Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, December 10, 2012

Rumah Baru....

Yeay!! Lagi 5% je yeop umah kami siap. Tak sabarnye ghasenye hati. Sekarang ni dah dok usha2 design kitchen cabinet dan design dapur. Aih...seronoknyer..seronoknyer.....
Sekarang ni cek hubby dah start ajak nak usha2 barang2 elektrik macam lampu, kipas, dan barangan elektrik lain. Built-in oven cek hubby dah belikan...Eeee..sonoknyer..sonoknyer...tapi minta tolong orang kedai tu simpankan dulu pasal rumah kami belum siap lagi. Insyaallah, maybe dalam pertengahan tahun depan akan pindah ke rumah baru di Bandar Saujana Putra.

Renovate? Of course akan renovate. Umah kami ada bilik 3+1 (utility room). So, kami dah plan nak korbankan satu bilik jadi dapur sebab dapur yang sedia ada yang dibina memang kecik sangat. Tanah belakang ada 10 kaki tapi hanya dibenarkan 5 kaki sahaja kalau nak sambung belakang. Aih, 5 kaki? Memang sangat la kecik. So, memang tak sesuai untuk daku yang amatlah suka baking-membaking ni kan. Rumah kami corner lot. So, tak ralat kalau korbankan satu bilik untuk jadikan dapur. Sebabnya, dalam future planning kami akan bina satu bilik bila ada budget lebih sikit nanti di kemudian hari.

Dua minggu lepas snap gambar rumah kami. Masih belum siap sepenuhnya.



Rumah dari pandangan tepi. Leh tengok dari tepi je sebab pembinaan masih dijalankan. So, ni pun zoom pakai kamera handphone jer.

Banyak batu2. Takleh lalu. Tengok dari jauh je.

Menghadap ladang teh dan ladang kelapa sawit yang nun jauh saujana memandang. Ladang Teh?? Ye...Ladang Teh Bukit Cheeding. Tak caya? Cuba taip Ladang Teh Bukit Cheeding Boh Plantation
Sedikit info mengenai Ladang Teh Boh, Sri Cheeding dari Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Langat. Klik SINI.

Sekarang ni masih mencari contoh² dapur yang berkenan di hati...

Macam gambar bawah ni cantik tak?

Gambar dari Google Search.

No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...