Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, January 27, 2014

Green Tea Matcha Tiramisu Cake

As Salam, Hmm..hari ni kita tayang gambar lagi ok? Suka kan? :-)
I pun suka. hehe..

Ok, weekend baru2 ni, I buat dua kek. Satu German Blackforest Cake untuk birthday Auntie cek hubby dan satu lagi ialah Green Tea Matcha Tiramisu Cake.



Sebut pasal Green Tea Matcha Tiramisu ni, dah lama simpan resipi ni. My baking friend yang sharekan resipi ni. Dia sangat rajin hokay baking ni. Dalam seminggu dekat lebih 10 kek dia buat hanya untuk testing resipi dan R&D. Seronok ada kawan bakers yang boleh share2 dan tukar knowledge ni. :-)
We all akan share resipi kek then we all akan buat R&D sama2 dan we all akan exchange our outcome dan resipi. Then, we'll discuss mana nak tambah, mana nak betulkan sana sini. Best kan? Tapi R&D kami guna watsapss je huhu...Pernah plan nak buat R&D sama2 pegi umah my friend tapi atas sebab kesibukan maka, kami buat discussion atas 'online' jer.
Banyak lagi resipi ni sebenarnya menunggu turn untuk di 'R&D'. Wah, mana daku nak cari masa ni? huhu..

Well, sambung balik pasal Green Tea Matcha Tiramsu ni. Hmm..resipi yang digunakan tidak sama langsung dengan resipi Tiramisu biasa tu. Diulangi sangat lain dan berbeza! Step2 dan bahan2 yang digunakan banyak dan agak 'complicated' nak membuatnya. Jangan terkejut dengan harga kek ni..;D Sesuai la harganya dengan kepayahan menghasilkannya :-)

Dari segi rasa, agak unik. Terdiri daripada Green Tea Chiffon Cake. Struktur kek chiffon yang ringan dan kurang manis dan mempunyai rasa light matcha green tea hasil daripada bahan serbuk green tea tu sendiri. Digabungkan dengan bahan2 yang dicampurkan bersama dengan Mascarpone Cream Cheese. Semua maklum yang mascarpone cream cheese ni memang agak mahal di pasaran. Namun, ada juga yang dijual murah. Tapi...harus ingat, walaupun namanya Mascarpone, dari segi tekstur dan rasa ada juga perbezaanya. Ini mengikut pengalaman saya. Ada yang murah tapi tekstur senang cair berbanding dengan Mascarpone yang agak sikit mahal. Oleh itu, adalah penting memilih yang terbaik untuk menghasilkan kek yang terbaik. Cheh, gitew kan? hehe..Namun, bagi yang tak kisah, itu terpulang pada masing2.
Kemudian di atasnya pula ditaburi dengan serbuk green tea matcha powder. Ala, tabur macam serbuk koko atas tiramisu biasa tu. Sama la tu.



Kesimpulannya, jika anda inginkan kelainan untuk kek tiramisu / dessert, leh cuba kek ni. Ada setengah orang memang gemarkan green tea. Jadi, pasti tidak akan menolak untuk mencuba dessert daripada Green Tea Matcha. :-)




Monday, January 20, 2014

TURKISH .. TURKISH .. TURKISH INDULGENCE CAKE !!

Apa motif taip Turkish banyak2 kali kat tajuk? Nampak sangat nak conquer title kan bila orang 'google' kat tenet. Haha..tak koser..
Well, nak share gak gambar yang ni. Turkish Indulgence Cake yang nampak sangat lah 'Indulgence' dan 'Tempting' di mata saya (tidak ler teman tahu dia mata kome..hew hew..hew)
Jiran dalam BSP order. Sila jamu mata.


Macam-macam Kek Trend...

As Salam and Good Morning to you :-) Hari Isnin...jangan Monday Blues.

Eh tetiba pepagi Isnin lak nak taip blog. Apa? Takde keje ker? Ehehehe...kalau ada kerja mau daku menaip sini? Idak ler teman..haha.. Selalu post gambar je kan. Sekali sekala kene dah berinteraksi dalam citer. Ni macam takde interaksi ngan pembaca lak nanti dah dok tayang gambar jer.

Oh ye..sebelum tu, ada yang bertanya kenapa gambar2 kek yang di'share' dalam blog ni tak nampak. Untuk pengetahuan sekalian, oleh kerana saya 'rajin' (rajin inverted comma..hew hew hew) nak upload gambar, maka..saya telah 'embed' sumer picture kek terus dari Facebook Page saya - Liana's Home Oven. :-)
Bila ada segelintir yang tak dapat tengok gambar2 itew mungkin disebabkan access Facebook anda telah di'blocked'. Selalunya kat opis la ni. So, kalau uolls pakai line tenet sendiri atau pakai uolls nye smart pon mesti akan nampak nyer ;-)
Atau susah sangat, Like je la page tu kalau nak tengok gambar dia. Ala2 untuk cuci mata apa salah. Walaupun kek-kek saya ni biasa jer.. (huhu...malu...)

Ok, berbalik pada topik la kan..hmm..kalau tengok trend kek ni, macam-macam jenis kek kuar sekarang ni yang menjadi trend dan dijadikan sumber pendapatan. Sekarang ni paling hangat cheese kek leleh. Macam2 perasa ada. Saya? Masih setia ngan kek2 biasa je.
Cer tengok dolu2. pernah satu ketika sangat la fofular ngan Red Velvet Cake. Kalau sekarang orang sebut rvc tu, aih...dah ketinggalan zaman uolls.


Lepas tu Pavlova lak. Pun sekarang orang dah tak heran.
Lepas tu, doyan crepe lak.
Lepas tu apa lagi ek? Ha..Congo Bar lak pastu sekarang Cheese Cake leleh. Kan tu? boleh dikatakan takde 'boundaries' untuk bakers terus mengeluarkan idea2 menghasilkan kek-kek yang sedap. :-)
Para Bakers pun sekarang ni dah ibarat macam cendawan tumbuh lepas hujan. Huhu..banyak saingan uolls.

Oleh itu, I tak bersedia lagi untuk berhenti kerja sekarang ni untuk bertukar kerjaya jadi bakers sepenuh masa. Biarlah wat masa ni I jadi Bakers part-time. Sapa nak order kek ngan saya? Sila Like Page saya eh :-) - Liana's Home Oven. 

Insyaallah, sumer kek sedap-sedap belaka. :-)

Hm..ada banyak kek2 yang nak dicuba ni. Kek2 sekalian, tunggu ikut giliran yer..Nanti mama wat satu2 yer..;-)

Wednesday, January 15, 2014

Chocolate Moist Cake

Yang ni one of my bff order cake utk daughter dia. :)
Atas permintaan dia dan I tukang realisasikan permintaan dia je, terimalah .....

Chocolate moist cake dengan cream cheese frosting, chocolate ganache dan pecan caramel pada setiap layer. Walah! I yg buat n tengok ni yg terliur haha..


Monday, January 06, 2014

Walnut Brownies

Dah lama tak buat Brownies sehingga la ada member order. Buat dua adunan, satu untuk yang member tempah dan satu lagi untuk sendiri makan.
Uih, sedapnya la hai brownies ni. :)
Ok, layankan gambar :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...