Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Friday, December 28, 2012

Mug Kesayangan hampir 5 tahun..

Setelah 5 tahun daku bekerja di company sekarang dan hampir 5 tahun juga lah mug ni dipakai setiap hari. Oh, memang banyak sudah jasa kamu. Namun, daku terpaksa mengucap selamat tinggal kepada kamu..

Semalam lepas minum nescafe di mug comelku, bila nak basuh baru perasan dan terus ber'monolog'  "Eh, sejak bila la ada sompek kat tepi mulut mug ni? Aduh, sayangnyer.." "Sapa punyer kejer ni? Selama daku pakai tak pernah lak daku terjatuh ke, terlanggar ke, hantuk ke mug ni". Dah mula nak cari someone untuk syak.
Isk tak baik syak wasangka dengan orang.

Sambung monolog lagi "Hmm...tapi peliks camner leh sompek ni? Terpaksa cari mug baru pulak la ni. Nasib baik aku dah minum nescafe tadi. Balik umah ni kene cari mug lain ni. Ish, aku ada tertelan tak agaknya tadi serpihan tadi? Adoi kalau tertelan camner? Kesian perut daku...hmm..."

Dan pastu dok kat meja terus 'snap'..'snap' sebagai gambar kenangan dan post kat blog.

Tengok kat circle tu. Leh nampak tak? Kalau rasa dengan jari pun memang rasa kasar. Kalau kene mulut luka camner?
Terpikir nak buang mug ni. Tapi sayang sangat sebab jasa bakti dia dah lama. So pikirkan alternatif.
Aha!!! Why not jadikan bekas letak pen ke kan?

Tadaaaaa!!!!...Tapi ni bukan letak pen ni.

Dan malam tadi baru teringat kat opis ada satu spare mug. So, takyah bawa mug dari rumah.


Welcome to my new mug..



p/s: Saje je kan besarkan gambar. FYI, the picture snap from my new phone ;-) Amacam, ok dak? huhu...

No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...