Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, November 12, 2012

Strawberries momentous...

Nak share gambar waktu me and my family bercuti gi Cameron last week. We'ollz bercuti 4 hari 3 malam di sana. Wah kali ni we'olzz kenduri strawberry uolzz. Macam kenduri durian kekdahnyer...hehehe...

Kitorang singgah dua kali kenduri strawberry kat satu tempat ni rasanya macam baru. Sebab tahun lepas we'ollz pegi tempat ni takde.
Terpampang tepi jalan tulis Muallaf dekat S'Corner. Kat mana? ala..susah nak guide. nanti uolzz pegi sana uollz nampak lah.
Strawberries situ tak masam uollz and busat..busat..(besar..besar)...mmm...Adoi, heaven rasanya. selalu tengok omputih makan strawberries macam takde perasaan kan. Pastu takde pun omputih tu wat muka kelat dan takde pun muka hemot sana dan hemot sini muka disebabkan kemasaman strawberries. Takde kan..takde kan?
Kalau kite, dengar je strawberries cameron terus nak pulaukan ia. Mana taknyer...dengan rasa kemasaman yang tak dapat dikata. Tapi hanya reaksi muka yang dapat menggambarkan ia. Tul tak? Ha..jangan tipu...
Uollz hanya leh makan strawberries itu sekiranya ianya hanya dicelup coklat..celop..celop..ini strawberry celop..celop..celop..hahaha...
Kalau tak celop korang ngelat tanak makan. Amboi uollz...
 Tapi first time we'ollz singgah kat muallaf ni (Actually nama kedai sebenar tak tahu. Sebab nama kedai muallaf yang terpampang leh nampak dari jalan. Dalam tu ada gak kedai lain sebenarnya. Rasanya nama tempat tu ialah S'Corner. Yes, it is S'Corner!!!! Orang yang jual strawberries lazat ialah berhadapan dengan gerai Muallaf.)...we'ollz jadi excited tau uollz...tgk strawberries yang merah dan besar dan nampak lazat sekali.
Minta yang untuk makan time tu dan..dan..dan tu juga nak makan. So dia bagi yang dah masak dan agak manis rasanya. Satu bekas dalam RM15. Mak aih, macam tak pernah jumpa strawberry je we'ollz..Laju je makan satu demi persatu tak tengok orang sekeliling. Ops...yang tu takde celop..celop coklat ye. Fresh punyer dan asli gitew...rasanya orang sekeliling yang tertoleh-toleh tengok we'ollz yang menghadap strawberry tanpa segan silu...kok gitew ya...

Then, 2nd time singgah ialah on the way back to KL. Takde plan pun we'ollz nak menyinggah. We'ollz pegi naik dua keter. Me, hubby and my 2nd bro lead dan my father, my mum, my youngest bro and wife ikut belakang. Tengah2 jalan I tanya my bro..."nak singgah tak muallaf last before kite balik KL? Mana tahu nak puaskan hati makan strawberry." My bro jawab "Ok, boleh jugak" and my hubby lak "No problem".

Tanpa memberi notis to my parents yang follow kete kitorang. Betul2 sampai kat simpang S'Corner tu, kitorang leh wat corner lipat masuk kanan ke S'corner. Waaaahhh!!! Dah namanye pun S'Corner...kui...kui...
My youngest bro yang follow belakang kata my mum terjerit sebab terkejut we'ollz yang depan masuk terus tanpa bagi signal...(ada bg signal kete sebenarnya tapi dalam masa yang pendek dan terus masuk simpang). Siap kene sound ala2 manja "Lenkali bagi tahu la dulu nak masuk sini!" Ihik2. Sorry la, short notice...

Ni nak share gambar yang 2nd time sebelum balik tu. Layankan je la cuci2 mata tu. Tanak tengok..tutup pc tu..tutup browser uollz dan jangan bukak-buka lagi blog I. Ada paham???

Ni ada la sebahagian gambar. Ada yang amik pakai camera. Tu tunggu mood rajin nak transfer masuk pc. Bila? Entah....kui..kui..kui...

Meh tengok gambar bawah yang diamik pakai iPad jer...

Nampak ni? We'ollz dah teruja makan strawberries. Mak pilihkan...tangan my bro dah tunjuk2 dah yang mana. Almaklum dia yang banje.
Okeh, kasi bungkus yang nak makan sekarang punya ya..
Oh lalalala....

Lazatnye strawberry nih..


Bondaku memberikan pose makan strawberry...

Tengok..kalau korang tak caye. my youngest bro and wife makan takde perasaan macam omputih makan strawberry kan..kan..

Eh, sedap lak..nak lagi la...dei...mana coklat celop tadi pesan tak mari-mari nih? Strawberry dah nak habih dah ni.

Baru sampai coklat ni...aih...lali, gi beli lagi strawberry. Tak cukup ni (lali is my 2nd bro)

Ini strawberry celop..celop..celop

Tengok tu my 2nd bro menikmati strawberry coklat yang so delicious. Sluuurrrp!!

Tinggal satu bekas je ni. Tak cukup nih..

Hah! Dinda ku 2nd bro tak puas coklat celop yang dibeli. Bayar RM10 tapi sikit. Pegi dibelinya sos coklat Hershey.

Lagi dan lagi...

Cek hubby lak. Nak amik pose strawberry masuk mulut asyik miss je. Cepat sangat ngap-nyer...Dah berapa shot amik pun still tak dapat amik shot strawberry masuk mulut. Yang dah dalam mulut gak sempat snap. Sebab tu yang my youngest bro gelak tuh.

Tensi snap yang masuk mulut. Dia pose tunjuk lidi cucuk starwberry cicah coklat jer..

Alololo....the very sweet and loving couple. Ayahanda and bonda tercinta wat sesi suap-menyuap. Kekdahnyer strawberry tinggal sebiji memasing tanak habiskan. Aih, selalu cenggitu.

Dah memasing tanak makan the last strawberry. Suh abah habiskan tanak jugak. Sudahnyer suh mak gak suapkan.

Eh?!

Ni la strawberry yang tinggal last tuh.

Amboi...amboi...hamek. Menikmati strawberry sampai pejam2 mata menikmati nyer pasal. waktu snap ni I'ollz pandang kamera buka mata. Agaknya cek hubby lambat benor snap sampai dah terkelip mata iollz, sudahnye dapat gambar ni.

Satu lagi buah yang selama ni dok tengok kat supermarket mahal-mahal ken. Tapi tak pernah rasa. Kat sini juga ada jual. Sebekas kecik harga RM2. Dia ada kulit dia tapi dah buang dah. Gambar sebenar gi Google cari nama Gooseberry. Rasa dia macam tomato sikit dan ada masam-masam. My bro tak suka rasa dia. Katanya rasa pelik..

Last but not least. Snap permandangan hijau nun jauh memandang dekat Cameron Bharat Tea tepi jalan guna Panorama function kat iPAD.

Gambar yang lain di cameron kalau iollz rajin, Iollz upload kalau tak, takde la yerk...ok Babai!!!!!





No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...