Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Tuesday, January 29, 2013

Cakes?? Wuhuu...

Hari ini hari Selasa. Hari ini hari kerja..amboi terasa sungguh segar sekali selepas cuti ye...5 hari bercuti tu.
Hari Khamis aritu sempena Maulidur Rasul, Jumaat amik cuti, pastu Sabtu, Ahad dan Isnin cuti Thaipusam. Wah! sakan bercuti la ye? Hmm...

Amboi...hangpa ingat cek bercuti dok umah goyang kaki saja ka? Oh tidak...tidak tepat ramalan itu...keh3x..
Aih. dari Rabu lepas sebelum masuk hari Khamis dah berkira-kira apa aktiviti yang daku and cek hubby akan lakukan dari hari Khamis sampai la Isnin. Rupanya cuti kami sumer nye terisi. Sampaikan macam kena set dalam kepala planner kami takut terlepas apa rancangannya. Macam ni la orang berkahwin. Masa perlu dibahagi antara diri sendiri, family sendiri dan family mertua.Kengkadang masa sendiri perlu dikorbankan.

Ok, kite mula ngan Hari Khamis. Jap..jap..daku lupa Khamis wat apa? Khamis wat apa eh?........
....
....
....
Ha!! Oh ye..Khamis pergi umah mak sedara daku kat ngan Nilai lebih kurang lepas Zohor. Antarkan Red Velvet Cake. Sepupu daku si Alia dah lama menunggu 2 minggu nakkan Red velvet Cake. Balik sampai umah malam.

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Belahan kek RVC

Opss....daku terlupa Khamis di atas juga menghantar kek Walnut Carrot Cake yang ditempah oleh member - Teh dan dihantar ke Kerinchi lebih kurang 7.30am

Walnut Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
Belahan kek WCC - gambar ehsan dari member - Teh


Hari Jumaat, pegi SOGO preview member Sale ngan Hubby and MIL. Wah berjaya merembat satu handbag dan satu wallet dari "Braun Buffel"...hehe..pastu balik umah MIL dan rehat dan lepas dinner balik.

Hari Sabtu, dating ngan cek hubby ke KLCC pastu terserempak adik daku di KLCC lalu kami menghabiskan masa jalan2.  Pastu singgah umah mak. Balik umah malam.

Hari Ahad, memenuhi jemputan kahwen kawan parents in law di TTDI dan lepak2 umah parent-in-law. Balik petang dan sampai hampir malam dan belah malamnya buat kek yang diorder oleh member.

 Hari Isnin belah siang, menyiapkan kek yang diorder untuk dihantar ke umah member belah malam.

Kek Coklat Kukus + Choc Ganache + Smarties. Kasi kalerful gitu untuk Taska Seri galaksi :-)

Untuk birthday anak Dju - Tedja dan Taska Seri Galaksi :-)
 Ahaha..amacam? Memang la bz huhu.... Jumaat ni cuti Wilayah. Belum tahu lagi apa planning tapi plan hari Ahad sudah menanti...



Tuesday, January 15, 2013

Kek Continental - Part 2

Hmm..Ahad lepas attend kelas kek semi hands on dengan Chef Norbaini.
4 jenis kek dipelajari - Hummingbird Cake, Pecan Butterscotch Cake, Triple Chocolate Cake dan Banana Layer Cake.
Memang best kelas ni. So, apa lagi? Kasi layan jamu mata je la ye..

1) Pecan Butterscotch Cake - Rasa dia? Waalah!! I paling suka yang ini.


Butterscotch sos dia...urmmm...memang sedap...setiap lapisan ada pecan caramel..


2) Triple Chocolate Cake (3-Layers of 3 Different Chocolate Flavours)



3) Banana Layer Cake with Hazelnut base and Cream Cheese Frosting.


Simply irresistable :-)

4) Hummingbird Cake with Pecan Cream Cheese Frosting


So...apa kata anda? Ada yang terliur? Hehe..

Butter Cake yang tidak bisa ditolak..

Sabtu lepas buat Butter cake. Dah lama tak wat plain butter cake ni. Tetiba lak tingin. Bahan2 pun ada. Apa lagi wat je la..

Resipi follow dari buku Alex Goh. Rupa-rupanye sama dengan resipi Butter Cake Bebop yang agak popular dan ramai yang telah wat resipi ni memang menjadi.

Improvise bubuh blueberry filling atas dia sbb dah lama stock blueberry filling tu dok dalam fridge

Bau wangi semerbak kek butter ni bila dah masak.


So, uoll nak tengok resipi yang confirm jadi ni? I share kan la eh..Sharing is caring. Resipi ni I follow dari buku Alex Goh yang I beli.

Bahan:
(A)
250gm butter
200gm gula kastor
210 tepung
1tsp baking powder

(B)
5 biji telur

Cara²:
Sediakan loyang yang dah dilenserkan dengan butter dan panaskan oven pada suhu 180c
- Masukkan semua bahan (A) ke dalam mixer dan pukul sampai kembang.
- Kemudian masukkan Bahan (B) sebiji demi sebiji. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.
- Tuang dalam loyang dan bakarkan selama 50 minit (ikut oven memasing)


So, cuba jangan tak cuba...moist dan sedap..

Friday, January 11, 2013

Imbas kembali Buttercream deco..

Saja nak tempek bagi layan mata nak imbas kembali first time belajar kelas Buttercream - Part 1.
waktu ni memang bab2 deko ni memang "zero" Nak sapu aising seluruh kek memang tak pandai. Nak pegang piping bag dan nozzle memang la tak tahu. Tapi...minat punya pasal, telah ku redah kelas Part 1 wat pertama kali pada 05/12/2010. Camner daku ingat? Cuba hangpa gi link ni. Klik je SINI.

Yang mana daku janji nak sharekan gambar kan. Ha, dari 2010. Sekarang dah tahun berapa? Bukan ke dah basi?
Aih, bagi daku sesekali tidak. Ianya permulaan bagi daku. Walaupun tidak sehebat mana tapi ilmu yang dipelajari tu amatlah berguna untuk membantu daku. Walaupun belajar macam2 jenis bunga waktu ni tapi yang asyik dipraktikkan hanyalah bunga ros yang kengkadang tak macam bunga ros..huhu..

Bunga yang tak serupa bunga huhu...almaklum first time ye..

Tapi..untuk pengetahuan uolzz juga, dari kelas ini gak bermula episod bisnes kek selepas tu yang kemudiannya jadi macam semangat tahi ayam pun ada. Kejap wat..kejap tak wat...hehe...

Permintaan masih ada tapi kene tapis sikit2 sebab kengkadang masa tu cemburu lak berebut-rebut nak wat itu dan ini. Susah sikit bagi daku yang berkerjaya ni kan...hmm...

Ni kat umah dah potong tunggu nak "Ngappp"
Dari Part 1, daku teruskan ke kelas Part 2 Buttercream wat kek Barbiedoll - SINI

Dan seterusnya ke Part 3 - Tier Wedding Cake - SINI

Tapi sebelum ke Part 3 tu, berbekalkan ilmu Part 1 dan Part 2, berjaya jugak la daku menghasilkan kek tingkat waktu adik daku kahwen. Syukur, Alhamdulillah berjaya wat kek tingkat walaupun ada kekurangan di sana sini. Akan diperbaiki lagi. (Klik SINI) Bila pergi kelas Part 3 tu, bertambahlah lagi skil dan ilmu daku..Insyaallah.

Ada lagi dua je syllabus Buttercream deko ni nak habis belajar dengan Chef Ho. Iaitu Part 4 - Alphabet / Numeric shape cake dan Part 5 - ops apa ye tak ingat..tapi yang ni belajar wat binatang tak salah Safari Theme cake kot..siyes tak ingat tajuk. Harapan dan target nak amik sumer kelas Chef Ho ni. Insyaallah. Moga dipermudahkan.

Friday, January 04, 2013

Jamu mata...

Suka strawberry..

Wednesday, January 02, 2013

RVC & Choc Mocha Moist Cake

Well..well..well...
Tempek gambar je la eh.
RVC & Choc Mocha Moist Cake request by cousin untik birthday anak-anaknye.









Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...