Pesanan dari de-serikandi :-) :

Kengkawan sumer, anda dilarang untuk copy dan paste gambar-gambar dari blog ini tanpa kebenaran saya. Semua gambar di dalam blog saya adalah hak milik de-serikandi.blogspot.com.
Anda boleh copy dan paste recipe yg dicipta asal oleh saya yg ditempek dalam blog ini dengan syarat tag nama blog saya.
Terima kasih di atas kerjasama kengkawan semua :-)

Tuesday, February 18, 2014

Percubaan kedua MACARON!!

Al-kisah Salted Caramel Macaron.

As Salam,

I Sharekan gambar ni je la ye..ahad lepas cuba lagi sekali buat macaron. Percubaan kali ini ialah percubaan kali kedua. Nampak hasilnya lebih baik dari yang pertama. Yang pertama tu langsung tak jadi dan batter agak cair. Rasanya disebabkan I terlebih adun waktu proses "macoranage" tu. Sudahnya ke Encik "Bin"

Ok, dari lesson pertama, yang kali ni agak better tapi still kene baiki lagi. Dari segi tekstur bila makan tu so far ok sebab ada rasa crisp, soft dia dan chewy. Tak keras.


Cuma pembentukan dia agak tak sempurna seperti macaron yang perfect tu. Still...rasanya tang bab "macaronange" hmm...Ok..ok..jangan putus asa. Sila cuba lagi.



Tapi waktu macaron ni masuk dalam oven, saat yang paling happy ialah macaron tu ada 'feet' dia. Walah! ada 'kaki'. Tapi jugak...ada sesetengah macaron 'kaki' dia tak sekata. Ada yang one side ada kaki dan ada yang side satu lagi takde kaki. Dan bila masuk oven macam merekah sikit tapi jadi pada macaron yang berada di sisi kiri dan kanan loyang saja. Kat tengah loyang elok je.



I-nyer macaron ada toncit! Ataupun tanduk. Sepatutnya kalau betul macaron tu cara adun dia, sepatutnya toncit tu akan hilang.


Tapi takpe semuanya pengalaman. Rasanya tahu sebab apa. Ok, lepas ni akan cari masa lagi cuba buat lagi macaron.


P/S: Nak kene cari Macaron silicon mat ni.

SALTED CARAMEL MACARON


No comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...