Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, December 27, 2012

Fried Laksa Pendek a.k.a Laksa Pendek Goreng

Ni nak sharekan satu resipi ni. Asalnya i terjebak wat Laksa Pendek ni sejak kawen la. My mum in law kengkadang akan masakkan laksa pendek ni untuk me n hubby bila kitorang datang rumah.

Nampak macam biasa je tapi bagi daku terasa unik lak laksa pendek ni. Sebelum kawen memang tak pernah makan Fried Laksa Pendek a.k.a Laksa Pendek Goreng ni. Siyes! Tak pernah!!

Lagi satu nama laksa pendek ni, tak salah telinga pendengaran cayer my mum-in-law panggil ni "Laksa Tikus". tak tahu la naper. Maybe rupa ujung laksa tu runcing macam ekor tikus kot..
(Edited: Ke nama lain dia "laksa katak?" Huhu...sungguh la pelik tul nama dia..)

Hohoho...sebut tikus uolls dah geli geleman ye? Ahahaha...

Jadi.....bila setiap kali my-mum in law masak laksa tikus ni......ops...kite panggil laksa pendek la sedap sikit ye dak?

Jadi.....bila setiap kali my-mum in law masak laksa pendek ni, haruslah tulun2 apa yang patut di dapur tu, peratikan juger la apa yang kene boh dan apa bahan2nyer.
Lepas tu, apa lagi praktikkan la. Memang menjadi!! Sedap!

Nak tahu ghupe laksa pendek? Ha, macam kat bawah ni. Gitula rupernyer.



Ok la, terus je ler tempek resipi...nak sembang2 lak...



Laksa Pendek Goreng (untuk 4 orang makan)

Bahan:
2 biji telur.
2 peket laksa pendek (boleh didapati di mana supermarket macam NSK/Aeon/Giant etc)
1 peket cendawan shitake dipotong nipis-nipis
Seikat daun bawang dipotong pendek-pendek
6 batang hotdog Ayamas dipotong (Leh gantikan dengan udang / sotong / ayam)
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
4 batang cili merah*
4 batang cili api*
kicap secukupnya sebagai perasa (saya pakai sos kicap untuk mee goreng  sikit + kicap manis cap kipas)
garam dan gula secukupnya sebagai perasa
serbuk pati ikan bilis secukupnyer
1 tsp minyak bijan
Minyak secukupnya untuk masak

#Semua yang bertanda '*' dikisar terlebih dahulu.
#Sekiranya suka sayur lain macam tauge, kobis dll leh tambah ikut suka.
#Perkataan 'secukupnya' adalah kerana ianya bergantung pada tastebud uolls.

Cara:

  1. Masukkan minyak. 2 biji telur dipukul macam telur dadar dan digoreng hancur terlebih dahulu. Dah masak, alihkan dalam mangkuk. (tujuan goreng dahulu untuk elak sesetengah bila goreng sekali ngan mee ke mihun ke ada orang tak suka bau hanyir telur. Ni i memang ikut stail my mum-in-law)
  2. Tambahkan minyak sekiranya perlu. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai naik bau. Tambahkan satu sudu kecil minyak bijan. 
  3. Bila dah naik bau, masukkan hotdog.  Leh letakkan perasa macam pati ikan bilis ke, bubuh garam dan gula ikut rasa. Kacau-kacau...
  4. Kemudian, masukan pulak cendawan shitake. Gaul rata lagi...
  5. Masukkan telur hancur yang digoreng awal-awal tadi. Gaul rata.
  6. Waktu ni leh la boh sikit kicap untuk bagi gelap sikit ke. Agak-agak ikut suka hati nak gelap macam mana. Tapi jangan boh banyak sangat kang masin lak.
  7. Lepas tu, masukkan pulak laksa pendek. Gaul2 dan balik-balikkan bagi rata dan masukkan daun bawang dan gaul lagi bagi rata.
  8. Then, rasa la sikit laksa pendek tu cukup ke garam dan gulanya. Kalau tawar ke tak cukup masin ke. Tambah la lagi garam dan gulanyer..
  9. Dah siap...hidangkan la...Hmmm...kene makan panas2 baru sedap!!!

Link ke My Resipi -> http://www.myresipi.com/top/detail/19638

p/s: Minta maapla gambar tak lawa. Saya takde kamera canggih-canggih...huuu...

2 comments:

MamaFaMi said...

Hihi... first time dengar laksa pendek ni! Mama tak pernah beli laksa sebab tak pernah buat laksa. Percaya tak? Percayalahhh....

-<@ * Liana * @>- said...

Laksa penang pun tak pernah? Laksa penang tu sedap mama..kalau betul yang orang buat pakai ikan banyak tu dan kuah tu pekat..perghh sedap (br dua hari lepas mak masakkan..aduhai dah rindu laksa dah)
Laksa pendek goreng ni kenal sejak kawen. Sebelum tak pernah pun rasa dan cuba wat laksa goreng ni. :-)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...