Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Monday, January 27, 2014

Green Tea Matcha Tiramisu Cake

As Salam, Hmm..hari ni kita tayang gambar lagi ok? Suka kan? :-)
I pun suka. hehe..

Ok, weekend baru2 ni, I buat dua kek. Satu German Blackforest Cake untuk birthday Auntie cek hubby dan satu lagi ialah Green Tea Matcha Tiramisu Cake.



Sebut pasal Green Tea Matcha Tiramisu ni, dah lama simpan resipi ni. My baking friend yang sharekan resipi ni. Dia sangat rajin hokay baking ni. Dalam seminggu dekat lebih 10 kek dia buat hanya untuk testing resipi dan R&D. Seronok ada kawan bakers yang boleh share2 dan tukar knowledge ni. :-)
We all akan share resipi kek then we all akan buat R&D sama2 dan we all akan exchange our outcome dan resipi. Then, we'll discuss mana nak tambah, mana nak betulkan sana sini. Best kan? Tapi R&D kami guna watsapss je huhu...Pernah plan nak buat R&D sama2 pegi umah my friend tapi atas sebab kesibukan maka, kami buat discussion atas 'online' jer.
Banyak lagi resipi ni sebenarnya menunggu turn untuk di 'R&D'. Wah, mana daku nak cari masa ni? huhu..

Well, sambung balik pasal Green Tea Matcha Tiramsu ni. Hmm..resipi yang digunakan tidak sama langsung dengan resipi Tiramisu biasa tu. Diulangi sangat lain dan berbeza! Step2 dan bahan2 yang digunakan banyak dan agak 'complicated' nak membuatnya. Jangan terkejut dengan harga kek ni..;D Sesuai la harganya dengan kepayahan menghasilkannya :-)

Dari segi rasa, agak unik. Terdiri daripada Green Tea Chiffon Cake. Struktur kek chiffon yang ringan dan kurang manis dan mempunyai rasa light matcha green tea hasil daripada bahan serbuk green tea tu sendiri. Digabungkan dengan bahan2 yang dicampurkan bersama dengan Mascarpone Cream Cheese. Semua maklum yang mascarpone cream cheese ni memang agak mahal di pasaran. Namun, ada juga yang dijual murah. Tapi...harus ingat, walaupun namanya Mascarpone, dari segi tekstur dan rasa ada juga perbezaanya. Ini mengikut pengalaman saya. Ada yang murah tapi tekstur senang cair berbanding dengan Mascarpone yang agak sikit mahal. Oleh itu, adalah penting memilih yang terbaik untuk menghasilkan kek yang terbaik. Cheh, gitew kan? hehe..Namun, bagi yang tak kisah, itu terpulang pada masing2.
Kemudian di atasnya pula ditaburi dengan serbuk green tea matcha powder. Ala, tabur macam serbuk koko atas tiramisu biasa tu. Sama la tu.



Kesimpulannya, jika anda inginkan kelainan untuk kek tiramisu / dessert, leh cuba kek ni. Ada setengah orang memang gemarkan green tea. Jadi, pasti tidak akan menolak untuk mencuba dessert daripada Green Tea Matcha. :-)




No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...