Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Wednesday, March 06, 2013

Al-ceritera kek..

Dah lama tak tayang gambar kek kan?
Malas nak update blog sebenarnya. Sekarang daku dah create FB fanpage - Liana's Home Oven. So, sumer gambar yang diambil terus diupload di situ. Senang.

Apa kata mari Like FB Page saya - Liana's Home Oven - http://www.facebook.com/lianashomeoven. Terima kasih hehe..

Ok, meh I sharekan gambar terbaru kek I kay...bersedia? Mulai!!

Gambar2 bawah ni kek kontinental terbaru dalam list Liana's Home Oven.

Black & White Russian Cake

Belahan kek B&W Russian Cake


Belahan Chocolate Caramel Cake

Chocolate Caramel Cake

Heavenly Caramel Cake

Belahan Princess Strawberry Cheese Cake

Princess Strawberry Cheese Cake

Belahan Heavenly Caramel Cake

Hmm..yang gambar bawah ni pulak gambar kek yang daku buat untuk minggu ni.
 Untuk Walnut Carrot Cake dengan Cream Cheese Frosting untuk permintaan my auntie. Alhamdulillah dengar komen yang memberangsangkan dari my auntie yang lagi satu. Katanya kek sedap dan tak muak. Alhamdulillah.

Lagi satu pula,  Italian Rainbow Cake dengan Italian Buttercream order dari member RHB dari department lain sempena birthday staffs. Syukran, dengar komen yang melegakan. "Kek sedap liana, Serious sedap! Kek habis." Alhamdulillah. Leh la order lagi nanti.

Italian Rainbow Cake


Walnut Carrot Cake

Al-Ceritera............

Satu ketika dulu order Red Velvet cake yang saya terima memang menggalakkan. Dan waktu itu saya yang begitu bersemangat menerima order dengan hari terbuka. Alhamdulillah rezeki tahun tu, utk hari raya, saya dapat memberikan duit raya kepada mak, abah, nenek dan atuk serta anak-anak buah dengan hasil titik peluh menjual kek red velvet tanpa menyentuh duit gaji bekerja. Memang laku kek red velvet. Terima kasih kerana mempercayai hasil tangan saya. (kenapa tetiba ayat jiwang nih?? Sorry..tengok tajuk di atas - Al-Ceritera kek..hehe)
Kemudiannya, sampai satu masa saya kesukaan saya tu menjadikan saya stress. Stress bagaimana? Stress saya apabila nak balik cepat ke rumah untuk menyiapkan kek yang diorder. Saya kerja sepenuh masa. Tak boleh balik lambat dari opis sebab saya nak kejar masa. Kalau balik lambat saya dah stress. Bila dah sampai rumah, sambil makan pun saya akan makan cepat-cepat dan kengkadang hati tu bukan pada makanan di hadapan tapi memikirkan kek untuk disiapkan. Bukan kah semua bakers pun begitu? :-)

Ada satu ketika sampai saya dapat gastrik teruk disebabkan stress (stress ada kaitan dengan gastrik?? Bila anda memang ada gastrik, bila stress akan ada gas elektrik maka ia akan jadi gastrik..huhu..sukati jer), dan kengkadang si suami juga kasihan melihatkan si isteri yang taksub dengan kek sampai kan kengkadang letih, tak cukup tidur dan lepas tu stress. (Adat la tu kalau dah meniaga tak cukup tido..huhu).

Lalu si suami menasihatkan si isteri untuk merehatkan diri dari meneruskan membuat kek. Bukan melarang dan bukan juga suruh berhenti. Cuma berehat seketika. Dalam pada itu masih ada permintaan kawan-kawan yang meminta untuk membuatkan kek. Terpaksa saya tolak dengan hati yang berat. Agak lama juga saya berhenti dari membuat kek sampai kan datang rasa malas. Nak tengok dan buka oven pun tak mahu. Nak makan kek, beli kat Secret Recipe tapi memang tak lawan kek buat sendiri. Bayangkan..hehe.. Mungkin kesilapan saya ketika itu ialah tidak pandai membahagikan masa dan terlampau banyak menerima order sebab saya memang tak sampai hati nak tolak.

Rasanya sejak hujung bulan 11, 2012 saya dah kembali untuk memenuhi permintaan kawan yang nak order kek.

Saya bertekad untuk menambah lagi ilmu di dada dan mendalami lagi ilmu kek dan berharap suatu hari nanti dapat menghasilkan kek-kek yang hebat dan sedap. :-) Amin..

Saya kini bersedia untuk menerima order tapi disebabkan saya bekerja sepenuh masa, maka saya perlu menapis setiap order yang saya terima. Dalam seminggu paling maximum saya boleh ambil pun 4 kek (4 order) sahaja. Dan sebab itu juga saya meletakkan syarat untuk menempah kek dengan saya perlu lah 5 hari sebelum ataupun beberapa minggu sebelum ikut jenis kek yang diinginkan. Salah satu sebabnya untuk saya mencari barang yang diperlukan dan mem'book'kan date tersebut. First come, first serve. Sekiranya ada permintaan dari cust lain untuk date tu maka saya terpaksa menolak dan akan dicadangkan dengan date yang baru.

Buat masa ni menerima tempahan kek adalah pendapatan sampingan saya namun saya akan cuba buat yang terbaik untuk pembeli-pembeli kek saya :-)

Ha, ada permintaan dari kawan-kawan menginginkan saya membuat kek yang disaluti fondant sebagai hantaran contohnya. Buat masa, maaf sangat2 saya tak dapat buat kek dari fondant. Bukan apa, saya perlu ada ilmu fondant ni dulu yang mana saya belum ada lagi. Memang la kat 'tenet' berlambak resipi dan kat you tube pun banyak cara2 nak buat fondant macam susah je saya tengok..hehe..At the same time, saya pun kurang meggemari rasa fondant sebenarnya. Namun, itu bukan persoalannya..saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau saya tak suka, ada orang lain yang suka. Betul? Maka dengan itu, saya akan cuba berusaha untuk merealisasikan permintaan kawan-kawan dan akan mempelajari ilmu fondant dan berharap satu hari nanti dapat menghasilkan kek-kek yang hebat. Harap dipermudahkan. Doakan kejayaan saya. Amin..

Ahaha..lagi satu..sebut pasal Pavlova..ada gak kawan-kawan tanya samada ada tak jual pavlova. Saya belum berani lagi nak jual Pavlova sebab belum cukup 'perfect'. Untuk makan-makan sendiri boleh la. ;-)


Anda ada facebook? Apa lagi..sila la Like FB Page - Liana's Home Oven. Terima kasih memberikan sokongan.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...