Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, July 25, 2013

Batman Cake..

As Salam...

Ha...dah berzaman buat cake ni baru nak tempek ye? hehe...
Ala..tak la lama sangat kan..dalam bulan July ni juge..
Dapat request dari customer baru yang menginginkan kek bertemakan superhero - Batman.

Pada mulanya, tema yang diminta ialah Hello Kitty, tetapi kemudiannya ditukar kepada tema Batman. Nasib baik bagitahu awal pertukaran tema. Sempat la saya buat research dan contoh gambar di Internet untuk me'realisasi'kan permintaan beliau. :-)

Dengan berpandukan contoh gambar yang diberi dan contoh-contoh gambar lain di Internet maka terhasillah kek bertemakan Batman seperti di bawah.

Nak tahu? Kek fondant bertemakan Batman ni merupakan projek pertama saya bermain dengan fondant.
Nasib baik saya pernah menghadiri kelas fondant sebelum ni tetapi tak pernah buat sebarang kek dari fondant selepas itu. Jadinya..bila saya menerima permintaan customer saya ini yang inginkan kek fondant, tak senang duduk saya dibuatnya. Cemas, cuak, risau dan macam2 perasaan lagi. Ye lah, dah namanya pertama kali tanpa guru kek saya di sisi untuk memantau saya seperti dalam kelasnya. Mendengarkan lagi pengalaman kawan bakers saya yang buat tak jadi fondant-nya bila buat pertama kali lagi membuatkan saya takut. Berbekalkan nasihat dan tips2 diberi oleh cikgu kek saya dan kawan bakers, saya teruskan juga dengan berdoa yang baik2 saja dan bersikap positif :-)

Minggu kemudiannya, bermula operasi emncari alat-alat barang fondant. Siyes! saya takde barang alatan fondant. Yang banyak ialah alatan yang berkaitan ngan yang kek ber'krim' sahaja. dekat RM300 juga la saya spend kat Bake with Yen. Macam2 tengok, macam2 juga nak dibeli..hehe

Jadi ni la gambarnya..Kek Rainbow bertemakan Batman Fondant Cake :-) Alhamdulillah menjadi juga kek fondant saya :-)





No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...