Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, November 08, 2012

Buttercream Deco...

Nak tempekkan gak kelas terbaru yg daku join bulan lepas. Ni syllabus ketiga ngan Chef Ho. Kelas Wedding Tier Cake. Memang teruja and best belajar ngan chef Ho ni. Tapi cam tak puas pun ada gak. Kejap sangat kelasnyer. Dari kul 10.30am sampai 5pm.
Sebelum ni attend yang pertama dan kedua pun masih tak perfect gak nak wat bunga ros. Kali ni memang perhati betul tangan chef ho bila dia pusing2 wat kelopak bunga ros tu. Lepaih ni tak lepas lagi tak tahu la.
Walaupun daku berjaya menghasilkan Tier Wedding cake ni (SINI) sebelum attend kelas ni, tapi dengan menghadirkan diri pada kelas yang ketiga ni memang sedikit sebanyak menambah ilmu bagi memantapkan skil daku dalam menghasilkan kek yang dibaluti oleh krim. Chewah! Ayat nak start berbunga-bunga la tew...huhu...
Dapat belajar bagaimana nak menghasilkan kek berbentuk hati (love) tanpa menggunakan loyang khas. Hanya satu kek bulat sahaja. Tak perlu nak buat dua-tiga kek untuk menghasilkan kek yang berbentuk hati ni. Yes!! satu ilmu yang sangat berguna. Dan, dari kelas ni juga daku terasa skill untuk meratakan krim di seluruh kek semakin meningkat. Serius! Tak tipu. But...of course la benda ni uollz kene la praktis kan. Mana ada sekali wat terus jadi....Wah!

Lepas ni target nak master nak deko guna fresh cream lak. Setakat basic deko guna fresh cream tu leh la tapi tang bunga2 ke apa ke yang lagi gedevas!!, daku angkat tangan surrender beb. So...uollz suka cuci mata dengan tengok gambar kek kan?? Saya pun suka!!!

Teringin nak mendeko kek la ni...tapi lum ada permintaan. Aih, daku ni macam biskut Chips more la semangat nyer..."Kejap ada, Kejap takde" Tetiba....Chakkk!!! uhuk2x...

Meh..meh tgk la gambar yang tak seberapa ni....


Suka la...suka la...bunga ros manyak santek! ngeee....

Tak tahu bunga apa ni. Nak kata bunga morning glory dah tentu la bukan. Kalau uollz tahu bunga ni sila tinggalkan komen di bawah eh. Daku pun nak tahu...hehehe..

2 comments:

MamaFaMi said...

Hi Liana...

Mama tinggalkan komen bukan kerana mama tahu nama bunga tu, tapi saja nak komen. Cantik hasil kerja Liana. Mama tak mampu buat cam ni. Nak suruh gi kelas, tak rajin... cemana nak pandai tuuu... hehehe...

-<@ * Liana * @>- said...

Maceh mama..hehe..biasa je. Saya budak masih belajar...masih perlu dibaiki di sana sini :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...