Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, November 19, 2012

Puding roti tahap biasa yang best..


Minggu lepas malam pertama sepeninggalan daku sorang di rumah bermalam seorang diri dan si suami 'out-station' ke luar negara atas urusan kerja, sambil melayan rancangan "Monter In Law" di Astro Ria, tiba-tiba hampir pukul 12am, perut mula menyanyikan lagu memberi isyarat untuk diisi.
"Haih, kan kul 7pm tadi sudah diisi?" - Sebelum tu pukul 7pm sebelum menghantar suami ke LRT untuk ke KLIA, kami telah makan malam bersama di NZ curry house.

Kira dan congak...4 jam yang lepas rupanya dinner tu. Esok pula cuti. Mata pulak belum nak mengantuk. Layan jugak la citer "Monster In Law" tuh. Dalam hati asyik berkata-kata nak buat puding roti. Tapi malas nak mengeluarkan bahan2. Tapi perut kata "LAPAR!!!!" Lepas tu berfikir lagi apa makanan lain selain puding roti? Hati dan perut pulak berkata "PUDING ROTI!!!" Oih, melampau tul laaa...Nak yang tu jugak. Takde pilihan lain ke?

Tak boleh jadi. Bukak ipad dan tengok balik resipi Puding Roti yang kononnya paling simple dan tak renyah. Tapi masih nampak banyak kerja dan menyusahkan. Hohoho...dah kalau pemalas tu bagi la pape alasan pun kan..Wahahaha!!

Sesudahnyer dalam pada malas tak malas tu. Punggung ni terangkat gak dan kuarkan juga la bahan2. Ahh!! Daku nak wat version sendiri. Peduli lah malas nak ikut sangat resipi tu. Banyak la songeh resipi ni. Nak itew la..nak ini la...dah tengah malam ni mana nak cari bahan itew ini bagai. Daku guna je la apa yang ada. Sedap tak sedap ke, tekak daku yang rasa. Kalau tak sedap, daku akan bagi En. Bin (Recycle Bin) makan. Kalau sedap...sendiri pikirlah.

Bila sumer selesai dan tengah bakar puding roti tu dah kul 12.20-12.30am lebey kurang. Aiyo...mata aku dah nagntuk la pulak. Tadi lapar sangat. Dah tengah bakar tu, mata dah ngantuk. Mula terpikir.."kalau tak yah buat tadi pun takpe. Tido je." Tapi oleh kerana dah masuk oven, daku set la timing. Kalau tak set kan naya kang. Sekali tengok kang berasap ke apa ke..sapa nak jawab tu? Dah la daku tinggal sorang...huhu..
Sesambil tunggu tu, daku pun melelapkan mata.
...
...
...
...
...
...
...
...
25 minit berlalu dan alarm menandakan masa puding masak pun berbunyi. Daku bangun dan intai Puding roti dalam oven. "La..tak masak lagi. Ni ada dalam 15 minit lagi nih". Set alarm balik dan sambung balik tido.

...
...
...
...
...
...
...
...
15 minit berlalu..Tettt...tettt....tettt....tettt....tettt....tettt!!!  Intai oven dan buka oven..."Ah, jadi lah! Tak larat nak nunggunyer. Ngantuk nih!"

Try sesudu dan tiup2 bagi sejuk sikit puding roti sebelum masuk mulut. Mmmm....mm..."Eh, leh tahan gak la puding roti daku wat nih. Waaaa...sedap-sedap..." Tapi mata daku memang dah ngantuk dah waktu tu memang tak tahan. Makan separuh mangkuk remekin je. Lagi separuh daku simpan dalam fridge. Dan masuk bilik terus...ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!

Dah merapu citer di atas baru nak share recipe kan? memula citer konon nak wat ala novel tapi bahasa sasterawan daku tak cukup power walaupun daku sekolah dulu amik kos Bahasa Kesusasteraan melayu. 'Out' sumer bunga-bunga melankolik daku. Yang daku ingat perkataan "Monolog" je. wakakaka....sungguh tak senon.
Dah..dah!!! jangan nak merepek lagi. Kasi uollz cuci mata sambil daku bermurah hati nak share kan recipe ala ngantuk dan bahan mana sempat yang ada ni.
Boleh try la untuk supper tengah malam yang macam daku wat ni kan.

Kalau tak sedap jangan marah haa...Bagi tekak daku memang sedap ja...walaupun simpan dalam fridge, esok pagi daku kuar yang lagi separuh tu, ingat memula nak buang tapi makan sesudu dulu..."eh, still sedapla!!" Tak jadi daku nak buang. Terus daku habiskan. Maka takde yang terbazir. Alhamdulillah...

So meh tengok resipi yang tak seberapa nih tapi tak rugi untuk di cuba..


Kuning keemasan effect dari butter cair. Sedap. Ada rasa masin2 lemak sikit dari butter tu.


Bahan2 (untuk sorang makan):
2-3 keping roti butterscotch Gardenia
1/2 cawan susu Full Cream
1 1/2 tbsp butter cair (daku boh 2tbsp butter cair tapi bila masak macam nampak banyak butter sangat. So, uollz leh reduce kepada 1 1/2 butter cair) -
2 tbsp gula
2 biji telur. (Sila rajinkan diri anda untuk buang tali pusat telur. Daku selalu buang sebab tanak nanti ada rasa hanyir telur)
1tsp esen vanila

Cara2:
Sediakan satu bekas remekin atau mangkuk kaca tahan panas. Sapukan keliling bekas dengan butter supaya nanti tak melekat.
Potong roti ikut suka dan masukkan dalam bekas.
Tuangkan butter cair atas roti
Pukul telur sampai kembang. (daku pukul tak la kembang sangat. Pukul guna whisker je kejap)
Masukkan susu, gula dan esen vanila dalam adunan telur dan pukul bagi rata sekejap.
Tuang dalam bekas roti dan biar terendam dalam 5 minit camtu.

Lepas tu bakar dalam oven dalam 180c selama 20-25 minit atau sehingga masak. (Yang ni bergantung pada oven uollz. Kalau yang oven pakai letrik tu maybe pada suhu 160c camtu pada 20-25 minit. Depends!! )

Dah masak tu..apa lagi..ngapp!!

Dalam resipi atas, uollz leh tambahkan raisin gak tau dan 1/2tsp cinnamon powder. Raisin tu uollz kene boh letak di celah2 roti sebelum bakar. Tapi dua2 tu daku tak suka dan bahan tu takde. So, memang tak boh.

So...selamat mencuber!!

2 comments:

4feet8 said...

sy tak suka puding roti. tapi bila baca resipi ni, dah rasa mcm nak cuba pula..sedap eh..? okeh, tq share resepi.. ;)

-<@ * Liana * @>- said...

Hi 4feet8...saya pun tak berapa puding roti. Tapi hati meronta-ronta nak wat gak puding roti ni. Tapi rasa not bad. Make sure gune roti butterscotch utk rasa sedap sikit :-)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...