Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, July 29, 2013

Rainbow...

Somewhere over the rainbow, way up high
There's a land that I've heard of once in a lullaby.
Somewhere over the rainbow, skies are blue
And the dreams that you dare to dream,
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me.
Where troubles melt like lemon drops,
High above the chimney tops,
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow, blue birds fly
Birds fly over the rainbow
Why then, oh why can't I?
If happy little bluebirds fly beyond the rainbow
Why, oh why can't I?


- The Wizard of Oz Cast- Judy Garland -

Semalam attend kelas Friends Forever Under the Rainbow belajar buat figurine bear dan rainbow. Bila tengok je balik gambar terus menyanyi-nyanyi kecil "....over the rainbow..." tapi sepotong ayat tu je tahu. Macam terngiang-ngiang je lagu tu tapi memang tak ingat mana pernah dengar. Terus Google dan terjumpa lah lirik di atas.


Rupanya lagu ni dari cerita Wizard of Oz. :-)



Thursday, July 25, 2013

Batman Cake..

As Salam...

Ha...dah berzaman buat cake ni baru nak tempek ye? hehe...
Ala..tak la lama sangat kan..dalam bulan July ni juge..
Dapat request dari customer baru yang menginginkan kek bertemakan superhero - Batman.

Pada mulanya, tema yang diminta ialah Hello Kitty, tetapi kemudiannya ditukar kepada tema Batman. Nasib baik bagitahu awal pertukaran tema. Sempat la saya buat research dan contoh gambar di Internet untuk me'realisasi'kan permintaan beliau. :-)

Dengan berpandukan contoh gambar yang diberi dan contoh-contoh gambar lain di Internet maka terhasillah kek bertemakan Batman seperti di bawah.

Nak tahu? Kek fondant bertemakan Batman ni merupakan projek pertama saya bermain dengan fondant.
Nasib baik saya pernah menghadiri kelas fondant sebelum ni tetapi tak pernah buat sebarang kek dari fondant selepas itu. Jadinya..bila saya menerima permintaan customer saya ini yang inginkan kek fondant, tak senang duduk saya dibuatnya. Cemas, cuak, risau dan macam2 perasaan lagi. Ye lah, dah namanya pertama kali tanpa guru kek saya di sisi untuk memantau saya seperti dalam kelasnya. Mendengarkan lagi pengalaman kawan bakers saya yang buat tak jadi fondant-nya bila buat pertama kali lagi membuatkan saya takut. Berbekalkan nasihat dan tips2 diberi oleh cikgu kek saya dan kawan bakers, saya teruskan juga dengan berdoa yang baik2 saja dan bersikap positif :-)

Minggu kemudiannya, bermula operasi emncari alat-alat barang fondant. Siyes! saya takde barang alatan fondant. Yang banyak ialah alatan yang berkaitan ngan yang kek ber'krim' sahaja. dekat RM300 juga la saya spend kat Bake with Yen. Macam2 tengok, macam2 juga nak dibeli..hehe

Jadi ni la gambarnya..Kek Rainbow bertemakan Batman Fondant Cake :-) Alhamdulillah menjadi juga kek fondant saya :-)





Tuesday, July 02, 2013

Laaama tak jumpaaaa...iiiingin bersua...Turkish Indulgence Cake & Pecan Butterscotch Cake

As Salam, ada sesaap rindukan post terbaru? Ngeh3x..malas nak hudapte blog al-kaedahnyer..Well...dah bagitahu dah. Sekarang kalau update pun pasal kek je kan. Tapi bukan kat blog tapi kat Facebook Page - Liana's Home Oven. Ada apa? La..tak 'Like' lagi ke? Sila..sila jemput ke fanpage saya --> Liana's Home Oven. Leh cuci-cuci mata tengok gambar kek ;-)

Dah lama tak menyinggah ni, tetiba saja la kan nak upload gambar kek. Sikit je la ye. Nak tengok gambar kek lagi tengok kat fanpage k :-). Sebab banyak sangat gambarnya.

Salah satunya yang ni. Hmm...Turkish Indulgence Cake.
Kalau uollz pernah pegi ke Secret Recipe mesti uollz pernah nampak kek ni kan? Sejujurnya Iollz tak pernah try kek Turkish Indulgence Cake di Secret Recipe. So, Iollz no komen. :-)

Turkish Indulgence Cake
Kalau uollz minta pendapat Iollz pasal Turkish Indulgence Cake macam gambar di atas ni, Iollz leh katakan kek ni full of chocolate, vogue de vast! Hehe

Turkish Indulgence Cake
Setiap layer ada keistimewaan sendiri dan memikat penggemar kek. :-)



Turkish Indulgence Cake


Uih, mewah ke tak mewah kek ni. Setiap layer ada kelainan. 5-layer kesemuanya...Iollz tengok pun tergoda. Selalu buat untuk orang tempah je. Nak buat ntuk makan sendiri tak tahu bila hehe...

Lagi satu kek yang Iollz sangattttlah suka dan bagi Iolls, sangatttlah sedap iaitu Pecan Butterscotch Cake. Butterscotch dia..mmm..mmm...sampai pejam mata Iollz bila rasa. Sedap sangat. Aih, sama gak, buat untuk orang je tapi untuk diri sendir tak terbuat huhu...

Kasi share sikit antara gambar2 kek Pecan Butterscotch yang I dah buat...
Pecan Butterscotch Cake



Aih, tengok gambar ni, Iollz dah tergoda nak makan kek ni. Sapa nak watkan untuk I ni???!! huhu...

Ok..tu je...nak tunggu post yang akan datang, tunggu mood dan kerajinan ye...



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...