Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Friday, December 28, 2012

Mug Kesayangan hampir 5 tahun..

Setelah 5 tahun daku bekerja di company sekarang dan hampir 5 tahun juga lah mug ni dipakai setiap hari. Oh, memang banyak sudah jasa kamu. Namun, daku terpaksa mengucap selamat tinggal kepada kamu..

Semalam lepas minum nescafe di mug comelku, bila nak basuh baru perasan dan terus ber'monolog'  "Eh, sejak bila la ada sompek kat tepi mulut mug ni? Aduh, sayangnyer.." "Sapa punyer kejer ni? Selama daku pakai tak pernah lak daku terjatuh ke, terlanggar ke, hantuk ke mug ni". Dah mula nak cari someone untuk syak.
Isk tak baik syak wasangka dengan orang.

Sambung monolog lagi "Hmm...tapi peliks camner leh sompek ni? Terpaksa cari mug baru pulak la ni. Nasib baik aku dah minum nescafe tadi. Balik umah ni kene cari mug lain ni. Ish, aku ada tertelan tak agaknya tadi serpihan tadi? Adoi kalau tertelan camner? Kesian perut daku...hmm..."

Dan pastu dok kat meja terus 'snap'..'snap' sebagai gambar kenangan dan post kat blog.

Tengok kat circle tu. Leh nampak tak? Kalau rasa dengan jari pun memang rasa kasar. Kalau kene mulut luka camner?
Terpikir nak buang mug ni. Tapi sayang sangat sebab jasa bakti dia dah lama. So pikirkan alternatif.
Aha!!! Why not jadikan bekas letak pen ke kan?

Tadaaaaa!!!!...Tapi ni bukan letak pen ni.

Dan malam tadi baru teringat kat opis ada satu spare mug. So, takyah bawa mug dari rumah.


Welcome to my new mug..



p/s: Saje je kan besarkan gambar. FYI, the picture snap from my new phone ;-) Amacam, ok dak? huhu...

Thursday, December 27, 2012

Fried Laksa Pendek a.k.a Laksa Pendek Goreng

Ni nak sharekan satu resipi ni. Asalnya i terjebak wat Laksa Pendek ni sejak kawen la. My mum in law kengkadang akan masakkan laksa pendek ni untuk me n hubby bila kitorang datang rumah.

Nampak macam biasa je tapi bagi daku terasa unik lak laksa pendek ni. Sebelum kawen memang tak pernah makan Fried Laksa Pendek a.k.a Laksa Pendek Goreng ni. Siyes! Tak pernah!!

Lagi satu nama laksa pendek ni, tak salah telinga pendengaran cayer my mum-in-law panggil ni "Laksa Tikus". tak tahu la naper. Maybe rupa ujung laksa tu runcing macam ekor tikus kot..
(Edited: Ke nama lain dia "laksa katak?" Huhu...sungguh la pelik tul nama dia..)

Hohoho...sebut tikus uolls dah geli geleman ye? Ahahaha...

Jadi.....bila setiap kali my-mum in law masak laksa tikus ni......ops...kite panggil laksa pendek la sedap sikit ye dak?

Jadi.....bila setiap kali my-mum in law masak laksa pendek ni, haruslah tulun2 apa yang patut di dapur tu, peratikan juger la apa yang kene boh dan apa bahan2nyer.
Lepas tu, apa lagi praktikkan la. Memang menjadi!! Sedap!

Nak tahu ghupe laksa pendek? Ha, macam kat bawah ni. Gitula rupernyer.



Ok la, terus je ler tempek resipi...nak sembang2 lak...



Laksa Pendek Goreng (untuk 4 orang makan)

Bahan:
2 biji telur.
2 peket laksa pendek (boleh didapati di mana supermarket macam NSK/Aeon/Giant etc)
1 peket cendawan shitake dipotong nipis-nipis
Seikat daun bawang dipotong pendek-pendek
6 batang hotdog Ayamas dipotong (Leh gantikan dengan udang / sotong / ayam)
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
4 batang cili merah*
4 batang cili api*
kicap secukupnya sebagai perasa (saya pakai sos kicap untuk mee goreng  sikit + kicap manis cap kipas)
garam dan gula secukupnya sebagai perasa
serbuk pati ikan bilis secukupnyer
1 tsp minyak bijan
Minyak secukupnya untuk masak

#Semua yang bertanda '*' dikisar terlebih dahulu.
#Sekiranya suka sayur lain macam tauge, kobis dll leh tambah ikut suka.
#Perkataan 'secukupnya' adalah kerana ianya bergantung pada tastebud uolls.

Cara:

  1. Masukkan minyak. 2 biji telur dipukul macam telur dadar dan digoreng hancur terlebih dahulu. Dah masak, alihkan dalam mangkuk. (tujuan goreng dahulu untuk elak sesetengah bila goreng sekali ngan mee ke mihun ke ada orang tak suka bau hanyir telur. Ni i memang ikut stail my mum-in-law)
  2. Tambahkan minyak sekiranya perlu. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai naik bau. Tambahkan satu sudu kecil minyak bijan. 
  3. Bila dah naik bau, masukkan hotdog.  Leh letakkan perasa macam pati ikan bilis ke, bubuh garam dan gula ikut rasa. Kacau-kacau...
  4. Kemudian, masukan pulak cendawan shitake. Gaul rata lagi...
  5. Masukkan telur hancur yang digoreng awal-awal tadi. Gaul rata.
  6. Waktu ni leh la boh sikit kicap untuk bagi gelap sikit ke. Agak-agak ikut suka hati nak gelap macam mana. Tapi jangan boh banyak sangat kang masin lak.
  7. Lepas tu, masukkan pulak laksa pendek. Gaul2 dan balik-balikkan bagi rata dan masukkan daun bawang dan gaul lagi bagi rata.
  8. Then, rasa la sikit laksa pendek tu cukup ke garam dan gulanya. Kalau tawar ke tak cukup masin ke. Tambah la lagi garam dan gulanyer..
  9. Dah siap...hidangkan la...Hmmm...kene makan panas2 baru sedap!!!

Link ke My Resipi -> http://www.myresipi.com/top/detail/19638

p/s: Minta maapla gambar tak lawa. Saya takde kamera canggih-canggih...huuu...

Selingan...New phone

Ehem..ehem...The new phone...;-) Suker..suker..suker...


Friday, December 21, 2012

Cakes...Kembali lagi

Terus tempek gambar la ye...takmo citer panjang...kasi layanzzz...
Request by hubby's opismate.
Satu nak kek RVC dan satu lagi nak dua Choc Moist cake 4 segi yang digabungkan dan topping choc ganache.
Untuk kek Coklat tu dibuat dua layer.
Cer tengok ucapan yang ditulis atas kek. Punyer la panjang kan. hehe..

2x7inch Choc Moist Cake. 

RVC Cake

Monday, December 17, 2012

Rindu tak kek Baldu Merah ni?

Dah lama la aih tak wat kek si Baldu Merah ni kan. Request by my auntie utk husband dia (pak ucu) bawa gi opis ada makan2. Request hari jumaat aritu untuk hari ahad. Nasib baik bagitau awal. Then waktu my auntie order tu, daku pun terus bercongak dan barang2 sumer ada kat umah, so shud be no problem nak buat. Terbayang jugak dalam fridge ada cream cheese 1kg and 500gm cheese. Maknanya tak yah gi kedai baking jugak untuk mencari cream cheese.

Sekali...Tiba la hari ahad nak membuat topping. Kuar kan cream cheese untuk 'thaw'. Memula kuar kan yang 500gm tu. Tengok2 cream cheese tu dah cendawan dan bau pun dah lain macam. Expired 13/11/2012. Huh! Buang kan!!
Pastu amik lak yang 1kg tu. tengok tarikh expired...sama gak!! Buka and bau..Alamak!! Sah, memang ke tong sampah la jawabnyer...Huhuhu....rugi sungguh la kan!!! Dibuang begitu saja. Nampak sangat dah lama tak wat RVC atau yang melibatkan cream cheese.

Nasib baik la daku bangun awal2 pagi. Apa lagi terus la ajak cek hubby gi bekpes dan menemankan gi kedai bakeri. Aih, kuar juge ler ke kedai bakeri...



Untuk pakcik daku bawa gi opis
Request untuk yang mini RVC juger..


Update latest comment from my cousin Alia. Read our conversation below via phone sms..hehe..

Alia: Kak Nor!!! I luv the cake so goooddd! A+++, alia n family
Me: Really? Thank you!!! It taste much better than few years back rite? Hehe
Alia: Yaa! U changed the cream! Can u make red velvet cupcakes?
Me:I never try do the cupcakes. But I can try to make it..
Alia:Hehe oki!
Me: Let me know earlier ya if you want ;)
Alia: Sure, no problem!

P/s: 1st time update blog pakai Blog app kat iPad. Janggal sikit huhu...

Friday, December 14, 2012

Chocolate Candy Bars...apa pulak kali ni?

Ha....daku ada plan. Akan ada sesuatu yang akan dilakukan terhadap Cokolat-cokolat ini. Omputih panggil Cokolat kat bawah ni Chocolate Candy Bar.



3 Candy Bars yang terbaik - PICNIC, SNICKERS DAN MARS

Apa pulak la kan nak dibuat ngan Candy Bar ni kalau bukan untuk dimakan kan? Ye...memang la tapi ini lain. Memang kat Malaysia ni macam takde orang wat lagi benda ni, tu yang daku nak buat tu...hehe...hmm...ye ke takde orang buat lagi?
Iye...kalau ada mesti la bila daku search atau tanya Pak Google tu dalam Bahasa Malaysia mesti dia akan bagitahu dan senaraikan blogger2 Malaysia yang wat. Tapi takde pun? Kan? Kalau tanya dalam bahasa omputih mesti akan berderet senarai yang kuar dan sumer yang wat tu mesti omputih...
Eleh..tak caya sudah!!

Daku pernah jumpa satu je kat pasar malam tapi bukan versi coklat. Tapi itu versi biskut. Biskut macam tak besh. Coklat la besh!!

Apa ko bondo eh ni? Ekau do berahsio-berahsio ni..mokcik ngan pokcik ponek tau tak!!...

Huhu...nanti la wahai readers...Surprise!!! Kalau anda dapat meneka apa yang akan saya lakukan terhadap coklat-coklat ini, maka anda memang hebat.

Kek?? Oh tidak.....bukan untuk kek. Ianya tiada mengena dengan kek ok...lagi..lagi..teka lagi...
Tapi ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba. Satu kelainan yang maybe satu hari nanti akan fofular jugak kat sini di bumi Malaysia ni. Eceh! Berangan macam daku lak nak mulakan trend ni....hehehe...

So...apa lagi?
Plan nak wat ialah weekend ni. Tengok lah nanti. Dah ada nanti daku tempek kan dalam ni beserta info-info-nyer, resipi-nyer dan sudah tentu pencuci mata iaitu gambarnyer...

Nak tahu apa dia? Uollz stay tune....rajin-rajinkanla uollz jadi follower I...ihik..ihik..ihik...


Wednesday, December 12, 2012

Dorian Crepe..Oh..Dorian Crepe..

Amboi uoll....sana sini dok citer pasal doyan crepe ye? Tahun ni banyak noo trend tang bab pencoci mulut ye..
Memula trend Red Velvet Cake...sana sini dok mengata dan makan Si Baldu Merah.
Pastu Rainbow Cake lak..
Pastu Pavlova lak...
Pastu................Ketiga-tiga di atas ni semakin dilupakan terutama yang paling canti Si Baldu merah tu la. Kesian dia..huhu...

La ni Durian Crepe lak. Bukan main lagi macam2 resipi uollz kuar pasal durian crepe ni.
Ada dua jenis tepung lah, ada 3 jenis tepung lah...ada 5 jenis tepung lah..6 jenis tepung lah dan yang akhir sekali 7 Jenis tepung. Hamik Ko!! Hebat..hebat!!....ada yang pakai tepung gandum lah dan ada gak yang kata tak pakai tepung gandum langsung. Memasing saling mengatakan Durian Crepe memasing la yang terbaik. Pastu saling bersaing kata 3 Jenis Tepung lagi sedap dari 2 Jenis Tepung. Pastu 5 Jenis Tepung lagi sedap dari 2 Jenis Tepung..pastu bla..bla..bla..Tu tak masuk lagi Jenis-jenis Durian lak yang dipakai nak wat Durian Crepe ni. Jenis duian D24 lah..XO lah..Musang King lah...
Macam-macam la uollz ni tau.
Aih, lantak kome la yek....

Walaupun tengah trend sekarang ni, tak sedikit pun daku terasa nak wat durian Crepe. Pasal apa? Pasal daku ni amatlah suka makan durian sampai daku rasa takkan sempat nak wat Crepe pun...Kah..kah..kah...
Sedangkan kalau beli durian bebanyak, kalau mak daku kata simpan sikit nak wat tempoyak, aih..tak sempat tinggal jadi tempoyak pun. Semua selamat dalam perut daku. Takde simpan untuk tempoyak der..
Huhu...lantaknyer Iollz..Malu...hehe..

Walaupun daku taknak wat Durian Crepe itew tapi daku memang nak sangat makan Durian Crepe. Tak berkesempatan nak mencarinyer sampai la kebetulan dating ngan cek hubby last month kat The Curve. Kawan cek hubby pun ada citer yang kat dekat The Curve ada satu booth jual Durian Crepe sedap sangat. Memula tak tahu nama kedai. So, Iollz teruja sangat-sangat.

I ngan cek hubby sampai The Curve waktu tu dalam kul 11.30am camtu. Terus la pegi kat kedai tu tak sabar-sabar la kan nak beli Durian Crepe sedap yang dikata-katakan itew. Wah!! Ini lah Sumptuous yang digembar-gemburkan oleh orang-orang jelata sekalian pasal Durian Crepe-nya yang amatlah lazat. Slurrpp!! Sekali sampai situ, Iollz keciwa sebab tak buka uollz. So, Iollz ingatkan orang tu tak jual la hari tu sebab agaknya dia jual kat MAHA la kot kan...huuu...sedey...
Then, weollz jalan-jalan kat tingkat atas dulu. Pastu dalam 12.30pm I ajak hubby turun balik sebab mana la tahu orang yang jual durian crepe tu lambat buka kedai kan.
Bila sampai kedai tu, I sangatlah happy. Tersenyum lebar je macam kerang busuk kat situ. Baru buka dan banyaknyer durian Crepe!!! Walaupun baru buka, sebelum tu ada customer ahkak ni beli bukan main banyaknyer la hai Durian Crepe. Daku rasa ada la dalam 10 peket. Satu peket dah RM10 ada dalam 6 ketul.
Pastu daku pun apa lagi teruja sampai amik gambar kedai dia..


Daku beli sepeket je sebab nak rasa kan. Terus cari tempat nak makan. Tapi takde seat lak. Nasib baik cek hubby kata  dok kat kedai Uncle Lim and dia beli Chicken puff kat Uncle Lim. So, tak obvious sangat la kan. Sambil makan sambil snap...kah kah..kah..cam jakun la plak huhu...

First time ngap...walah!!! Adoi nikmatnyer rasa. Sungguh heaven...sangat-sangat heaven ok. Sangat Sedap!! Terasa macam makan durian. Crepenye tak terasa. Crepe dia sangat lembut sampai rasa macam nak picit2...geram sangat.




Makan satu...wah rasa tak cukup. Makan dua..wah, tak cukup lagi. Offer kat hubby tapi dia taknak. Tu pun paksa gak dia makan, dia makan setengah je. Bagus gak. Leh daku habiskan sumer..Sesudahnye daku je yang habiskan durian crepe tu...Diulangi sekali lagi. SANGAT SEDAP!!


Tak tahu dari mana datang nama Durian Crepe. Katanya Durian pancake Sumptuous ni dah lama fofular tapi baru sekarang jadi trend.


Sungguh nikmat...tengok lah isi dalam dia. Fresh cream dia pun tak terasa sangat. Yang sangat terasa nikmat ialah DORIAN!!!

Sebelum balik dari The Curve tu dalam pukul 7pm daku singgah lagi Sumptuous sambil berharap akan ada lagi Durian Crepe. Sebab memang kedai ni cepat habis Durian Crepe-nyer. Sapa lambat memang gigit jari ler. Dah memang rezeki masih ada dalam 6-7 peket camtu. Daku beli sepeket je untuk bawa balik untuk adik daku rasa lak.


Dan..untuk Uollz..uollz yang mencari resipi Durian Crepe ni. I sharekan kat Uolllz blog-blog masakan yang sudi sharekan resipi. So, pilihlah yang mana berkenan di hati Uollz k..Jangan gaduh-gaduh ye...


Setakat ni Durian Crepe yang bertakhta di hati masih Sumptuous Durian Pancake. Walaupun telah cuba sekali yang home-made yang dibeli tapi still buat masa ni tak sama dan tak sesedap Sumptuous Durian Pancake yang mana bila makan terasa crepenyer compare dengan Sumptuous yang crepe-nyer lembut sampai tak terasa. 


Dan oleh itu, saya akan pegi lagi ke The Curve untuk mendapatkan Sumptuous Durian Pancake....

~The End~


Monday, December 10, 2012

Rumah Baru....

Yeay!! Lagi 5% je yeop umah kami siap. Tak sabarnye ghasenye hati. Sekarang ni dah dok usha2 design kitchen cabinet dan design dapur. Aih...seronoknyer..seronoknyer.....
Sekarang ni cek hubby dah start ajak nak usha2 barang2 elektrik macam lampu, kipas, dan barangan elektrik lain. Built-in oven cek hubby dah belikan...Eeee..sonoknyer..sonoknyer...tapi minta tolong orang kedai tu simpankan dulu pasal rumah kami belum siap lagi. Insyaallah, maybe dalam pertengahan tahun depan akan pindah ke rumah baru di Bandar Saujana Putra.

Renovate? Of course akan renovate. Umah kami ada bilik 3+1 (utility room). So, kami dah plan nak korbankan satu bilik jadi dapur sebab dapur yang sedia ada yang dibina memang kecik sangat. Tanah belakang ada 10 kaki tapi hanya dibenarkan 5 kaki sahaja kalau nak sambung belakang. Aih, 5 kaki? Memang sangat la kecik. So, memang tak sesuai untuk daku yang amatlah suka baking-membaking ni kan. Rumah kami corner lot. So, tak ralat kalau korbankan satu bilik untuk jadikan dapur. Sebabnya, dalam future planning kami akan bina satu bilik bila ada budget lebih sikit nanti di kemudian hari.

Dua minggu lepas snap gambar rumah kami. Masih belum siap sepenuhnya.



Rumah dari pandangan tepi. Leh tengok dari tepi je sebab pembinaan masih dijalankan. So, ni pun zoom pakai kamera handphone jer.

Banyak batu2. Takleh lalu. Tengok dari jauh je.

Menghadap ladang teh dan ladang kelapa sawit yang nun jauh saujana memandang. Ladang Teh?? Ye...Ladang Teh Bukit Cheeding. Tak caya? Cuba taip Ladang Teh Bukit Cheeding Boh Plantation
Sedikit info mengenai Ladang Teh Boh, Sri Cheeding dari Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Langat. Klik SINI.

Sekarang ni masih mencari contoh² dapur yang berkenan di hati...

Macam gambar bawah ni cantik tak?

Gambar dari Google Search.

Linguine Carbonara..

Dah lama tak makan pasta. Memula teringin nak wat Beef macaroni & Cheese tapi nak beli bahan banyak sangat la pulak.
Nak cari mince meat lagi. Daku memang tak suka pakai mince meat (daging cincang) Cap Ramly. Sebabnya dalam daging tu dicampur tulang-tulang sekali. Apa daaa... Very irritating tau tak bila makan makanan yang Uollz wat sedap2, setiap kali makan uollz akan tergigit tulang dia yang telah dikisar sekali. I hate that!! Tapi kalau ayam cincang dia ok. Tapi daku beralih arah dah. Kalau nak beli daging ayam cincang daku beli cap Ayamas je. Kalau nak daging lembu cincang, daku akan dapatkan kat Supermarket bahagian daging tu, yang timbang2 tu. Yang tu baru la rasa daging cincang sebenar.

Nak wat Spaghetti lak tak rasa macam nak makan Spaghetti.

Orait, back to the topic. Hubby pilih Carbonara. Bahan² pun mudah nak beli dan tak renyah sangat nak membuatnyer.

Saya suker....

Resipi pernah daku sharekan sebelum ni. Klik SINI untuk dapatkan resipi. So, cuba la jangan tak cuba.



Mabeless!!! Muaxx!!




p/s: Bila nak ada kamera canggih² ni kan. Amik gambar pakai Handphone jer...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...