, gula dan esen vanila dalam adunan telur dan pukul bagi rata sekejap.
Tuang dalam bekas roti dan biar terendam dalam 5 minit camtu.

Lepas tu bakar dalam oven dalam 180c selama 20-25 minit atau sehingga masak. (Yang ni bergantung pada oven uollz. Kalau yang oven pakai letrik tu maybe pada suhu 160c camtu pada 20-25 minit. Depends!! )

Dah masak tu..apa lagi..ngapp!!

Dalam resipi atas, uollz leh tambahkan raisin gak tau dan 1/2tsp cinnamon powder. Raisin tu uollz kene boh letak di celah2 roti sebelum bakar. Tapi dua2 tu daku tak suka dan bahan tu takde. So, memang tak boh.

So...selamat mencuber!!

Monday, November 12, 2012

Strawberries momentous...

Nak share gambar waktu me and my family bercuti gi Cameron last week. We'ollz bercuti 4 hari 3 malam di sana. Wah kali ni we'olzz kenduri strawberry uolzz. Macam kenduri durian kekdahnyer...hehehe...

Kitorang singgah dua kali kenduri strawberry kat satu tempat ni rasanya macam baru. Sebab tahun lepas we'ollz pegi tempat ni takde.
Terpampang tepi jalan tulis Muallaf dekat S'Corner. Kat mana? ala..susah nak guide. nanti uolzz pegi sana uollz nampak lah.
Strawberries situ tak masam uollz and busat..busat..(besar..besar)...mmm...Adoi, heaven rasanya. selalu tengok omputih makan strawberries macam takde perasaan kan. Pastu takde pun omputih tu wat muka kelat dan takde pun muka hemot sana dan hemot sini muka disebabkan kemasaman strawberries. Takde kan..takde kan?
Kalau kite, dengar je strawberries cameron terus nak pulaukan ia. Mana taknyer...dengan rasa kemasaman yang tak dapat dikata. Tapi hanya reaksi muka yang dapat menggambarkan ia. Tul tak? Ha..jangan tipu...
Uollz hanya leh makan strawberries itu sekiranya ianya hanya dicelup coklat..celop..celop..ini strawberry celop..celop..celop..hahaha...
Kalau tak celop korang ngelat tanak makan. Amboi uollz...
 Tapi first time we'ollz singgah kat muallaf ni (Actually nama kedai sebenar tak tahu. Sebab nama kedai muallaf yang terpampang leh nampak dari jalan. Dalam tu ada gak kedai lain sebenarnya. Rasanya nama tempat tu ialah S'Corner. Yes, it is S'Corner!!!! Orang yang jual strawberries lazat ialah berhadapan dengan gerai Muallaf.)...we'ollz jadi excited tau uollz...tgk strawberries yang merah dan besar dan nampak lazat sekali.
Minta yang untuk makan time tu dan..dan..dan tu juga nak makan. So dia bagi yang dah masak dan agak manis rasanya. Satu bekas dalam RM15. Mak aih, macam tak pernah jumpa strawberry je we'ollz..Laju je makan satu demi persatu tak tengok orang sekeliling. Ops...yang tu takde celop..celop coklat ye. Fresh punyer dan asli gitew...rasanya orang sekeliling yang tertoleh-toleh tengok we'ollz yang menghadap strawberry tanpa segan silu...kok gitew ya...

Then, 2nd time singgah ialah on the way back to KL. Takde plan pun we'ollz nak menyinggah. We'ollz pegi naik dua keter. Me, hubby and my 2nd bro lead dan my father, my mum, my youngest bro and wife ikut belakang. Tengah2 jalan I tanya my bro..."nak singgah tak muallaf last before kite balik KL? Mana tahu nak puaskan hati makan strawberry." My bro jawab "Ok, boleh jugak" and my hubby lak "No problem".

Tanpa memberi notis to my parents yang follow kete kitorang. Betul2 sampai kat simpang S'Corner tu, kitorang leh wat corner lipat masuk kanan ke S'corner. Waaaahhh!!! Dah namanye pun S'Corner...kui...kui...
My youngest bro yang follow belakang kata my mum terjerit sebab terkejut we'ollz yang depan masuk terus tanpa bagi signal...(ada bg signal kete sebenarnya tapi dalam masa yang pendek dan terus masuk simpang). Siap kene sound ala2 manja "Lenkali bagi tahu la dulu nak masuk sini!" Ihik2. Sorry la, short notice...

Ni nak share gambar yang 2nd time sebelum balik tu. Layankan je la cuci2 mata tu. Tanak tengok..tutup pc tu..tutup browser uollz dan jangan bukak-buka lagi blog I. Ada paham???

Ni ada la sebahagian gambar. Ada yang amik pakai camera. Tu tunggu mood rajin nak transfer masuk pc. Bila? Entah....kui..kui..kui...

Meh tengok gambar bawah yang diamik pakai iPad jer...

Nampak ni? We'ollz dah teruja makan strawberries. Mak pilihkan...tangan my bro dah tunjuk2 dah yang mana. Almaklum dia yang banje.
Okeh, kasi bungkus yang nak makan sekarang punya ya..
Oh lalalala....

Lazatnye strawberry nih..


Bondaku memberikan pose makan strawberry...

Tengok..kalau korang tak caye. my youngest bro and wife makan takde perasaan macam omputih makan strawberry kan..kan..

Eh, sedap lak..nak lagi la...dei...mana coklat celop tadi pesan tak mari-mari nih? Strawberry dah nak habih dah ni.

Baru sampai coklat ni...aih...lali, gi beli lagi strawberry. Tak cukup ni (lali is my 2nd bro)

Ini strawberry celop..celop..celop

Tengok tu my 2nd bro menikmati strawberry coklat yang so delicious. Sluuurrrp!!

Tinggal satu bekas je ni. Tak cukup nih..

Hah! Dinda ku 2nd bro tak puas coklat celop yang dibeli. Bayar RM10 tapi sikit. Pegi dibelinya sos coklat Hershey.

Lagi dan lagi...

Cek hubby lak. Nak amik pose strawberry masuk mulut asyik miss je. Cepat sangat ngap-nyer...Dah berapa shot amik pun still tak dapat amik shot strawberry masuk mulut. Yang dah dalam mulut gak sempat snap. Sebab tu yang my youngest bro gelak tuh.

Tensi snap yang masuk mulut. Dia pose tunjuk lidi cucuk starwberry cicah coklat jer..

Alololo....the very sweet and loving couple. Ayahanda and bonda tercinta wat sesi suap-menyuap. Kekdahnyer strawberry tinggal sebiji memasing tanak habiskan. Aih, selalu cenggitu.

Dah memasing tanak makan the last strawberry. Suh abah habiskan tanak jugak. Sudahnyer suh mak gak suapkan.

Eh?!

Ni la strawberry yang tinggal last tuh.

Amboi...amboi...hamek. Menikmati strawberry sampai pejam2 mata menikmati nyer pasal. waktu snap ni I'ollz pandang kamera buka mata. Agaknya cek hubby lambat benor snap sampai dah terkelip mata iollz, sudahnye dapat gambar ni.

Satu lagi buah yang selama ni dok tengok kat supermarket mahal-mahal ken. Tapi tak pernah rasa. Kat sini juga ada jual. Sebekas kecik harga RM2. Dia ada kulit dia tapi dah buang dah. Gambar sebenar gi Google cari nama Gooseberry. Rasa dia macam tomato sikit dan ada masam-masam. My bro tak suka rasa dia. Katanya rasa pelik..

Last but not least. Snap permandangan hijau nun jauh memandang dekat Cameron Bharat Tea tepi jalan guna Panorama function kat iPAD.

Gambar yang lain di cameron kalau iollz rajin, Iollz upload kalau tak, takde la yerk...ok Babai!!!!!





Thursday, November 08, 2012

Godaan Kek Coklat Kukus...

Aih, ni la di antara kek coklat kukus yang paling senang, mudah dan cepat, gebus gedebus! dan moist dan tempting. Apa lagi nak cakap? Entah la...memang mabeles...
Masuk mulut laju je. Dan pehtu...nak lagi dan lagi dan lagi...
Simple jek. Adinda ku yang request. Memang tak guna mixer pun. Guna whisker je gitew...

Cuci mata..sila..sila..
Kek Coklat Kukus

Buttercream Deco...

Nak tempekkan gak kelas terbaru yg daku join bulan lepas. Ni syllabus ketiga ngan Chef Ho. Kelas Wedding Tier Cake. Memang teruja and best belajar ngan chef Ho ni. Tapi cam tak puas pun ada gak. Kejap sangat kelasnyer. Dari kul 10.30am sampai 5pm.
Sebelum ni attend yang pertama dan kedua pun masih tak perfect gak nak wat bunga ros. Kali ni memang perhati betul tangan chef ho bila dia pusing2 wat kelopak bunga ros tu. Lepaih ni tak lepas lagi tak tahu la.
Walaupun daku berjaya menghasilkan Tier Wedding cake ni (SINI) sebelum attend kelas ni, tapi dengan menghadirkan diri pada kelas yang ketiga ni memang sedikit sebanyak menambah ilmu bagi memantapkan skil daku dalam menghasilkan kek yang dibaluti oleh krim. Chewah! Ayat nak start berbunga-bunga la tew...huhu...
Dapat belajar bagaimana nak menghasilkan kek berbentuk hati (love) tanpa menggunakan loyang khas. Hanya satu kek bulat sahaja. Tak perlu nak buat dua-tiga kek untuk menghasilkan kek yang berbentuk hati ni. Yes!! satu ilmu yang sangat berguna. Dan, dari kelas ni juga daku terasa skill untuk meratakan krim di seluruh kek semakin meningkat. Serius! Tak tipu. But...of course la benda ni uollz kene la praktis kan. Mana ada sekali wat terus jadi....Wah!

Lepas ni target nak master nak deko guna fresh cream lak. Setakat basic deko guna fresh cream tu leh la tapi tang bunga2 ke apa ke yang lagi gedevas!!, daku angkat tangan surrender beb. So...uollz suka cuci mata dengan tengok gambar kek kan?? Saya pun suka!!!

Teringin nak mendeko kek la ni...tapi lum ada permintaan. Aih, daku ni macam biskut Chips more la semangat nyer..."Kejap ada, Kejap takde" Tetiba....Chakkk!!! uhuk2x...

Meh..meh tgk la gambar yang tak seberapa ni....


Suka la...suka la...bunga ros manyak santek! ngeee....

Tak tahu bunga apa ni. Nak kata bunga morning glory dah tentu la bukan. Kalau uollz tahu bunga ni sila tinggalkan komen di bawah eh. Daku pun nak tahu...hehehe..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...