Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Friday, January 11, 2013

Imbas kembali Buttercream deco..

Saja nak tempek bagi layan mata nak imbas kembali first time belajar kelas Buttercream - Part 1.
waktu ni memang bab2 deko ni memang "zero" Nak sapu aising seluruh kek memang tak pandai. Nak pegang piping bag dan nozzle memang la tak tahu. Tapi...minat punya pasal, telah ku redah kelas Part 1 wat pertama kali pada 05/12/2010. Camner daku ingat? Cuba hangpa gi link ni. Klik je SINI.

Yang mana daku janji nak sharekan gambar kan. Ha, dari 2010. Sekarang dah tahun berapa? Bukan ke dah basi?
Aih, bagi daku sesekali tidak. Ianya permulaan bagi daku. Walaupun tidak sehebat mana tapi ilmu yang dipelajari tu amatlah berguna untuk membantu daku. Walaupun belajar macam2 jenis bunga waktu ni tapi yang asyik dipraktikkan hanyalah bunga ros yang kengkadang tak macam bunga ros..huhu..

Bunga yang tak serupa bunga huhu...almaklum first time ye..

Tapi..untuk pengetahuan uolzz juga, dari kelas ini gak bermula episod bisnes kek selepas tu yang kemudiannya jadi macam semangat tahi ayam pun ada. Kejap wat..kejap tak wat...hehe...

Permintaan masih ada tapi kene tapis sikit2 sebab kengkadang masa tu cemburu lak berebut-rebut nak wat itu dan ini. Susah sikit bagi daku yang berkerjaya ni kan...hmm...

Ni kat umah dah potong tunggu nak "Ngappp"
Dari Part 1, daku teruskan ke kelas Part 2 Buttercream wat kek Barbiedoll - SINI

Dan seterusnya ke Part 3 - Tier Wedding Cake - SINI

Tapi sebelum ke Part 3 tu, berbekalkan ilmu Part 1 dan Part 2, berjaya jugak la daku menghasilkan kek tingkat waktu adik daku kahwen. Syukur, Alhamdulillah berjaya wat kek tingkat walaupun ada kekurangan di sana sini. Akan diperbaiki lagi. (Klik SINI) Bila pergi kelas Part 3 tu, bertambahlah lagi skil dan ilmu daku..Insyaallah.

Ada lagi dua je syllabus Buttercream deko ni nak habis belajar dengan Chef Ho. Iaitu Part 4 - Alphabet / Numeric shape cake dan Part 5 - ops apa ye tak ingat..tapi yang ni belajar wat binatang tak salah Safari Theme cake kot..siyes tak ingat tajuk. Harapan dan target nak amik sumer kelas Chef Ho ni. Insyaallah. Moga dipermudahkan.

No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...