Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Thursday, December 26, 2013

Turkish Indulgence Cake

Untuk yang suka chocolate cake mesti suka kek ni :)

Monday, December 23, 2013

Tiramisu Cheesecake

Ada lagi satu. :) Tiramisu Cheesecake yang diorder oleh Kak Nani. Happy dengar bila satu family sukakan Tiramisu Cheesecake. Dengar kata kak Nani tak sempat nak ambil gambar sebab kek cepat habis :)

Birthday Cake with simple Doc McStuffins theme

Lupa nak letak post ni. Sabtu lepas jiran baru satu BSP order kek :)
Keknya ialah Vanilla Butter Cake dengan topping Fresh Cream topping. Dan ada gambar Doc McStuffins dan Stuffy (blue dragon). 
Alhamdulillah komen dari jiran kata kek sedap :). Tqsm :)

Chocolate Modelling Class

Hehe...
Eh..awal2 lagi dah gelak? Bukan apa, teringat peristiwa waktu attend kelas Chocolate Modelling dengan Kak Norbaini semalam di Norbaini Cakes, Ampang.
Sangat2 lawak. Bertemu dengan rakan2 bakers lain seperti sesi terapi di hujung minggu haha dan berkenalan dengan kawan baru, Kak Sal Kajang dan kak Zana (Rosemary n thyme).
Haha..sangat2 enjoy dan tak stress. Dapat pulak geng yang 'kecoh'kan kelas memang tak bosan langsung.

Adoi...yang tak menahan tu elok2 memasing buat bunga coklat memasing punya, yang kak Sal leh terambil I punya bunga. Dah jadi haru-biru sudah! Citer ni di ketika ini pun masih belum habis kami perkatakan di Facebook. Dan tiap kali ingat tiap kali tu tergelak. Waduh2x!

Istimewanya kelas ni kata Kak Norbaini, kelas choc modelling kitorang ni la yang paling unik. Sebab cer tengok la design2 kek kitorang memang lain dari design kek yang kak Norbaini pernah buat sebelum ni. Yang mana design telah di'improvise'kan hasil idea dari Kak Norbaini atas masalah kecil disebabkan oleh Coklat tu. Walaupun macam tu, hasilnya semua design2 kek cantek2x belaka. :-)

Memang kak Norbaini kene simpan peristiwa dalam diari ni haha. Dari peristiwa terambil bunga coklat orang, macam2 hal karenah students-nyer dan design chocolate yang unik.
Terima kasih Kak Norbaini atas tunjuk ajar yang penuh kesabaran. Bak kata kak Nor "layankan ajer" ataupun "Sabar je la" haha...

Enjoy the pic ya! ;-)

Kek ni sesuai juga dijadikan hantaran. Cantik kan? ;-)


Sunday, December 15, 2013

Big Bad Wolf Books 2013


First time pergi Big Bad Wolf Books. Sangat teruja waktu menunggu tarikh dia. 
Well, dipendekkan citer, pegi bbw2013 ni sampai dua kali. Buku2? Macam biasa terarah tang satu seksyen je :). Seksyen Cookery. Menjadikan total sumer buku rm194. Sangat-sangat puas hati :)







Saturday, December 14, 2013

Rainbow Cake with Italian Buttercream dan Hello Kitty theme

Friday, December 13, 2013

Pecan Butterscotch Cake & Turkish Indulgence

Tengok dari statistic, thread pecan butterscotch dan turkish indulgence ramai pelawat :)
Serious! Pecan Butterscotch Cake sangat sedap.
Manakala Turkish Indulgence Cake sangat sesuai bagi peminat tegar chocolate cake :)


Tuesday, December 10, 2013

Chocolate Moist Cake bertemakan Spiderman

Gambar di bawah adalah Chocolate Moist Cake tempahan dari Zamila.
Beliau inginkan kek Chocolate Moist cake bersama Chocolate ganache dan topping fresh cream dengan tema Spiderman. Atas perbincangan bersama, saya cadangkan untuk design seperti di dalam gambar selepas memberikan contoh yang saya cari dari tenet. Beliau setuju :)
Kek choc moist ni. Saya buat dua layer. Untuk filling tengah kek saya sapu choc ganache dan salut seluruh kek juga dengan choc ganache. Kemudian saya salut dengan fresh cream topping dan corakkan untuk menghasilkan tema Spiderman. :)


Tiramisu Cheesecake hasil sistem barter kek :)

As salam dan selamat pagi. Hari ni nak share gambar dua kek Tiramisu dan satu lagi nanti akan diupload kemudian ๐Ÿ˜Š.
Sabtu lepas deal ngan biras utk sistem barter kek. Hehe..biras pun seorang baker. So kami decide utk bertukar-tukar kek. Sebelum ni kami pernah barter kek sekali. Waktu tu kek Choc Caramel dan tukar dengan Pavlova. Seronok juga barter kek ni ๐Ÿ˜Š.
Ok, ni kek dari saya kepada beliau. Tiramisu Cheesecake. Oh ye, rupanya tiramisu ni ada macam-macam version. Ingatkan tiramisu ni hanya lah tiramisu cheesecake. Rupanya ada tiramisu cake. Oleh itu, saya dan biras - Siti Nadiah mengambil keputusan bertukar kek tiramisu. ๐Ÿ‘

Friday, December 06, 2013

Kek Red Velvet Cake lagi...yeaa!!

Kek RVC. Sapa suka? Klik 'LIKE' yea!!

Monday, December 02, 2013

Orange Buttercake dengan Buttercream dan Gambar lukis angry birds

Kek Red Velvet Bertemakan Arsenal

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...